Zaman sekarang tak macam dulu-dulu tak ramai yang memiliki laptop. Sekarang hampir semua orang memiliki sekurang-kurangnya satu laptop di dalam rumah mereka.
Kami di FR Laptop Service menawarkan pelbagai jenis servis untuk laptop, macbook dan juga imac untuk mereka yang mengalami masalah.
Berikut merupakan antara servis yang ditawarkan di FR Laptop Service :
Format windows 7/8/10
Format macbook & imac OS X
Service Clean Dust & Thermal Paste
Masalah Blue Screen (BSOD)
Replace screen laptop dan macbook
Replace battery External & Internal
Adepter Laptop
Replace Hardisk & SSD
Replace CMOS battery
Replace External & Internal Keyboard
Replace Macbook Battery
Repair Motherboard
Replace Graphic Chipset
Replace Cable Screen
Replace Charger Port
Replace RAM Laptop & Macbook
Replace Fan
Replace Macbook Keyboard
Replace Wireless Card
Replace Webcam
Kami di FR Laptop Service sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan laptop anda. Ramai pelanggan datang ke kedai kami mengadu tentang masalah laptop mereka alhamdulilah masalah laptop tersebut dapat diselesaikan.
FR Laptop service telah menyelesaikan banyak masalah berkenaan dengan laptop dan tidak perlu bimbang. Semasa anda datang ke kedai staff kami akan melayan dan bertanya akan masalah laptop anda serta memberi penerangan dan penyelesaian dan servis apa yang perlu dilakukan.
Di mana lokasi kedai FR Laptop Service?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis : 9am – 9pm
Jumaat : 9am – 12pm, 3pm – 9pm
Cuti : Cuti AM
Bagi mereka yang sibuk dan tidak mempunyai kelapangan masa, FR Laptop Service ada menyediakan perkhidmatan Runner untuk Pickup & Delivery sekiranya anda memerlukannya.
Biasa kan kena camni? Bila nak buat kerja, time tu jugaklah laptop slow sangat. Memang kerja pun tak siap lah kan?
Masalah laptop slow sangat kerap jadi pada setiap pengguna laptop lepas 6 bulan beli laptop baru. Ada yang lebih 1 tahun. Ada juga yang makan tahun baru jadi slow.
Tapi kita sebagai pengguna sudah semestinya nak laptop sentiasa dalam keadaan yang terbaik supaya kita tak hadapi masalah apa-apa bila nak buat kerja.
Jom kita belajar apa 11 punca yang menyebabkan laptop slow sangat sampai susah nak siapkan kerja.
1. MASALAH PADA HARD DISK LAPTOP ANDA
Salah satu punca yang menyebabkan laptop slow sangat adalah daripada hard disk. Hard disk ini mengandungi fail-fail yang diperlukan Windows dan juga fail-fail yang anda simpan seperti gambar, video, music dandokumen anda.
Hard disk yang bermasalah secara khususnya health level dia dah turun, ataupun terdapat bad atau weak sector pada hard disk. Yang kemudiannya boleh menyebabkan fungsi read dan write hard disk anda menjadi lembab.
2. TERLALU BANYAK BROWSER ADD-ONS
Add-ons adalah aplikasi tambahan yang boleh digunakan pada web browser, dan kebanyakan add ons ini digunakan untuk memudahkan kerja-kerja kita, sebagai contoh, auto traslation. Tetapi jika laptop anda ada terlalu banyak add-ons juga boleh mengurangkan performance laptop anda dan menjadikan laptop slow sangat.
3. RUNNING LEBIH DARI 3 PROGRAMS DALAM MASA YANG SAMA
Jika anda run program yang berat, ia akan menggunakan RAM yang tinggi, dan jika anda buka banyak program yang berat ini ia akan menjadi punca laptop slow sangat. Anda harus run program yang bersesuaian dengan kemampuan laptop anda.
4. FILE WINDOWS ATAU REGISTRY CORRUPTED
Ada juga punca laptop slow sangat daripada virus yang menyebabkan fail windows atau fail registry pada windows kita rosak. Anda perlu berhati-hati ketika di Internet untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi.
5. MEMBUKA TERLALU BANYAK OPEN TABS PADA BROWSER
Ini adalah punca laptop slow sangat yang ramai pengguna laptop buat, buka tabs banyak pada browser. Tabs yang banyak ini juga menggunakan jumlah RAM yang tinggi jadi kita perlu mengurangkan tabs dan hanya buka yang perlu sahaja.
6. MENGGUNAKAN PROGRAMS YANG BERAT
Program seperti 3D editor atau video editor juga menjadikan laptop slow sangat, dan sekiranya laptop anda tidak mampu untuk menampung program ini, lebih baik elakkan daripada menggunakan program tersebut.
7. LAPTOP SUDAH DIJANGKITI VIRUS
Sekiranya anda tidak berhati-hati dengan pendrive atau ketika berada di internet, laptop anda berisiko menjadi mangsa serangan virus. Seeloknya anda perlu install antivirus bagi mengelakkan virus menjangkiti laptop anda.
8. BANYAK STARTUP PROGRAMS YANG RUNNING
Start-up program adalah program yang akan run setelah anda hidupkan laptop anda. Dan ada juga di antara program start-up ini yang tidak perlu untuk di run ketika anda menggunakan laptop. Anda patut disable program yang anda kurang perlu.
9. HARDISK PENUH ATAU HAMPIR PENUH
Windows pada laptop kita memerlukan ruang pada hard disk untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya hard disk laptop anda penuh, anda boleh buang mana-mana program yang tidak diperlukan lagi.
10. TAK CUKUP MEMORY (RAM)
Jumlah RAM memainkan peranan penting agar laptp anda boleh digunakan tanpa sebarang limit.
11. OVERHEATING
Overheat adalah masalah yang biasa terjadi pada laptop pengguna. Dan untuk mengelakkan masalah ini, anda di galakkan untuk servis laptop untuk menurunkan suhu laptop anda. Kepanasan laptop juga boleh menjadi punca laptop slow sangat.
Anda nak e-book PERCUMA (bernilai RM50) untuk selesaikan 11 masalah di atas tanpa perlu
datang ke kedai? (kalau pergi kedai kena reformat RM60)
Anda mengalami masalah laptop slow ? masa nak boot windows punyalah slow macam siput. Bukan slow nak boot je nak open file atau dokumen pun makan masa, paling teruk tiba-tiba pulak laptop tu boleh `hang’. Mesti anda bengang rasa macam nak hempuk-hempuk je laptop tu kan.
Nak format laptop tapi tak tahu dekat mana? Kami di FR Laptop Service dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Kami ada menyediakan perkhidmatan IT seperti format laptop dan lain-lain servis.
SERVICE FORMAT/UPGRADE OPERATING SYSTEM YANG DISEDIAKAN:
Format clean / format backup
WINDOWS 7
WINDOWS 8.1
WINDOWS 10
Basic software yang di installs secara percuma
Driver installation (mengikut model laptop)
Office Word (untuk memudahkan melakukan kerja-kerja pejabat)
Antivirus (untuk melindungi dari virus & malware)
PDF Reader (untuk open file format pdf)
Media player (open lagu & menonton video)
Software web cams
Picasa (organize image picture)
Winrar
KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN FORMAT MACBOOK & IMAC
Format Clean / Format Backup
Format OS X Yosemite
Format OS X EL Capitan
Basic software free:
Office Word
Antara model laptop yang dihantar kepada kami:
Apple (macbook pro / macbook air / imac)
Acer
Asus
HP / Compaq
Dell & Alienware
Fujitsu
Lenovo
MSI
Samsung
Sony
Ramai pelanggan yang datang ke kedai kami mengadu laptop mereka slow macam siput, ada yang windows corrupt tak boleh nak boot dan macam-macam lagi.
Alhamdulilah kami di FR Laptop Service telah menyelesaikan banyak masalah berkenaan laptop slow dan laptop yang mahu di format tidak kira windows 7, 8.1, 10 mahupun format operating system macbook dan imac.
Di mana lokasi kedai FR Laptop Service?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis : 9am – 9pm
Jumaat : 9am – 12pm, 3pm – 9pm
Cuti : Cuti AM
Anda juga boleh like dan follow facebook FR Laptop Service untuk mendapatkan info terkini seperti tips berkenaan dengan laptop, contest dan juga promosi yang di sediakan oleh FR Laptop Service.
Motherboard adalah bahagian penting dalam sistem komputer dan terdiri daripada litar bersepadu. Ia memerlukan penjagaan maksumim dan atas itu anda mencari tempat repair motherboard yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. FR Laptop Service menyediakan servis pembaikan motherboard yang jujur dan berkualiti selari dengan tag line kami.
Kenapa Anda Perlu Menggunakan Perkhidmatan Profesional kami?
Bagi mereka yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur, Kedai FR Laptop Service berada berdekatan dengan anda, jika anda mempunyai masalah berkenaan laptop anda boleh datang kepada kami.
Di FR Laptop Service, kami berasa bangga sekiranya dapat membantu menyelesaikan masalah dan juga kepuasan pelanggan kami, tidak lupa pada pelanggan setia yang banyak menyokong dari belakang “ribuan terima kasih kepada anda semua yang menyokong kami”.
Jangan biarkan masalah motherboard mengganggu kerja anda, kami mempunyai tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan percayai.
Masalah motherboard yang sering dibaiki :
Laptop tak boleh nak ON (NO POWER)
Laptop Auto Shutdown
Laptop Auto Restart
Laptop ON tapi tak keluar gambar (NO Display)
Laptop display macam tv rosak (warna hijau macam cerita matrix)
Kedatangan anda ke kedai akan di sambut mesra oleh staff FR yang akan bertanyakan masalah berkenaan laptop anda. Ketika ini anda boleh ceritakan masalah laptop tersebut.
Setelah mendengar masalah tersebut, troubleshooting akan dilakukan untuk mengenal pasti punca masalah sebenar.
Setelah mengetahui punca sebenar Staff FR akan menerangkan pada anda punca berlaku masalah ini serta berkongsi ilmu dengan harapan ia dapat membantu pelanggan untuk masa hadapan. Di bawah merupakan contoh gambar fan berhabuk dan thermal paste yang sudah kering.
(contoh gambar thermal paste kering)
(contoh gambar fan berhabuk)
Macam mana boleh berlaku kerosakan pada motherboard?
Kebiasaanya kerosakan motherboard berlaku disebabkan laptop terlalu panas (overheating), kemungkinan disebabkan kegagalan pada fan yang tidak lancar ataupun penggunaan software yang berat seperti graphic design, video editing serta pengguna graphic yang tinggi seperti bermain GAME.
Fan gagal berfungsi dengan baik disebabkan oleh kelalaian. Harus ingat laptop juga perlu di servis iaitu servis cleandust, bertujuan untuk mencuci dan membuang habuk pada fan laptop dan sebagainya, tidak lupa juga dengan menukar thermal paste yang sudah kering. Staff FR biasanya mencadangkan servis yang bersesuaian dengan bajet serta kerosakan yang di alami.
Sekiranya kerosakan pada motherboard laptop tersebut terlalu serius sehingga kos repair agak tinggi, staff FR akan menasihatkan anda untuk membeli laptop baru. Setiap keputusan terletak di tangan sendiri.
SEBAB KENAPA ANDA HARUS PILIH FR LAPTOP SERVICE
Kami menawarkan servis yang jujur dan berkualiti.
Harga servis yang berpatutan dan mampu bayar.
Tempoh waranti yang panjang. Bergantung kepada jenis kerosakan.
Servis yang sangat cepat.
Jaminan pulangan wang 100% jika laptop tidak dapat dibaiki.
Menggunakan alatganti (sparepart) yang berkualiti
Layanan staf FR yang mesra.
Sentiasa menjaga hak pelanggan.
FR Runner menyelesaikan masalah tidak sempat datang ke kedai / sibuk / tiada masa.
Bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukan oleh staf.
Warantty motherboard 5 Bulan
FR Laptop Service akan sedaya upaya untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah seperti kerosakan motherboard, mencari alat ganti untuk laptop dan sebagainya. Serahkan kepada kami di FR Laptop Service, insyaallah anda pasti akan berpuas hati dengan servis kami.
Selain dari servis yang jujur dan berkualiti, di FR juga anda akan mendapat layanan mesra dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Bagi mereka yang tiada masa untuk ke kedai, jangan risau servis runner juga disediakan.
Dengan adanya servis Runner yang disediakan oleh FR Laptop Service urusan dapat dilakukan sekiranya anda sibuk dan tiada masa untuk datang ke kedai.
NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis : 9am – 9pm
Jumaat : 9am – 12pm, 3pm – 9pm
Cuti : Cuti AM
Anda juga boleh like dan follow facebook FR Laptop Service untuk mendapatkan info terkini seperti tips berkenaan dengan laptop, contest dan juga promosi yang di sediakan oleh FR Laptop Service.
Sebelum anda repair motherboard laptop yang rosak itu ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya anda tidak salah faham.Macam mana nak kita boleh mengenal pasti bahawa motherboard laptop itu rosak atau tidak?
Tanda-tanda motherboard laptop rosak
Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
(contoh gambar motherboard)
Anda juga boleh melihat suhu laptop anda dengan menggunakan software speecy dimana anda boleh download diri internet. Caranya sangat mudah taip download speecy dalam search bar browser anda.
(Contoh gambar software speecy)
BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?
Terdapat 5 pilihan yang boleh anda buat :
Tukar Motherboard yang baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit)
Tukar Motherboard Second hand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena.
Repair Motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru.
Tukar chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik.
Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.
APA SEBENARNYA PUNCA YANG MENYEBABKAN MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK?
Perkara ini nampak remeh dan ramai yang buat kisah. Masalah utama adalah berpunca dari habuk, lama-lama jika dibiarkan boleh menyebabkan heatsink tersumbat, fan laptop berhabuk hingga menyebab ia tidak berfungsi dengan elok, thermal paste keras. Contoh gambar seperti di bawah :
(Gumpalan habuk & debu banyak sampai tersumbat laluan air flow laptop anda tak cun)
(Thermal paste pada GPU & CPU kering sebab menyebabkan komponen ni overheating)
(Fan laptop kotor banyak habuk, angin tak cukup kuat tu yang lama-lama boleh rosak motherboard)
Cara yang terbaik membaiki motherboard adalah tukar terus chipsetnya, dengan ini motherboard ini akan mendapat jantung baru dan akan tahan lebih lama.
Pilihan anda di tangan anda dan anda boleh merujuk pada pakar sekiranya masih tidak pasti apa yang perlu anda lakukan. Pergi ke mana-mana kedai laptop berhampiran dengan anda atau anda boleh ke kedai kami FR Laptop Service.
NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’