Scroll to top

CARA UNTUK TROUBLESHOOT AUDIO BERMASALAH PADA WINDOWS

No comments

Anda mempunyai masalah dimana audio pada laptop anda tidak berfungsi? jangan bimbang. Ada beberapa cara yang boleh anda cuba terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah tersebut, sebelum anda hantar laptop ke kedai.

 

RESTART LAPTOP

Perkara pertama yang anda boleh cuba adalah dengan restart laptop anda terlebih dahulu. Ini kerana sekiranya masalah tersebut tidak terlalu serius, ada kemungkinan audio itu cuma tidak responsif sahaja sebab tu perlu cuba restart terlebih dahulu.

 

PERIKSA VOLUME

Pastikan volume pada laptop anda tidak berada pada level terendah ataupun dimute. Periksa juga settings pada audio taskbar anda, adakah ia mengunakan default audio yang ada pada laptop anda.

Tekan Start menu > Settings > System > Sound 

 

PERIKSA AUDIO JACK 

Pastikan tiada headphone atau speaker external yang connect pada audio jack laptop. Jika ada cuba keluarkan dari slot audio jack laptop dan cuba semula audio pada laptop anda dengan memainkan video,lagu untuk memastikan speaker laptop berfungsi atau tidak.

 

UPDATE DRIVER

Drive audio yang sudah lama atau compatible pada laptop anda juga boleh menyebabkan audio tidak berfungsi. Sekiranya masalah itu berpunca dari driver audio sepatutnya selepas anda update driver tersebut dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Tekan Start menu > taip device manager > klik sound, video, and game controller > right klik audio > klik update driver.

 

DELETE SEMUA DRIVER AUDIO & RESTART

Anda juga boleh mencuba dengan uninstall semua driver audio yang ada pada device manager dan kemudian restart semula laptop anda. Ini kerana untuk windows 8,10,11 kebiasanya selepas anda uninstall dan restart semula windows akan reinstall kembali driver tersebut.

Tekan Start menu > taip device manager > klik sound, video, and game controller > right klik audio > klik uninstall driver.

 

TROUBLESHOOT SOUND

Anda juga boleh troubleshoot masalah audio yang telah disediakan pada

yang anda gunakan.

Right klik icon sound > klik troubleshoot sound problem

 

DOWNLOADA DRIVER DI WEBSITE OFFCIAL

Satu lagi cara adalah dengan mencuba download semula driver audio untuk model laptop anda di website official di internet.

cth

 

Sekiranya anda sudah mencuba tetapi masih gagal, dan masalah audio masih tidak dapat diselesaikan, anda boleh mencari bantu dari orang yang lebih arif untuk membantu anda atau membawa laptop anda ke kedai membaiki yang anda percaya.

 

 

 

Post a Comment