CARA PENJAGAAN BATERI YANG MUDAH!

Kita seperti berada di dalam hubungan cinta/benci dengan bateri laptop kita, ia memberikan portability, tapi ia juga mengikat kita dengan jumlah bateri yang kecil dan juga prestasinya menurun semakin lama digunakan.

 

Kurangkan Charge Cycle.

Setiap bateri akan ada limit charge cycle. Charge cycle adalah keadaan kita charge bateri kita yang cecah 0%, dan kita charge sehingga 100%. Setiap kali ia menyempurnakan satu cycle, kapasiti bateri kita akan berkurangan.

Jadi untuk elakkan Full Cycle, charge bila bateri kita mula cecah 7-10% ataupun bila laptop kita mula notify bahawa bateri kita dah low, dan kita perlu menggunakan charger. Jangan biarkan 0% untuk elakkan kapasiti bateri berkurangan.

 

Jangan biarkan bateri berada di tempat yang panas.

Suhu yang tinggi juga boleh memberi kesan yang negatif kepada bateri kita. Meskipun bateri kita boleh dikatakan tahan lasak, tapi ia agak lemah untuk menahan atau melawan haba. Bila laptop terlalu panas, matikan dan kemudian tanggalkan bateri. Kerana haba boleh “membunuh” bateri kita.

 

Bersihkan laptop anda sekali sekala.

Tanggalkan bateri anda, dan lap menggunakan kain untuk buang semua habuk dan juga debu untuk memastikan ruang bateri anda bersih daripada sebarang kotoran.

 

Jangan biarkan bateri anda tak digunakan

Jika anda lebih menggunakan charger sahaja, pastikan bateri anda juga dicaj sehingga 50% sekurang-kurangnya. Agar bateri anda kekal hidup dan masih boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Jika anda akan tinggalkan bateri lebih dari 3 bulan, charge sehingga 80% kemudian tanggalkan bateri.

PROGRAM-PROGRAM INI BUAT KOMPUTER ANDA JADI SLOW!

Bila kita dah biasa boot Windows laju, tetiba dia jadi perlahan sejak dua menjak ni, terasa jugak kan? Biasanya, yang slow ni disebabkan software-software yang suka makan process pada komputer kita.

 

1. Aplikasi Chat

Aplikasi Chat seperti SKype dan juga Discord akan serta-merta inform pada rakan-rakan kita bahawa kita dah online, dan bersedia untuk chat atau main game bersama. Masalahnya, program-program ini memberi kesan kerana ia boleh dikatakan agak berat.

Boleh disable dahulu dan kemudian buka bila anda dah bersedia untuk menggunakannya.

 

2. Anti-virus yang banyak

Kalau anda ada antivirus yang banyak pada komputer anda, anda boleh menyimpan salah-satu antivirus yang anda rasa paling sesuai untuk penggunaan anda.

 

3. Cloud storage

Aplikasi Cloud kebiasaannya akan memakan resource dan juga internet anda, kerana ia akan sync dengan fail anda yang berada di internet, supaya anda boleh mendapatkan akses serta merta.

Jika anda bukan seorang yang ingin menggunakan cloud anda serta merta, disable dahulu, dan kemudian buka bila diperlukan.

APA BEZANYA ANTARA EDISI WINDOWS 7 NI?

Kita dah biasa dengar pasal Windows Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, Enterprise dan Ultimate. Tapi, setiap edisi WIndows ini mempunyai tujuan dan penggunaan yang cukup berlainan.

 

Apa yang menjadikan edisi Windows ni lain-lain? Jom FR nak kongsikan


Windows 7 Starter

Merupakan Windows 7 versi paling asas, ia hanya boleh menggunakan Windows 32-bit dan ia untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh pengguna secara asas. Tidak didatangkan dengan Aero.

 

Windows 7 Home Basic

Ia berada ditengah-tengah diantara Starter dan juga Home Premium. Ia mempunyai kesemua fungsi Starter tetapi ia boleh menggunakan versi 64-bit. Juga tidak didatangkan dengan Aero.

 

Windows 7 Home Premium

Home Premium mempunyai kesemua fungsi yang ada pada Starter dan juga Home Basic. tetapi ia didatangkan dengan Aero Glass GUI yang menjadikan interface Windows lebih kemas dan menarik.

 

Windows 7 Professional

Seperti Home Premium, ia mempunyai semua kelebihan yang ada tetapi dengan penambahan perlindungan data dan juga rangkaian untuk bisnes kecil dan untuk mereka yang bekerja dirumah.

 

Windows 7 Enterprise

Dikhususkan untuk pengguna bisnes yang besar, Windows 7 Enterprise hanya boleh dibeli secara pukal, dan ia mempunyai semua kelebihan yang ada Windows 7 Professional tetapi dengan lebih perlindungan dan juga rangkaian.

 

Windows 7 Ultimate

Ia mempunyai kesemua kelebihan yang ada pada semua edisi sebelumnya. Ia seperti Windows 7 Enterprise untuk pengguna biasa.

 

Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

 

PATUT KE SAYA DOWNLOAD DRIVER DARIPADA NVIDIA?

Kebiasaannya gamer yang ada laptop yang menggunakan graphic chipset Nvidia akan download GeForce Experience dan aplikasi ini akan memperkenalkan update kepada version yang paling terkini yang sepatutnya meningkatkan performance graphic anda.

 

Kenapa?

Sudah semestinya sebab nak dapatkan performance yang lebih baik.

Tapi tahukah anda, bahawa driver yang disediakan oleh manufacturer laptop yang terbaik untuk laptop? Kerana ia telah diubahsuai dan dioptimasikan untuk laptop hasil keluaran mereka.

 

Dan sebenarnya tiada masalah pun untuk cuba update melalui laman web rasmi Nvidia, ataupun menggunakan GeForce Experience. Cuma untuk performance yang lebih baik kekalkan sahaja dengan driver asal.

 

Untuk Desktop pula, memang digalakkan untuk sentiasa update driver daripada Nvidia. Oleh kerana setiap kali ada update, akan ada improvement yang lebih baik dan boleh meningkatkan performance game kita. Jadi, updatelah. Hehe.

 

Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

Baca dulu artikel ini mudahan dapat membantu anda.

Laptop Anda Hang, Crash, Lembap? Performance Laptop Slow?

Windows atau operating system (OS) merupakan ‘jantung’ laptop. Kalau laptop canggih, spesifikasi tinggi tapi tak ada Windows, macam mana nak guna laptop tu. Betul tak?

 

Semua orang yang ada laptop termasuk saya, ada 1 perkara paling utama, paling penting yang kita semua nak sangat bila guna laptop. Apa benda yang penting sangat tu?

Laptop mesti LAJU!

 

Tapi masa anda nak guna laptop untuk buat kerja, masa itu lah masalah nak datang. Perkara yang buatkan semua orang bengang adalah laptop slow, nak masuk desktop pun lembap, nak buka software atau program ambil masa yang lama, tak macam masa mula-mula beli dulu.

 

Ada sebab kenapa laptop boleh jadi slow. Mungkin laptop anda jadi slow disebabkan masalah-masalah kat bawah ni. Nak tahu? Teruskan baca sampai habis.

 

Punca-Punca Laptop Jadi Slow Gila

1. Hard Disk bermasalah/rosak

Hard disk laptop bermasalah adalah salah satu punca laptop slow. Sebab apa?

 

Hard disk tempat kita simpan semua data, fail, gambar, video, semua hasil kerja termasuk Windows yang kita install. Hard disk (HDD) ni kat dalam dia ada komponen macam CD. Kalau permukaan CD ini calar, ada sesetengah data tak boleh nak akses (buka).

 

Kalau hard disk​ ada bad sector atau ‘bercalar’, ada kemungkinan data tak boleh nak akses atau hilang. Kalau fail Windows tak boleh atau susah nak akses sebab ada bad sector, laptop boleh jadi slow.

 

Macam mana hard disk boleh bermasalah?

Ada 2 sebab hard disk boleh rosak atau bermasalah, disebabkan oleh:

a. Hard disk kerap berhenti mengejut.

Apabila laptop anda tengah hang atau freeze, nak tekan apa-apa pun tak boleh. Anda pun tekan butang off. Anda off laptop secara paksa.

 

Masa tu hard disk tengah berpusing laju (macam CD), bila anda laptop off secara tiba-tiba, hard disk akan berhenti pusing secara mengejut.

 

Bayangkan kereta tengah bergerak laju, tiba-tiba anda tutup enjin. Anda rasa apa yang akan jadi?

 

b. Laptop terjatuh.

Hard disk memang sensitif. Kalau laptop terjatuh atau terhentak, hard disk boleh rosak dan bermasalah sebab komponen dalam hard disk mungkin dah bengkok atau ‘calar’.

 

Pastikan anda tak buat 2 benda ni untuk elakkan hard disk anda dari rosak. Kalau tak, kena tukar hard disk baru.

 

Tak guna anda format laptop tapi ‘kesihatan’ hard disk bawah 100%. Sebab ada kemungkinan Windows/laptop masih slow disebabkan hard disk problem.

 

2. Browser Add-On

Banyak sangat Browser add-on tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-on boleh memudaratkan performance laptop, tapi bukan semua.

 

Apa yang anda boleh lakukan adalah delete add-on yang tak berguna dari browser anda. Download aplikasi dari website yang dipercayai. Baca agreement sebelum download atau sebelum install sebarang aplikasi.

 

 

3. Buka banyak aplikasi dalam satu masa

Buka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa boleh menyebabkam laptop anda lambat. Contohnya buka photoshop, youtube, game dalam masa yang sama.

 

Keupayaan laptop untuk buat kerja multitasking bergantung pada saiz RAM. Kalau RAM laptop anda rendah, elakkan dari buka terlalu banyak aplikasi serentak.

 

 

4. Buka terlalu banyak tab browser

Suka buka tab browser dengan banyak pun tak elok sebenarnya. Kerana setiap tab yang dibuka akan ‘memakan’ kuasa dari processor dan juga RAM.

 

Sebab itu saya ada terangkan untuk kerja-kerja multitasking perlu lebih RAM. Padam open tab yang tidak digunakan untuk mengurangkan ‘stress’ pada laptop anda.

 

 

5. Guna program yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi.

Anda guna aplikasi atau software yang memerlukan requirement yang tinggi tapi laptop anda tidak mampu untuk menyokong supaya aplikasi tersebut dapat berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.

 

Jangan menggunakan perisian ataupun program diluar kemampuan laptop kerana ia boleh mengundang lebih banyak masalah.

 

 

6. Virus

Virus, spyware, dan malware ni boleh slow down kan laptop dan mengurangkan performance.

 

Kacau windows registry, keluar iklan pop-up masa tengah surf internet dan paling bahaya kalau data peribadi kene hijack. Macam-macam boleh jadi.

 

Apa yang patut anda lakukan ialah install antivirus dan scan setiap pendrive yang dicucuk ke usb port laptop.

 

 

7. Startup program

Startup program merupakan program yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan (Windows).

 

Masalahnya banyak program, virus, hijacker, spyware, dan malware telah di set untuk run secara automatik bila Windows start.

 

Disebabkan ini laptop anda startup dengan perlahan (ambil masa lama untuk masuk dalam desktop) bergantung berapa banyak aplikasi startup.

 

 

8. RAM

RAM juga memainkan peranan penting, kerana kebanyakan aplikasi sekarang memerlukan RAM yang besar supaya aplikasi tersebut dapat berfungsi dengan baik.

 

Contoh aplikasi photoshop, video, muzik editing, animasi 3D dan lain-lain.

 

Sebab itu anda perlu baca requirement aplikasi tersebut supaya masalah macam ini tidak terjadi pada anda.

 

Kalau RAM laptop anda 2GB dan ke bawah, saya sarankan anda tambah atau upgrade ke 4GB. Supaya mudah anda nak buat kerja multitasking.

 

Laptop pun tak slow.

 

 

Dari 8 punca kat atas ini, apa yang sebabkan laptop anda slow? Dah tahu?