Ada apa dengan RAM?

Memory ataupun RAM (Random Access Memory) digunakan untuk menyimpan data sementara untuk memudahkan processor untuk akses data tersebut. RAM pulak hadir dalam size yang berbeza, 4GB, 8GB, 16GB dan ia juga mempunyai kelajuan yang berbeza seperti 1600 Mhz, 1333 Mhz dan banyak lagi, bergantung atas jenis RAM yang anda gunakan.

 

Jika laptop anda tidak ada RAM, laptop anda tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana, tanpa RAM, laptop anda tidak akan mampu untuk menghasilkan gambar ataupun display.

 

Size dan juga kelajuan RAM

Size dan kelajuan RAM perlu seiring dengan kelajuan processor. Jika processor anda laju, anda perlukan juga size RAM yang besar, speed RAM yang laju.

 

Kenapa?

Bayangkan kita ada Ferrari, tetapi tangki minyak dia kecil. Kita boleh pecut laju, tapi kerap kali kita kena berhenti untuk is minyak semula.

Tak perlu sebenarnya untuk kita habiskan duit untuk membeli RAM yang high-end tetapi processor kita tak mampu menampung kelajuan RAM kita.

MACAM MANA NAK JAGA SKRIN?

Salah satu komponen yang penting untuk sesebuah laptop adalah skrinnya, Kerana dengan adanya skrin kita boleh gunakan komputer kita dimana-mana sahaja. Secara tak langsung, penjagaannya juga cukup penting.

Jadi macam mana nak jaga skrin? Jom FR kongsinkan tips penjagaan skrin.

 

1. Jangan jatuhkan laptop.

Laptop amat sensitif terhadap hentakan. Terutama sekali pada bahagian skrin dan juga hard disk.

 

2. Pastikan tiada benda diatas keyboard sebelum tutup.

Kadang-kadang kita terletak pen atau pensil atau sebagainya, dan bila macam tak lepas nak tutup, kita paksa juga. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada skrin dan juga hinge laptop.

Takde masalah kalau nak letak alas keyboard, kain untuk elakkan skrin calar.

 

3. Jangan tutup penutup ketika laptop panas.

Biarkan suhu laptop surut dahulu sebelum anda menutup penutup laptop. Suhu yang panas boleh menyebabkan timbulnya line pada skrin. Dan line ini akan bertambah semakin lama digunakan.

 

4. Letak laptop di tempat yang selamat.

Kadang-kadang haiwan peliharaan kita ataupun anak-anak kita berlari kesana kemari, dan bila kita letak laptop ditempat yang mudah terdedah kepada bahaya, dah jatuh pulak laptop tu.

 

Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

APA YANG AKAN TERJADI JIKA KITA DELETE SYSTEM32???

Pernah tak anda lihat posting atau gambar yang mengatakan kalau anda delete System32, komputer anda akan menjadi lebih laju. Sebelum nak delete tu, jom kenali apa System32 ni.

 

Apa System32 ni?

System32 adalah sebuah file Windows yang diperlukan oleh Windows kita untuk beroperasi. Ia terletak pada C:\Windows\System32. File yang terdapat pada System32 adalah Dynamic Link Library (DLL) dan juga Executable (EXE).

 

Jadi, boleh ke kita nak delete System32 ni?

Tak boleh. File yang diperlukan Windows kita terdapat pada System32 ini, kalau kita delete, ada kemungkinan banyak file Windows kita akan hilang dan berkemungkinan besar Windows kita langsung tak boleh nak akses.

 

Saya pakai Windows 64 Bit, ada jugak ke System32 ni?

Ya. Oleh kerana Windows ingin menyokong 32 bit dan 64 bit.

 

Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

LAPTOP YANG MURAH AKAN MEMBAZIRKAN WANG DAN JUGA MASA ANDA

Ya, untuk kekalkan bajet yang rendah kita perlu beli laptop yang harganya dibawah bajet kita. Tapi, berbaloi ke? Sebenarnya tak, dengan laptop, kita akan habiskan masa yang cukup banyak, untuk buat kerja, mungkin sedikit gaming dan juga entertainment.

Dan adakah laptop yang murah ini mampu memberikan segala feature yang kita perlukan? Jika anda mampu bertahan, anda boleh simpan lagi sikit, dan dapatkan laptop yang hadir dengan spec yang lebih baik.

Kenapa anda tak perlukan laptop yang murah?

👉 Spesifikasi laptop yang rendah
👉 Screen yang berkualiti rendah
👉 Touchpad dan juga keyboard yang kurang selesa
👉 Rekaan plastik sepenuhnya

Kenapa saya perlu spend lebih untuk laptop?

👉 Dapatkan laptop dengan spesifikasi yang lebih laju
👉 Rekaan yang lebih kukuh untuk ketahanan yang lebih lama
👉 Keyboard dan touchpad yang cukup bagus

Kita juga akan menggunakan laptop ini untuk masa yang lama dan tak salah untuk kita spend lebih sikit, daripada laptop yang mudah pecah dan ada masalah selepas beberapa bulan beli.

ADAKAH KEYBOARD MEKANIKAL LAGI BAGUS??

Keyboard adalah salah satu peripherals komputer yang kita gunakan untuk taip dan main game ketika menggunakan komputer.

Dua jenis keyboard yang popular adalah membrane yang biasanya lebih murah dan juga mekanikal yang dikategorikan sebagai mahal.

 

Membrane keyboard menggunakan lapisan getah dibawah butang keyboard, dan ia memberikan rasa yang lembut. Jangka hayat membrane keyboard kebiasaanya lebih rendah*.

*Bergantung atas penggunaan

 

Mekanikal keyboard pula menggunakan sesuatu yang dipanggil sebagai switch untuk menentukan bahawa butang ditekan. Dan switch ini pula hadir dalam banyak jenis, ada yang bunyi bising ada yang senyap. Jangka hayat mekanikal keyboard jauh lebih tinggi berbanding membrane. Ia juga mampu menahan hentakan. (Biasalah main game kan, tak spam, tak sah. hehe)

Sesetengah switch tak memerlukan pengguna untuk menekan butang sehingga habis untuk register ke dalam komputer, dan ini mampu meningkatkan performance ketika bermain game. Typing pun boleh jadi laju.