Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk Supaya Tidak Cepat Rosak

Pembentukan habuk boleh menghalang proses penyejukan laptop anda dengan betul, dan haba itu boleh menyebabkan kerosakan pada laptop anda. Kipas laptop anda juga mungkin berfungsi pada tahap maksimum lantas menyebabkan bateri anda cepat dialirkan. Prestasi penyejukan laptop anda juga mungkin berkurang. Adakah anda telah jaga laptop anda dengan baik?

 

kipas Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Kenapa Kipas Laptop Harus di Bersihkan?

 

Kebanyakkan kipas penyejuk yang terdapat di bawah laptop anda biasanya di gabungkan bersama Heat Sink di dalamnya, jika di guna terlalu lama, habuk akan berkumpul semakin lama semakin tebal pada heat sink tersebut dan akhirnya setelah sekian lama pengumpulan habuk yang tebal pada heat sink akan menghalang laluan angin untuk keluar, maka haba panas akan terperangkap di dalam laptop dan pasti mendatangkan kesan pada komponen internal / dalaman laptop anda

 

coway Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Untuk memastikan laptop anda lebih tahan lama, apa yang perlu anda dilakukan adalah penjagaan yang betul. Habuk bila memenuhi ruangan kipas laptop akan mengakibatkan overheating. Bila laptop mudah overheating mulalah berlaku rosak sana rosak sini. Jadi, disini saya nak kongsikan pada anda beberapa cara nak elak laptop masuk habuk :

 

spray Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Menggunakan penapis udara berdekatan dengan laptop.

 

Habuk datang daripada dalam dan luar rumah. Jika pintu sentiasa tertutup, habuk berkumpul di atas almari, sofa, meja dan sebagainya. Lebih-lebih lagi semasa kita sedang membersihkan rumah, ruang tamu, bilik dan kawasan yang berhabuk yang lain. Ketika aktiviti itu dijalankan, pasti habuk akan berterbangan di udara dan akibatnya habuk mudah melekat di laptop. Dengan menggunakan penapis udara berdekatan laptop dapat menghasilkan persekitaran rumah yang baik. Habuk juga berkurangan jika menggunakan penapis udara berdekatan laptop. Boleh cuba cara ini jika anda ada penapis udara di rumah.

 

monitor Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Menggunakan Kain Microfiber untuk membuang habuk di dalam laptop.

 

Kain jenis microfiber ini adalah jenis kain fabric yang tidak akan menghasilkan “lint” atau kesan calar pada laptop, disampingnya ia sangat lembut. Jikalau anda menggunakan tuala kecil, t-shirt atau jenis kain lain, ia akan meninggalkan serpihan tambahan pada kulit laptop serta boleh calarkan skrin anda. Adalah lebih elok jika guna Kain Microfiber untuk membersihkan segala macam skrin & kanta (lenses).

 

meja Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Menggunakan laptop di kawasan yang bebas habuk

 

Guna dan simpan laptop anda di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Contohnya, jika anda berada di dalam bilik pastikan pintu dan tingkap dibuka untuk memudahkan peredaran udara yang segar. Pastikan bilik atau ruang kerja anda bersih daripada debu. Jika boleh, bersihkan bilik atau ruang kerja anda dua kali sehari.

 

sapu Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Jauhkan laptop anda daripada tingkap dan juga pintu

 

Gunakan laptop di tempat yang rata dan stabil seperti di atas meja dan elakkan dari guna ditingkap atau pintu. Ini untuk mengelakkan laptop anda terjatuh atau mudah dimasuki habuk. Sekiranya anda meletakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di pintu atau tingkap, laptop anda mudah panas dan terperangkap habuk dengan lebih cepat. Kesannya, laptop mudah overheating.

 

kucing Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Bersihkan kawasan di mana anda menggunakan laptop secara kerap

 

Elakkan penggunaan laptop di atas tilam, bantal, sofa dan karpet. Alasannya, ia akan menutup ruang pengaliran udara laptop anda. Jika tertutup, laptop anda akan menjadi terlalu panas akibat daripada haba yang terperangkap di dalamnya.

 

install Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Jauhkan kucing dari laptop

 

Jangan biarkan binatang peliharaan seperti kucing datang berdekatan dengan laptop anda. Ini kerana bulu-bulu kucing ini mudah disedut oleh kipas laptop anda dan lama-kelamaan ia akan menutup ruang pengaliran udara laptop anda.

 

kipas Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Gunakan Thermal Paste pada laptop

 

Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan. Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

 

sign Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

  1. Elakkan makan, minum, dan merokok berdekatan dengan laptop

 

Jauhkan makanan, minuman dan merokok berdekatan dengan laptop. Sisa-sisa makanan dan minuman ini akan menarik perhatian serangga untuk masuk ke dalam laptop anda. Kalau ikut pengalaman saya, serangga seperti semut kerap kali masuk ke dalam laptop untuk membuat sarang. Pastikan tangan bersih. Ya, pastikan tangan anda bersih selepas anda makan. Tangan yang kotor dan berminyak bakal mengundang serangga.

 

tumpah Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Laptop Kerap Overheating Dan Selalu HANG? Apa Perlu Buat?

 

Jika berlaku overheating anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda. Berkemungkinan kipas laptop anda telah dipenuhi dengan habuk sebab itu selalu terjadi overheating dan hang. Jika anda tidak tahu membersihkan kipas laptop anda disarankan menghantar ke pusat servis. Ini adalah kerana untuk servis laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop. Komponen-komponen di dalam laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.

 

sign Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Pasti anda merasa pelik kan kenapa secara tiba-tiba laptop anda menjadi panas. Kipas laptop anda mengeluarkan angin yang panas. Laptop anda kerap kali mati atau restart secara sendiri. kadang-kadang baru on terus terpadam kat logo Windows. Perkara sebegini adalah berpunca daripada chipset pada motherboard tidak mampu lagi untuk berfungsi seperti biasa. Kerana ia tidak dapat untuk mengawal haba yang dihasilkannya. Ini kerana ruangan udara pada kipas laptop telah tertutup oleh habuk ataupun material yang menghalang daripada udara masuk dan keluar.

 

bincang Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

FR Menyediakan Servis Clean Dust Untuk Membersihkan Dalaman Laptop Anda

 

Sekiranya laptop anda dipenuhi dengan habuk, ada kemungkinan komponen-komponen dalam laptop boleh menjadi cepat rosak dan anda akan perlu menukar komponen tersebut dengan lebih kerap. Jika tidak pun anda perlu beli laptop baru. Dengan melakukan servis cleandust secara berkala anda dapat meningkatkan lagi jangka hayat komponen hardware. Tidak tahu kedai repair laptop di kawasan Kuala Lumpur? Nah, FR Laptop Service adalah pilihan yang tepat. Pengalaman mereka dalam bidang baik pulih laptop membuatkan mereka terus menapak dan maju disamping servis yang baik dan amanah dalam melakukan kerja.

 

Pastikan anda menghantar laptop anda kepada FR untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila :

 

1)      Laptop anda panas di bahagian kipas.

2)      Setiap 6 bulan sekali.

 

Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama laptop anda pasti akan memerangkap habuk di kipas processor. Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan processor laptop

 

Puas hati Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Bagi yang mahir untuk melakukannya sendiri mungkin tidak perlu mengeluarkan modal. Tetapi jika anda tidak pandai untuk mengendalinya, jangan memandai-mandai. Silap repair habis semua boleh rosak. Sanggup ke keluarkan wang ringgit yang lebih besar apabila ia sudah rosak? Jadi fikirkan kebaikan lebih dari keburukan.

 

Lokasi Kedai FR Laptop Service Berdekatan Dengan MRR2

 

awek Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Kalau anda pernah lalu MRR2 mesti anda akan perasan kedai FR Laptop Service berhampiran sahaja disitu. Boleh juga guna aplikasi waze untuk lebih memudahkan perjalanan anda ke lokasi mereka.  Waze sahaja ‘FR Laptop Servis’ pasti jumpa.

 

Servis Runner Juga Disediakan Untuk Mereka Yang Jauh Dari Kedai Kami Dan Sukar Untuk Ke Kedai Kami

 

Bagi mereka yang tiada masa untuk ke kedai, jangan risau servis menghantar dan mengambil laptop juga disediakan. Dengan servis Runner yang disediakan oleh FR Laptop Service urusan repair laptop dapat dilakukan walaupun anda sibuk dan tiada masa untuk datang ke kedai. Khidmat Runner mereka adalah di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja ya.

 

FR Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Sebab Kenapa Anda Harus Pilih FR Laptop Service

  1. Kami menawarkan servis yang jujur dan berkualiti.
  2. Harga servis yang berpatutan dan mampu bayar.
  3. Tempoh waranti yang panjang. Bergantung kepada jenis kerosakan.
  4. Servis yang sangat cepat.
  5. Jaminan pulangan wang 100% jika laptop tidak dapat dibaiki.
  6. Menggunakan alatganti (sparepart) yang berkualiti
  7. Layanan staf FR yang mesra.
  8. Sentiasa menjaga hak pelanggan.
  9. FR Runner menyelesaikan masalah tidak sempat datang ke kedai / sibuk / tiada masa.
  10. Bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukan oleh staf.
  11. Warantty motherboard 5 Bulan

 

testi Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

FR Laptop Service akan sedaya upaya untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah seperti kerosakan motherboard, mencari alat ganti untuk laptop dan sebagainya. Serahkan kepada kami di FR Laptop Service, insyaallah anda pasti akan berpuas hati dengan servis kami.

Layanan Yang Mesra Kepada Para Tetamu Yang Berkunjung

 

test Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

 

Selain dari servis yang jujur dan berkualiti, di FR juga anda akan mendapat layanan mesra dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Luahan rasa dari pelanggan pelanggan mereka, kebanyakkannya begitu seronok dengan hasil kerja dari FR Laptop Service ini. Kerosakkan yang dibaiki juga tidak berulang semula, walaupun telah lama dibaiki. Cukup untuk membuktikan yang FR Laptop Servis, sememangnya menitik beratkan kualiti dalam pekerjaan mereka.

 

Antara Pelanggan Setia FR Laptop Service

 

Di sini anda boleh lihat sebahagian daripada review pelanggan mereka di facebook yang telah menggunakan khidmat mereka dan sangat berpuas hati dengan servis yang berikan.

FR Cara Nak Elak Laptop Masuk Habuk

Penerangan tentang masalah serta cadangan bagi menyelesaikannya sudah cukup untuk memuaskan hati pelanggan disamping dengan servis yang baik dan harga yang berpatutan.

Jom Repair Laptop Di FR Laptop Service

signboard Kedai Repair Laptop Petaling Jaya

Servis yang berkualiti dan harga yang berbaloi! Saya cadangkan anda dapatkan servis dari FR Laptop Servis ini jika ada sebarang masalah mengenai laptop. Hubungi mereka untuk sebarang pertanyaan di talian di bawah :

Telefon / WhatsApp : +60172882349 Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *