Scroll to top

Fail DLL Tak Ada?

No comments


Kebiasaannya apabila kita cuba sesetengah program ataupun game, ia akan mengeluarkan ralat “DLL is missing” ataupun “DLL not found”.

Dan pada masa sekarang ini, boleh dikatakan terdapat banyak website yang menyediakan fail DLL ini. Sedangkan masih terdapat cara yang lebih selamat dan mudah untuk menyelesaikan masalah kehilangan fail DLL ini.

Kenapa fail DLL ini tiada?
Ada dua kemungkinan;
1. Fail installer tidak cukup.
2. Anda memerlukan software tambahan.


Website untuk download DLL bukanlah yang rasmi
DLL adalah fail yang dicipta oleh Microsoft dan juga developer lain yang khusus untuk program atau software mereka.
Fail DLL yang boleh dipercayai adalah daripada developer itu sendiri.


Fail DLL berkemungkinan dijangkiti virus
Salah satu yang menjadikan website untuk download fail DLL merbahaya adalah disebabkan virus yang mungkin terkandung di dalam fail DLL yang palsu ini. Yang kemudiannya boleh menyebabkan masalah lagi besar.


Fail DLL juga boleh menyebabkan kesalamatan anda di dalam bahaya
Fail DLL kebiasaannya bersaiz kecil yang digunakan untuk pelbagai tugasan, dan ia juga boleh digunakan oleh para hacker untuk masuk dan mengambil akses pada komputer anda.


Macam mana nak selesaikan masalah DLL
Kebiasannya anda hanya memerlukan software tambahan, seperti kebiasannya untuk game, anda memerlukan DirectX untuk membolehkan anda run game anda tanpa masalah.
Ataupun anda boleh download semula software tersebut, dan install semula.

Post a Comment