Scroll to top

Download Destiny 2 Secara Percuma!

No comments


Bungie dan Activision dalam bekerjasama dengan Blizzard, sedang memberikan Destiny 2 untuk PC secara percuma, tetapi dalam tempoh yang terhad, dalam sambutan ulangtahun yang pertama pada game tersebut.

Destiny 2 boleh didapatkan bermula semalam sehingga 18 November 2018, dan jika anda berminat, anda boleh dapatkannya sekarang!


Macam Mana Nak Claim?
Apa yang anda perlu ada adalah akaun Battle.Net yang boleh dibuat secara percuma, dan jika anda mempunyai akaun tersebut sebelum 2 November, anda boleh terus claim game tersebut pada link ini. Tetapi jika anda baru mendaftar, anda perlu enablekan Blizzard SMS Protect, dan kemudian anda boleh terus download Destiny 2.


Kalau Dah Ada Destiny 2?
Anda akan mendapat emblem yang eksklusif yang akan ada bermula pada Disember ini.


Trailer Destiny 2

Post a Comment