Scroll to top

Punca Laptop Tersangkut Atau Hang, Dan Penyelesaiannya

No comments


Semasa kita tengah menggunakan laptop, dan kemudian ia berhenti untuk menikut arahan, dan tersangkut, ini adalah situasi yang boleh menyebabkan kerja kita terganggu.


Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan masalah ini terjadi:
1. Virus atau Windows yang bermasalah
Virus boleh menyebabkan laptop kita menjadi bermasalah kerana ia menggunakan resources pada laptop kita, menjadikan laptop kita tidak mengikut arahan dengan baik, dan kerap tersangkut.

Windows yang bermasalah juga boleh menyebabkan masalah ini, mungkin anda terdelete fail penting untuk Windows, ataupun update tak habis.


2. Terlalu banyak programs running
Jumlah program yang sedang digunakan harus sesuai dengan jumlah RAM anda. Jika jumlah RAM anda rendah, anda perlu bersabar dan kurangkan programs yang sedang running pada laptop anda.


3. Hard disk yang rosak
Salah satu punca terbesar masalah ini adalah disebabkan hard disk, dan anda boleh gunakan Hard Disk Sentinel untuk semak keadaan hard disk anda.

Cara penyelesaiannya pula adalah:
1. Buang virus, dan programs yang tidak digunakan atau format
Dengan menggunakan antivirus, anda boleh buang terlebih dahulu virus yang ada dan juga programs yang anda tidak perlukan, dan jika ia tidak menyelesaikan masalah anda, anda hanya perlu format laptop anda. Pastikan data anda sudah di backup terlebih dahulu.


2. Kurangkan jumlah programs running, atau tambah memory/RAM
Jika RAM anda 2GB atau 4GB, jangan run Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Google Chrome serentak, ia akan menyebabkan performance laptop anda turun.

Dan alternatifnya, anda boleh tambah dan tingkatkan RAM pada laptop anda.


3. Gantikan hard disk yang baru
Jika anda telah check hard disk anda dengan Hard Disk Sentinel dan hard disk ada problem, lebih disarankan untuk anda tukar hard disk kepada yang baru. Ataupun anda boleh upgrade kepada SSD, untuk lebih kelajuan dan prestasi yang mengagumkan.

Post a Comment