Buang Malware Dari Laptop dengan 3 Langkah!

buang malware dari laptop

Buang malware dari laptop adalah penting untuk mengekalkan kestabilan laptop agar tiada masalah atau isu yang akan terjadi pada laptop kita.

Malware berasal daripada nama singkatan untuk malicious software. Ia adalah sebuah perisian yang dicipta untuk mendapat akses pada komputer kita dan juga merosakkan laptop dan juga sistem laptop.

Di antara simptom-simptom yang menunjukkan bahawa laptop kita telah dijangkiti malware adalah:

  1. Laptop menjadi lembab, walaupun dah clean-up dan upgrade hardware.
  2. Keluar pop-up yang bukan-bukan.
  3. Blue Screen of Death (BSOD) kerap berlaku.
  4. Homepage browser yang pelik.

Malware ini adalah istilah umum kepada virus-virus komputer seperti trojan horses, ransomware, spyware, adware, scareware dan pelbagai lagi.

Ia mungkin hadir dalam pelbagai bentuk, sebagai contoh, program (*.exe) dan script. Kebiasaannya, malware ini menyamar sebagai program setup perisian dan juga permainan.

Program-program yang boleh dimuat-turun daripada laman sesawang rasmi yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar, kadang-kala turut mengandungi malware untuk mengumpulkan data-data pemasaran daripada pengguna.

CARA-CARA UNTUK BUANG MALWARE DARI LAPTOP

1. Masuk ke dalam Safe Mode

Langkah yang pertama untuk buang malware dari laptop adalah masuk ke Safe mode. Safe mode adalah salah satu ciri keselamatan yang terdapat pada Windows. Safe mode ini hanya menggunakan program dan servis yang minimum jadi ianya sesuai digunakan untuk buang malware dari laptop. Kebanyakan driver akan dimatikan ketika safe mode.

Untuk Windows 7 atau 8:

  1. Boot laptop anda.
  2. Tekan butang F8 beberapa kali sehingga keluar Advance Boot Options.
  3. Pilih Safe mode dan tekan butang Enter pada papan kekunci.

Untuk Windows 10:

  1. Tekan butang Start @ Windows.
  2. Kemudian pilih icon Power.
  3. Tekan dan hold butang Shift dan kemudian pilih Restart.
  4. Apabila menu keluar, pilih Troubleshooting > Advance Options > Startup Settings.
  5. Kemudian, tekan butang Restart.
  6. Seterusnya, pilih nombor 4 iaitu Safe mode.

 2. Buang Temporary Files (fail sementara)

Langkah yang kedua untuk buang malware dari laptop adalah dengan buang semua temp files yang ada pada laptop. Ketika berada di dalam Safe mode, gunakan perisian Disk Cleanup untuk buang semua fail sementara, ini kerana kebanyakan malware berada di sini. Selain daripada digunakan untuk buang malware dari laptop, software ini juga boleh digunakan untuk membuang sisa fail yang tak diperlukan, dan menambahkan ruang simpanan hard disk anda.

Untuk melakukan Disk Cleanup pada Windows 7:

  1. Tekan butang Start.
  2. Pergi ke All Programs > AccessoriesSystem Tools > Disk Cleanup.

Untuk Windows 8, 8.1, 10:

  1. Tekan butang Start.
  2. Taip Disk Cleanup.
  3. Pilih Free up disk space by deleting unnecessary files.

Setelah itu, ikut langkah ini untuk buang malware dari laptop anda:

  1. Jika anda mempunyai beberapa partition hard disk, ia akan meminta anda untuk memilih cakera keras mana yang anda mahu cleanup. Pilih pemacu C, kerana ini adalah storan utama anda.
  2. Tanda fail-fail yang anda mahu buang. Semua fail yang di dalam senarai bukan fail yang penting untuk laptop anda. Tekan butang Ok.
  3. Tekan butang Delete files untuk memulakan proses buang malware dari laptop.

buang malware dari laptop

3. Menggunakan perisian pengimbas malware

Setelah anda buang fail-fail sementara, cara yang ketiga untuk buang malware dari laptop adalah dengan menggunakan malware scanner.  Perisian antivirus tidak dapat mengesan kesemua 100% jenis-jenis malware, jadi anda memerlukan antimalware.

Gunakan Microsoft’s Malicious Software Removal Tool untuk mencari dan membuang malware yang berada di dalam laptop anda.

Cara penggunaan untuk buang malware dari laptop:

  1. Tekan butang Windows dan butang R pada papan kekunci.
  2. Taip mrt dan tekan run untuk membuka program Malicious Software Removal Tool.
  3. Tekan butang Next.
  4. Pilih Full scan untuk membuat carian yang lebih menyeluruh pada laptop anda dan tekan butang Next.
  5. Setelah proses pengimbasan selesai, tekan View detailed results of the scan. Kemudian, tekan butang Finish.

buang malware dari laptop

Secara ringkas, malware adalah sebuah perisian yang tidak patut berada didalam laptop kita. Ia boleh mengganggu ketika kita sedang melakukan kerja menggunakan laptop. Dan kita sebagai pengguna patut buang malware dari laptop secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin akan timbul disebabkan oleh malware.

Dengan langkah-langkah ini kita boleh mengelakkan kehilangan dan juga kerosakan fail kita.

Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Klik button share kat bawah ni.

buang malware dari laptop

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *