Scroll to top

Cara Mudah Untuk Menjaga Laptop Anda

No comments


Pernah anda terfikir bahawa laptop anda memerlukan servis? Atau mungkin anda pernah terfikir cara untuk mengekalkan laptop anda dalam keadaan yang baik. Jadi kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips untuk anda menjaga laptop anda.

Berbanding desktop, laptop boleh dikatakan lebih mudah untuk rosak, dan kos untuk membaik pulihnya lebih mahal.


Pastikan bateri anda sejuk
Bateri lithium yang digunakan pada masa sekarang tidak mempunyai jangka masa yang panjang, tetapi anda boleh melambatkan masalah ini. Elakkan haba dan gunakan bateri sekurang mungkin, jika anda menggunakan charger, lebih baik tanggalkan bateri semasa menggunakan laptop.


Elakkan makan dan minum berdekatan dengan laptop
Setiap barang elektronik sensitif terhadap air, dan jika air tertumpah, ia boleh merosakkan keyboard dan paling teruk, merosakkan motherboard anda. Makanan pula boleh mengundang tetamu yang tidak dijangkakan; semut.


Gunakan beg laptop yang sesuai
Laptop juga sensitif terhadap impak, jadi dengan beg yang betul, seandainya berlaku kemalangan, laptop anda masih dalam keadaan yang baik.


Bersihkan keyboard laptop anda
Kalau butang keyboard anda sudah mula susah ditekan, ataupun tersangkut, sudah sampai masanya untuk membersihkan habuk-habuk yang ada pada keyboard. Gunakan compressed air untuk bersihkan keyboard anda.


Bersihkan skrin laptop anda
Jika skrin anda sudah mulai kabur, ambil kain microfibre, dan lap pada skrin anda, sehingga segala kotoran hilang. Jika ia tidak berkesan, basahkan sedikit kain dengan glasss cleaner, dan lap skrin laptop anda.

Post a Comment