Argh! Apsal laptop aku cepat panas sangat ni wei!

Sebagai pengguna laptop korang perlu kena MUSUH UTAMA untuk laptop anda. Dan musuh itu adalah HABA, kerana dengan haba ini ia boleh merosakkan komponen yang penting di dalam laptop anda. Haba panas boleh menyebabkan laptop anda AUTOSHUTDOWN atau CRASH apabila kipas dan heatsink penuh dengan habuk. Komponen elektronik laptop sangat sensitif pada suhu yang melampau.

 

Contoh komponen laptop yang sangat sensitif terhadap haba adalah CPU @ processor dan GPU @ graphic chipset.

 

Apa itu Processor dan Graphic Chipset?

  • Processor berfungsi sebagai otak laptop. Apa-apa arahan datang daripada processor dan arahan inilah yang membantu anda untuk menggunakan laptop anda.
  • Graphic chipset pula adalah komponen yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan display pada laptop. Jika graphic chipset rosak, laptop anda tidak akan dapat untuk mengeluarkan paparan pada skrin laptop anda.

Kos untuk membaikpulih kedua-dua masalah ini amatlah tinggi, jadi lebih baik anda memilih cara yang terbaik iaitu dengan servis laptop anda.

 

Cara untuk mengelakkan masalah haba ini?

Satu-satu cara untuk mengelakkan masalah haba adalah dengan membersihkan habuk yang terkumpul pada heatsink dan juga kipas pada laptop anda. Jika anda tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan servis ini sendiri, lebih baik anda bawa ke kedai servis laptop. Bukan apa, ada kemungkinan akan berlaku shortage pada motherboard yang boleh mendorong kepada kerosakan yang lebih teruk.

 

Kenapa perlu servis laptop?

Semua laptop macam pembersih vakum – menyedut udara dari luar melalui lubang udara dari laptop, biasa dari tepi atau belakang laptop, dan mengalirkan udara yang disedut ke luar. Malangnya pada laptop tidak ada beg penapis dimana habuk akan terkumpul di dalamnya yang boleh memudahkan anda untuk mebuang habuk. Jadi habuk-habuk ini akan melekat pada heatsink dan juga kipas pada laptop anda.

 

Bila anda patut servis laptop?

Laptop perlu diservis setiap enam bulan oleh kerana, dengan durasi penggunaan ini, laptop anda sudah mula menyimpan habuk yang banyak. Habuk boleh menyekat laluan udara dan juga menghalang kipas daripada berfungsi dengan baik, yang kemudiannya boleh menyebabkan kipas laptop anda rosak.

 

Hanya habuk sahaja menjadi punca masalah haba?

 

Tidak. Satu lagi punca masalah haba ialah thermal paste yang sudah kering dan keras. Kegunaan thermal paste adalah untuk mengalirkan haba pada processor dan graphic chipset kepada heatsink. Dan kipas pada laptop akan membantu mengalirkan haba panas keluar daripada laptop. Apabila laptop kerap digunakan ia akan menyebabkan thermal paste ini kering, dan menjadikan pengaliran haba tidak efisien.

 

Jangan gunakan laptop di atas permukaan fabrik!

Permukaan fabrik akan menutup laluan udara pada laptop anda. Jika ia tertutup, haba pada laptop tidak dapat dilepaskan dan ia boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada laptop anda.

 

 

Servis laptop anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali

Oleh kerana bahan elektronik amat sensitif terhadap haba, jadi ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk jangka hayat yang lebih lama. Dengan servis setiap enam bulan, laptop anda sudah semestinya akan sentiasa berada didalam keadaan yang baik.

 

Secara ringkasnya, haba adalah musuh terbesar untuk laptop. Dengan mengekalkan kebersihan pada kipas dan heatsink, juga menggantikan semula thermal paste, ia akan menambahkan jangka hayat laptop anda.

p/s : Jangan lupa untuk SHARE ilmu dengan kawan2 yg lain.

 

===
FR ada 3,000+ review 5 bintang (TRUSTED) dari pelanggan sendiri. Anda boleh baca di :-

1/ Pergi ke Facebook page FR
2/ Tekan pada bahagian Review

.

Nak technician FR bersihkan habuk dalam masa 3 jam?

Terus whatsapp Cik Ain (berpengalaman 5 tahun) kat link bawah :

https://wassap.my/60172882349
https://wassap.my/60172882349
https://wassap.my/60172882349

.

* Harga servis bermula RM50 – RM400+

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *