4 Software Maintainance Percuma Yang Harus Anda Tahu

Sekiranya anda menjaga komputer atau laptop anda dengan betul, ia akan sentiasa pantas dan responsif selama bertahun-tahun. Tetapi jika anda mengabaikan penjagaannya, ia akan menjadi teruk sehingga memyebabkan anda stress.

 

Jadi dari mana patut anda bermula? Dengan empat aplikasi di bawah. Software ini sangat berkesan dengan apa yang ia lakukan, dan tidak memerlukan apa-apa kos untuk software tersebut. Jadi apa tunggu lagi, anda perlu segera untuk install aplikasi tersebut.

 

  • CCLEANER (FILE CLEANING & OPTIMIZATION)

Semasa anda menggunakan komputer atau laptop, terdapat beberapa fail tertentu yang anda mahu padamkan tidak kira masa. Ini termasuk browser caches, temporary installer files, system log files dan sebagainya.

 

 

CCleaner  mempunyai dua bahagian untuk bersihkan fail. Satu untuk Windows dan lagi satu untuk aplikasi third party. Semak kedua-dua bahagian tersebut dan check atau uncheck file yang mahu anda clean atau tidak dan klik Run Cleaner.

CCleaner juga mempunyai ciri untuk registry cleaner, ia boleh memberikan kesan dan positif dan juga negatif jadi elakkan dari klik registry cleaner sekiranya anda tidak pasti.

 

  • MALWAREBYTES (MALWARE SCANNING & REMOVAL)

Malware sentiasa menjadi masalah besar bagi pengguna komputer dan laptop. Ia boleh menyebabkan kan operating system anda menjadi lembab. Dan yang paling teruk adalah komputer atau laptop anda dikawal oleh hackers, data anda akan di kunci dan dijadikan tebusan, atau maklumat anda di curi.

 

 

Malwarebytes adalah aplikasi antimalware yang terbaik yang boleh anda dapati secara percuma. Database infection dikemas kini setiap hari supaya ia berjaya mengesan dan membuang virus terbaru, worm, spyware dan banyak lagi.

Versi percuma software ini sudah memadai anda hanya menggunakan imbasan secara manual.

 

  • GEEK UNINSTALLER (COMPLETE APPS INSTALLATION)

Tahukah anda bahawa unistalling aplikasi dari windows biasanya akan meninggalkan jejak atau kesan aplikasi tersebut yang masih ada dalam sistem anda? Ia boleh menyebabkan pembaziran space hard drive dan boleh juga mempengaruhi prestasi sistem anda.

 

 

Geek Unistaller mudah untuk digunakan. Bila anda mahu uninstall aplikasi, ia akan mengimbas sistem anda untuk mencari sebaran fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut dan buang dari sistem anda.

 

  • SPECCY (IN DEPT SYSTEM INFORMATION)

Adakah anda tahu spesifikasi yang tepat untuk CPU, GPU, RAM, storage, motherboard dan lain-lain komponen dalam komputer atau laptop anda. Jika ia kemungkinan untuk anda ingat sebulan dari sekarang? atau setahun? Tetapi ada segelintir dari anda akan ingat walaupun dah lama.

 

 

Software Speecy memberitahu anda semua yang penting yang perlu anda ketahui tentang komputer atau laptop anda dengan pantas. Dengan imbasan yang mendalam, maklumat seperti CPU, RAM, GPU akan terpapar. Aplikasi ini amat berguna untuk anda memantau komputer atau laptop anda.

 

 

Berapa aplikasi di atas yang anda gunakan?  Ada banyak lagi aplikasi percuma seperti ini di luar sana. Apa tunggu lagi install aplikasi ini mudahan dapat membantu anda dalam memantau komputer dan laptop anda.

Free Aplikasi Flowcharts Terbaik Untuk Windows

Flowchart bukan sahaja untuk engineer, programmers, dan managers. Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada belajar menggunakan flowcharts Terutamanya sebagai cara untuk menyelaraskas kerja.

 

Apa itu flowcharts?

Flowchart adalah sejenis diagram yang mewakili algoritma, workflow atau proses. Diagram tersebut mengambarkan model penyelesaian kepada masalah tertentu. Flowchart digunakan untuk menganalisis, design,  documenting atau menguruskan proses dan program dalam perlbagai bidang.

 

Apakah cara yang terbaik untuk membuat flowcharts?

Terdapat banyak aplikasi flowcharts yang terbaik diluar sana, tetapi kebanyakkannya adalah aplikasi berbayar seperti Microsoft Visio, Office 365 dan sebagainya.

Ada banyak pilihan percuma yang boleh anda dapati diluar sana, terutamanya untuk kegunaan non-business. Anda boleh belajar untuk membuat flowcharts yang menakjubkan di Microsost Word atau Office ataupun menggunakan salah satu aplikasi percuma ini untuk Windows.

 

DIA

Dia adalah aplikasi percuma lengkap dengan feature untuk membuat flowcharts. Ia merupakan open source, dan sangat mudah untuk digunakan.

Sekiranya anda mencari alternatif percuma yang terbaik untuk Microsoft Visio, Dia adalah salah satu daripadanya.

  • interface yang user friendly
  • Pelbagai bentuk diagram
  • Boleh add custom shape
  • Diagram bewarna

 

YED GRAPH EDITOR

Mempunyai tool yang menarik dan up-to-date untuk flowcharts, diagram, network graphs dan banyak lagi. Anda boleh download aplikasi ini tetapi ia memerlukan Java di dilam sistem anda dan sangat versatile.

  • Auto arrange flowcharts
  • Export option, untuk format PNG, JPG, SVG, dan PDF

 

LIBREOFFICE DRAW

LibreOffice boleh dikatakan alternatif terbaik untuk Microsoft Office untuk word, spreadsheets, presentations dan visual diagram. Dengan LibreOffice Draw, anda boleh add shapes, symbols, line, connection, text, images, dan banyak lagi.

  • Boleh buka file format Microsoft Visio (tetapi tidak boleh save dalam format Microsoft Visio)
  • Boleh custom saiz page, sesuai untuk semua jenis diagram
  • Mudah untuk digunakan (user friendly)

 

DIAGRAM DESIGNER

Diagram Designer agak primitif, dan interface nampak kurang kemas jika nak dibandingkan dengan software Microsoft. Sesuai untuk windows 10, mampu membuat flowchart yang nampak kemas.

  • Mudah untuk digunakan (user friendly)
  • Hanya perlu drag diagram ke dalam
  • Boleh import dan export format PNG, JPG, GIF, dan banyak lagi

 

THINKCOMPOSER

ThinkComposer adalah aplikasi yang sesuai untuk mereka yang professional. Sebagai tambahan selain dari flowcharts, ia boleh mengendalikan business models, class diagram, timelines, case diagram dan banyak lagi.

Ia merupakan pilihan yang bijak untuk mereka yang setiap hari membuat kerja menggunakan flowcharts.

  • Open source dan mempunyai plugin
  • Boleh menggabungkan pelbagai graf dan diagram
  • Mudah digunakan (user friendly)
  • visual diagram yang lebih kemas dan professional

 

Jenis flowcharts atau diagram macam mana yang selalu anda buat? Antara aplikasi di atas yang mana sesuai dengan anda?

7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Laptop Untuk Kegunaan Anda Di Universiti Dan Kolej

Selari dengan perkembangan zaman, teknologi masa kini kian berkembang dengan maju tidak seperti zaman baby boomer dan gen x.

Zaman sekarang bila anda bergelar mahasiswa, laptop merupakan keperluan utama untuk anda melakukan atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah anda.

 

KURSUS YANG DI AMBIL

Bila sebut berkenaan PC atau laptop setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Bergantung pada program diploma atau ijazah yang di ambil, anda yang hanya menggunakan program asas seperti word processing, web browsing dan e-mail.

Lain pula bagi mereka yang ambil krusus grafik yang menggunakan software seperti 3D modeling, CAD drawing, video editing, anda perlu memastikan laptop anda mempunyai prosessor yang tinggi. Contohnya Intel i3, i5 atau i7 dan mempunyai kad grafik.

 

MODEL LAPTOP

Di luar sana ada pelbagai jenis model laptop seperti Acer, Asus, HP, Dell, Toshiba, Sony, Lenovo, Fujitsu, MSI dan lain-lain lagi. Laptop yang paling ramai orang guna kat Malaysia, jenama Acer, Asus, HP, dan Dell.

Jadi kalau nak memilih laptop yang sesuai, anda kene rajin-rajin sedikit buat research dekat internet baca blog atau review berkenaan laptop tersebut. Kalau anda menetap berhampiran dengan Kuala Lumpur, cuba survey kat kedai-kedai komputer di loywat plaza ada macam-macam jenis model laptop dekat sana.

 

CHECK HARGA LAPTOP

Sebelum anda buat keputusan nak beli laptop periksa dahulu harga laptop yang anda nak beli di online dan di kedai laptop takut nanti diperdayakan. Biasa Laptop baru beli ada yang Free Dos murah sedikit, tapi kalau nak yang ada windows original key mahal sedikit.

 

SAIZ LAPTOP

Ukuran skrin bergantung pada saiz laptop, ia juga sangat penting dan juga mempengaruhi berat laptop anda. Kalau saiz laptop tu kecil ia lebih ringan dan skrin juga lebih kecil jadi pilih saiz mana yang sesuai dengan cita rasa dan keselesaan anda.

 

PERLUKAH ANDA MENGGUNAKAN TOUCHSCREEN?

Kali ini berkenaan touchscreen. Disebabkan perkembangan teknologi yang semakin maju banyak pengeluar laptop mengeluarkan model laptop mereka yang mempunyai touchscreen. Feature ini nampak eksklusif tapi perlukah anda menggunakannya dalam melakukan tugasan anda?

Kalau tidak dinasihatkan jangan beli yang ada touchscreen sekiranya tiada sebab untuk digunakan.

 

CHECK SPESIFIKASI LAPTOP
  • PROSESSOR

Terdapat dua jenis prosessor yang selalu digunakan di kebanyakkan laptop seperti Intel dan juga AMD. Setiap dari prosessor tersebut mempunyai generasi yang berlainan sebagai contoh i3, i5 dan i7 dan sebagainya sama juga seperti AMD. Kelebihan AMD adalah sangat sesuai untuk pengemar GAME.

  • RAM

RAM atau nama lain Random Access Memory, berfungsi untuk menyimpan memori sementara dan juga membantu anda dalam melakukan tugas multi-tasking. Sekiranya anda melakukan kerja-kerja biasa seperti menaip dokumen, surfing internet, power point, word , 2GB RAM sudah memadai.

Kalau anda melakukan kerja-kerja seperti photo dan video editing minimum RAM yang sesuai dengan work load yang anda lakukan adalah 4GB.

  • Grafik

Pastikan laptop yang  anda nak beli mempunyai grafik seperti nvdia atau amd sekiranya anda melakukan kerja yang menggunakan grafik seperti photo, video editing, 3D animasi, untuk gaming dan sebagainya.

Kalau buat kerja-kerja office seperti menaip word, power point surfing internet, tengok movie tiada grafik seperti nvidia atau amd pun taka pa.

WARRANTY

Warranty ni sangat penting pastikan anda tanya dahulu kepada penjual kedai, laptop yang ingin anda beli ada berapa lama warranty. Ye lah senang nanti nak claim warranty kalau ada masalah sekiranya ada anda boleh pergi balik ke kedai tersebut.

 

 

KASPERSKY MELANCARKAN ANTIVIRUS PERCUMA UNTUK PC & LAPTOP ANDA

Kaspersky menawarkan antivirus versi percuma, Kaspersky Free yang mampu memberikan perlindungan paling asas secara percuma bagi mereka yang ingin menggunakannya.

Sesetengah daripada kalangan anda mungkin perasan akan kemerosotan dalam isu keselamatan yang di alami pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Terutamanya kerana penggodam (hackers) dan penjenayah siber telah bertukar kepada method yang lebih maju, untuk mendapatkan wang daripada pengguna komputer dan internet seperti yang ditunjukkan oleh Ransomware baru-baru ini.

 

Kaspersky Free kini boleh didapati melalui laman webnya. Ia memberi perlindungan terhadap fail, e-mail dan website. Ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan update terbaru daripada Kaspersky yang menambahkan definition ataupun jenis virus baru dan juga algortithm untuk melawannya. Seperti antivirus lain, ia mempunyai ciri-ciri seperti self defense, quarantine dan banyak lagi.

Selain itu, Kaspersky juga menawarkan 2 jenis antivirus Premium iaitu Kaspersky Internet Security untuk perlindungan daripada serangan daripada Internet dan juga Kaspersky Total Security untuk perlindungan sepenuhnya. Kedua-dua ini juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti parental control, online payment protection dan juga VPN.

Eugene Kaspersky, pemilik Kaspersky menganggap Kaspersky Free adalah sebuah keperluan asas yang setiap manusia di muka bumi perlu miliki.

 

Didalam ujian, Kaspersky Free ini berfungsi dengan cukup baik berbanding antivirus percuma daripada company lain. Ia hanya mengambil masa yang sekejap untuk melakukan quick scan pada komputer berbanding antivirus lain.

 

Kaspersky Free sedang dilancarkan di seluruh dunia secara berperingkat, bermula dengan America, Canada, dan beberapa negara di Asia Pasifik. Sekiranya ia sudah tersedia di sini anda boleh download terus dari laman web kaspersky. Apa yang anda perlukan adalah sistem windows dari windows XP ke Windows 10.

Download Kaspersky Free Sekarang!

 

APLIKASI WINDOWS UNTUK MENERAJUI BAHAGIAN KREATIF ANDA

Kreativiti datang dalam semua bentuk dari kata-kata ke muzik dan gambar. Jika anda baru bula menerokai bahagian kreativiti anda dan mahu mula bereksperimen dengan pelbagai aplikasi, jadi saya ada sesuatu yang boleh anda gunakan.

Untuk pelukis, jurugambar, pembuat muzik, dan banyak lagi, anda boleh membiarkan imaginasi anda berjalan bebas dan aplikasi ini.

 

FRESH PAINT

Bagi yang baru bermula atau pelukis berpengalaman, Fresh Paint dari Microsoft adalah aplikasi yang sangat baik untuk membuat lakaran, melukis dan mewarna. Anda bermula dengan memilih untuk melukis dengan pensil.

Kemudian, import imej, snap gambar dari kamera, atau gunakan salah satu imej yang ada dalam aplikasi tersebut.

Pilih kanvas atau kertas, berikan ia warna jika anda suka, dan kemudian buka tool untuk membuat karya anda. Anda boleh pilin pensil, pen atau berus dari beberapa pilihan.

Simpan ciptaan anda dalam format JPG atau PNG atau kongsi dengan orang lain terus dari aplikasinya. Fresh Paint mudah digunakan, menjadikannya aplikasi yang indah untuk pelukis dari semua peringkat umur.

 

PENCIL SKETCH MASTER

Sekiranya anda lebih suka membuat sesuatu yang lebih kasual dan ringkas, cuba Master Pencil Sketch. Anda boleh memilih beberapa kanvas yang mempunyai tektur yang lebih realistik.

Pelbagai feature yang disediakan salah satu seperti menggunakan pen atau highlighter, anda boleh masukan text , tambah pelekat (sticker), menggunakan (shadow) dan menyesuaikan kontras, pencerahan, dan lain- lain.

Anda boleh menyimpan ciptaan anda apabila selesai, dalam format bitmap.

 

GRAVIT DESIGNER

Untuk meneroka pereka grafik dalam diri anda, Gravit Design adalah aplikasi reka bentuk vektor yang lengkap. Anda boleh mebuat segala-galanya dari kad niaga, cover blog ke item bersaiz (mobile). Anda juga boleh membuat imej khusus untuk Facebook, Twitter dan lain-lain rangkaian sosial. Sudah tente anda boleh menyesuaikan saiz kanvas anda sendiri

Gravit Design mempunyai pelbagai (tool) termasuk simbol, grid, anchors, pilihan text dan web front. Disamping itu, anda boleh menggunakan layer, laluan graf, mengisi borders, dan pelbagai effect.

Aplikasi ini mudah dan membolehkan anda menyimpan imej dalam ofrmat sperti SVG, JPEG, PNG, atau PDF.

 

PHOTOTASTIC COLLAGE

Sebaik sahaja anda memilih foto anda, keseronokan sebenar bermula. Anda boleh menambah latar belakang berwarna, bingkai, atau (shadow effect) serta menyesuaikan jarak foto dan margin kolaj.

Pilih dari pelbagai  pilihan aspek dari potret atau landskap ke saiz instagram atau Twitter. Anda juga boleh menambah teks atau pelekat.

Anda boleh membuat kolaj dengan sehingga empat foto kolag secara percuma. Walau bagaimanapun, jika anda suka dengan aplikasi ini dan ingin kolaj yg lebih besar lima ataiu lebih gambar, anda boleh membeli pek premium.

 

SOUNDTRAP

Mungkin muzik adalah saluran kreatif anda. Jika ya, Soundtrap adalah aplikasi yang menyeronokkan dan penuh dengan feature untuk membuat muzik. Anda boleh memulakan dengan demo terbina dalamatau mula dari awal dengan slate kosong. Browse loop, import file, or select instrument untuk di mainkan.

Anda boleh menyesuaikan setiap instrumen dan bunyi secara berasingan untuk trek dengan pilihan untuk rakaman, mute, solo, dan volume. Tukar tempo, key, dan hidupkan metronom dengan mudah dengan menu. Anda boleh memuat turun mix anda sebagai MP3 atau mendapatkan bantuan daripada rakan dengan ciri kolaborasi.