Pada zaman ini, terdapat pelabagi jenis hard disk yang boleh didapati, ada yang laju, ada yang kompak, ada yang berkapasiti besar dan pelbagai lagi. Tetapi, untuk pengguna komputer tak kira sama ada pengguna laptop ataupun desktop, dua faktor yang memainkan peranan penting untuk memilih hard disk adalah kapasiti dan juga kelajuan.
Kebiasaannya hard disk untuk laptop mempunyai kelajuan 7,200RPM dimana cakera pada hard disk tersebut mampu berpusing sehingga 7,200RPM, menjadikan ia lebih laju jika dibandingkan dengan hard disk laptop yang hadir dengan 5,400RPM. Terdapat juga beberapa jenis hard disk yang berkuasa tinggi dan boleh didapati dengan 10,000RPM.
Berapa Size Hard Disk Yang Diperlukan?
Jenis hard disk yang sesuai untuk komputer adalah bergantung atas jenis penggunaan anda. Lain-lain tugas memerlukan kelajuan dan juga kapasiti yang berbeza. Dan sudah semestinya, kapasiti hard diks pada masa kini jauh lebih besar berbanding pada waktu dulu. Berikut adalah senarai kerja yang biasa dilakukan dan juga kapasiti dan kelajuan hard disk yang bersesuaian dengan tugasan tersebut:
- Dokumen
- Melayari Web
- Digital Music
- Permainan
- Penyuntingan Grafik
- Video Digital
250GB ke atas, 5400 RPM
320GB ke atas, 7200 RPM
750GB ke atas, 7200 RPM
1TB ke atas, 7200 RPM
1.5TB ke atas, 7200 RPM
2TB ke atas, 7200 RPM
Bagaimana Pula Dengan SSD?
SSD yang merupakan salah satu alternatif yang terbaik kepada hard disk juga boleh digunakan pada komputer anda. Hanya dengan menggunakan cip, tanpa memerlukan sebarang komponen mekanikal, SSD adalah salah satu pilihan yang ideal untuk pelbagai tugasan. Cukup dengan SSD sebanyak 120GB, ia dapat meningkatkan prestasi komputer anda. Untuk storage tambahan, anda boleh menggunakan hard disk biasa pada komputer anda. Untuk desktop, anda memerlukan cable SATA, dan manakala pada laptop, anda boleh menggantikan CD-ROM anda dengan caddy, dimana hard disk boleh dimuatkan dan menambah storage pada laptop anda.

