Scroll to top

Laptop Anda Overheat? Ini Penyelesaiannya

No comments


Semakin masa berlalu, semakin laptop yang canggih dihasilkan. Dan dengan peningkatan dari segi performance, ia juga akan menambahkan risiko kepada laptop kita iaitu, panas.

Di antara risiko yang paling besar pada laptop anda adalah overheat. Ia boleh menyebabkan kerosakan yang kekal pada hardware anda.



Apa maksud overheat?
Sudah menjadi kebiasaan untuk barang-barang elektronik menjadi panas ketika sedang digunakan, dan overheat ini bermaksud laptop anda menjadi terlalu panas, sehinggakan performance laptop anda mula menurun, dan kemungkinan berakhir dengan shutdown.

Kebiasannya ia disebabkan airflow pada laptop yang tidak cantik dan berpunca daripada habuk yang terkumpul di dalam laptop, dan juga disebabkan thermal paste yang sudah kering.


Cara untuk selesaikan masalah overheat?

1. Bersihkan habuk yang ada pada laptop anda.

Habuk-habuk yang terkumpul boleh menyebabkan tersekatnya airflow.

2. Gantikan thermal paste.

Thermal paste digunakan untuk mengalirkan haba daripada processor kepada heatsink, dan heatsink akan mengalirkannya keluar dengan bantuan kipas laptop anda. Jika ia kering, pengaliran haba pada laptop anda tidak efisien.

3. Servis secara kerap.

Dalam 6 bulan sekali, hantarlah untuk servis ataupun jika anda boleh servis sendiri, lagi bagus dan jimat.

Post a Comment