LAPTOP ANDA SLOW?
Laptop anda slow? FR tau korang semua mesti ada sekurang-kurangnya 1-2 laptop kat rumah kan. Bila cerita pasal laptop ni ada banyak sebenarnya topik yang FR boleh share. Tapi hari ni FR nak cerita 1 topik je la iaitu masalah laptop anda slow? Untuk setiap masalah mesti ada punca dan cara penyelesaian.
Ada tak?
Kalau ada, mesti korang rasa bengang, macam nak hempuk je laptop tu. Ok hari ni FR akan kongsikan info mengenai Punca Laptop Anda Slow. FR akan sambung lagi punca & penyelesaian dan akan terangkan satu per satu.
Jom kita sambung part 2 pula. Dah baca kan part 1? Kalau belum, baca kat sini dulu.
6. Virus
Punca ke-enam yang buat laptop anda slow adalah virus. Korang semua mesti pernah alami masalah ni baik laptop tu baru ke lama ke sama je. Peluang nak kene virus ada, entah dari mana datang, tau-tau je dah terkena. Pengalaman FR dulu ada kawan masa study, PC dia kena virus brontok.
Pergh time tu dia punya la angin, mana tak nye laptop dia slow macam kura-kura. Ni semua berpunca PC dia tak ada antivirus. Member cucuk pendrive kat PC dia.
So senang cerita virus, spyware, dan malware ni boleh slow down kan laptop dan melambatkan performance laptop. Kacau windows registry, keluar iklan pop-up masa tengah surf internet. Paling bahaya kalau data peribadi kena hijac. Macam-macam boleh jadi, itu pasal laptop anda slow.
Penyelesaian:
- Install antivirus, tak kisah yang free atau berbayar.
- Fully scan sebulan sekali/seminggu sekali.
- Letak password. So, orang lain tak boleh guna, nak guna kena mintak dulu permission dari kita.
- Scan pendrive sebelum guna atau open file dari pendrive.
- Kalau dah scan pun tak ada perubahan, windows slow jugak, last solution kena format balik windows.
7. Terlalu Banyak Start-Up Programs
Yang ketujuh, punca laptop anda slow adalah disbebakan start up programs. Startup programs merupakan programs yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan ( windows ). Masalahnya banyak program, virus, hijacker, spyware, dan malware telah di set untuk bermula secara automatik bila windows bermula.
Disebabkan terlalu banyak program sebegini lah yang menyebabkan laptop anda slow. Istilah lain yang digunakan ialah boot-up program. Contoh program seperti antivirus. Berlakunya terlalu banyak startup disebabkan bila download software baru, lupa nak untick program lain yang disediakan dalam software yang anda download.
Penyelesaian:
- Delete programs yang tidak digunakan dari desktop.
- Baca betul-betul semasa anda download atau install software yang baru di download dari internet, elak dari terinstall software yang tidak digunakan.
- Start button> search ‘system configuration’ > pilih startup tab> uncheck software yang tidak ingin di start semasa system sedang boot-up.
8. Hard Disk Hampir Penuh
FR dah terangkan pasal hard disk. Tapi kali ni berkenaan kapasiti hard disk hampir penuh. Bermakna data yang korang simpan dalam hard disk tu dah terlalu banyak sampai hard disk dah nak penuh.
Ok, nampak macam tak penting kan. Lama kelamaan kalau korang perasan la, mesti laptop anda slow masa nak boot windows. Slow macam kura-kura pun ada. Hard disk yang penuh boleh menghalang laptop anda dari start-up seperti biasa.
Partition di mana korang letak OS tu dah penuh atau hampir penuh, tu yang jadi masalah ni. Ada cara untuk optimum kan ruang dalam hard disk tu.
Penyelesaian:
- Transfer data yang penting ke external hard disk/cloud storage.
- Delete data, file, program yang tidak lagi digunakan.
- Delete duplicate file yang ada dalam hard disk anda.
- Upgrade hard disk ke hard disk yang berkapasiti lebih besar.
- Buat 2 partition untuk hard disk, (1) khas untuk os dan programs (2) tempat untuk korang simpan fail, data, gambar, video, muzik kat dalam partition lagi satu.
- Elak dari simpan data yang bersaiz besar dalam partition OS anda.
- Guna 2 hard disk, 1 lagi hard disk letak dalam caddy.
9. RAM yang Tidak Mencukupi
Rasanya FR dah terangkan sikit pasal RAM. FR akan tambah sikit lagi. Kalau korang dah ubah tabiat dari open tabs/running banyak program dalam satu masa, kalau masih lagi laptop anda slow mungkin RAM laptop tu kena upgrade.
Kebanyakan program sekarang memerlukan banyak RAM supaya program tu dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Sebagai contoh program yang memerlukan banyak RAM adalah program yang memerlukan saiz dan kapasiti yang besar.
Seperti video editing dan photo editing. Masalah ni berlaku sebab kebanyakan orang kat luar sana menggunakan software yang heavy duty macam ini tapi menggunakan laptop spec pertengahan. Sebab ni la kebanyakan software yang korang gunakan tak cun dari segi performance sebab laptop tak boleh nak support menjadikan laptop anda slow.
Penyelesaian:
- Upgrade RAM
- Pastikan spec laptop anda sesuai dengan kerja dan software yang korang nak guna.
10. Bilik Berhabuk / Habuk Banyak Kat Dalam Laptop
Masalah luaran pun boleh menjadi faktor laptop tidak berfungsi dengan baik dan lancar. Salah satunya keadaan bilik atau tempat yang korang guna laptop tu berhabuk, berdebu, kawasan persekitaran yang kurang baik.
Habuk dan debu yang terkumpul dalam laptop menyebabkan air flow laptop tak lancar dan menyebabkan processor/graphic chipset overheat. Kalau ini berlaku, masa korang guna laptop dalam masa yang lama mesti korang perasan laptop anda slow.
Kesan akan nampak lebih jelas kalau gunakan program macam photoshop, sebab overheat boleh menyebabkan kegagalan hardware dan system boleh crash.
Penyelesaian:
- Bersihkan habuk yang menghalang air flow laptop.
- Lakukan servis clean dust pada laptop.
- Ganti thermal paste.
- Check sama ada fan berfungsi atau tak.
Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, boleh share pada rakan-rakan anda ye. Klik je button share kat bawah ni.




