Buka Fail PDF Dengan Hanya Google Chrome!


Adobe Reader merupakan sebuah aplikasi yang amat popular dikalangan pengguna komputer sebagai sebuah software yang terbaik untuk membuka fail PDF. Namun begitu, masih terdapat lagi pelbagai aplikasi untuk membuka fail PDF yang boleh didapatkan secara percuma.

Sebenarnya tanpa memerlukan aplikasi tambahan, anda boleh membuka fail PDF dengan hanya browser anda! Dan secara tak langsung ia dapat menjimatkan storage dan juga cara yang paling mudah untuk membaca fail PDF.


Google Chrome

1. Right-click pada fail PDF.
2. Pilih Open with.
3. Tekan Choose another app.
4. Tandakan pada Always use this app to open .pdf files.
5. Pilih Google Chrome dan tekan OK.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *