Scroll to top

CARA TROUBLESHOOT TOUCHPAD LAPTOP YANG TIDAK BERFUNGSI

No comments

Jika anda mengalami masalah seperti ini dimana touch-pad laptop tidak berfungsi, ada beberapa tips untuk mengatasi masalah touch-pad yang tidak berfungsi pada laptop anda

 

PERIKSA BUTANG FUNGSI PADA KEYBOARD LAPTOP

Ada laptop yang mempunyai kunci fungsi yang boleh mematikan atau menghidupkan touch-pad pada laptop anda. Ada kemungkinan anda tidak sengaja telah mematikan touch-pad dengan menekan kombinasi butang Fn dan butang yang mempunyai ikon touch-pad.

 

PERIKSA DRIVER TOUCH-PAD

Buka device manager untuk pastikan driver touch-pad ada dan pastikan ia dalam keadaan enable.

Klik Start menu > taip device manager > Human interface devices > HID-compliant touch pad > right klik > Enable

 

UPDATE DRIVER TOUCH-PAD

Klik Start menu > taip device manager > Human interface devices > HID-compliant touch pad > right klik > Update driver

 

RESTART SEMULA LAPTOP

Sesetengah masalah yang kecil kadang-kadang hanya memerlukan anda untuk restart semula laptop, membantu refesh semula konfigurasi drivers.

 

MASUK KE SAFE MODE

Tekan Start menu > taip advanced startup options > advanced startup > restart now

 

Klik TROUBLESHOOT > Klik advance options > Klik startup settings > restart > Tekan button no 4.

 

Anda boleh cuba di dalam safe mode untuk check sama ada touch-pad berfungsi atau tidak.

 

Sekiranya anda sudah mencuba dan masih tidak berjaya, ada kemungkinan besar touch-pad pada laptop telah rosak physical damage. Anda mungkin perlu mencari bantuan teknikal daripada pakar komputer atau kedai membaiki yang berdekatan dengan anda.

Post a Comment