Bateri Laptop Tahan Lebih Lama? Macam Mana?

bateri laptop tahan lebih lama

Alamak! Bateri laptop dah low, cepat pulak drain. Situasi ni pulak berlaku masa tengah buat kerja kat luar (mamak stall/old town). Lepas tu pulak lupa bawa charger laptop atau extension cord semua dah guna. Macam mana nak buat bateri laptop tahan lebih lama?

Sebenarnya ada cara yang boleh dikongsikan, macam mana nak buat bateri laptop tahan lebih lama. Ramai di antara pengguna laptop yang tak tahu, walaupun laptop tu baru di beli atau bateri baru ditukar.

Dengan beberapa “tweak” kecil kat bawah ni dapat membantu dan manage pengunaan kuasa bateri laptop anda. Sebelum ni saya dah kongsikan bahagian pertama yang anda boleh baca di sini.

Cara Untuk Jadikan Bateri Laptop Tahan Lebih Lama

4. Off Back Light Keyboard

Sekiranya laptop anda menggunakan BACK LIGHT KEYBOARD ( keyboard yang ada lampu), yang membolehkan anda untuk menggunakan laptop bila-bila masa mahu pun dalam keadaan yang gelap gelita, off kan bila tak perlu untuk menjadikan bateri laptop tahan lebih lama.

Kalau anda berada di tempat yang terang, off kan light keyboard anda, melainkan anda di kawasan yang gelap.

Ingat, setiap lampu menggunakan banyak tenaga bateri. Sekiranya anda buat perkara ini, ia dapat menjimatkan lebih tenaga bateri supaya bateri laptop tahan lebih lama.

Tenaga dari bateri anda amat berharga dalam situasi di mana tiada soket plug di tempat yang anda sedang gunakan laptop.

5. Cas Bateri Laptop Pada Masa Yang Sesuai

Topik ini sering menjadi kontroversi kepada sebahagian pengguna laptop disebabkan ada beberapa pendapat tentang bila waktu yang sesuai untuk anda mengecas bateri laptop anda. Dengan cara yang salah, ia boleh menyebabkan laptop anda tidak dapat bateri laptop tahan lebih lama.

Ada sesetengah orang percaya biarkan kuasa bateri menurun atas habis baru boleh cas dan ada pula yang mengatakan jangan biarkan bateri anda habis (sehingga 0%) baru nak cas semula hingga penuh.

Tapi banyak pengeluar bateri mengesyorkan jangan biarkan bateri laptop anda habis. Jadi, cas bateri laptop anda sekiranya bateri tersebut dalam sekitar 30 peratus dan jangan biarkan ia dicas sepenuhnya. hanya cas sehingga sekitart 80% sudah memadai untuk menjadikan bateri laptop tahan lebih lama.

6. Aktifkan Mode ‘Battery Saver’

Klik icon bateri di desktop laptop anda dan pilih “power saver”. Mode ini akan aktifkan ciri-ciri penjimatan kuasa. Dan kebiasaannya pada mode ini akan menjadikan bateri laptop tahan lebih lama, kerana ia akan mengurangkan proses pada laptop anda, serta mengurangkan semua tenaga yang sedang digunakan pada laptop anda.

Sekiranya anda menggunakan laptop untuk tugassa harian, ianya bukan lah satu masalah, tetapi jika anda gunakan laptop untuk kerja yang berta seperti 3d editing ataupun rendering, laptop anda tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya, melainkan anda disablekan battery saver mod ini.

 

Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *