Repair Motherboard Di FR Laptop Service Kuala Lumpur

Motherboard adalah bahagian penting dalam sistem komputer dan terdiri daripada litar bersepadu. Ia memerlukan penjagaan maksumim dan atas itu anda mencari tempat repair motherboard yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. FR Laptop Service menyediakan servis pembaikan motherboard yang jujur dan berkualiti selari dengan tag line kami.

 

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Perkhidmatan Profesional kami?

Bagi mereka yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur, kedai FR Laptop Service berada berdekatan dengan anda, jika anda mempunyai masalah berkenaan laptop anda boleh datang kepada kami.

Di FR Laptop Service, kami berasa bangga sekiranya dapat membantu menyelesaikan masalah dan juga kepuasan pelanggan kami, tidak lupa pada pelanggan setia yang banyak menyokong dari belakang “ribuan terima kasih kepada anda semua yang menyokong kami”.

Jangan biarkan masalah motherboard mengganggu kerja anda. Kami mempunyai tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan percayai.

 

Masalah motherboard yang sering dibaiki :

  1. Laptop tak boleh nak ON (NO POWER)
  2. Laptop Auto Shutdown
  3. Laptop Auto Restart
  4. Laptop ON tapi tak keluar gambar (NO Display)
  5. Laptop display macam tv rosak (warna hijau macam cerita matrix)

Kedatangan anda ke kedai akan di sambut mesra oleh staff FR yang akan bertanyakan masalah berkenaan laptop anda. Ketika ini anda boleh ceritakan masalah laptop tersebut.

Setelah mendengar masalah tersebut, troubleshooting akan dilakukan untuk  mengenal pasti punca masalah sebenar.

Setelah mengetahui punca sebenar Staff FR akan menerangkan pada anda punca berlaku masalah ini serta berkongsi ilmu dengan harapan ia dapat membantu pelanggan untuk masa hadapan. Di bawah merupakan contoh gambar fan berhabuk dan thermal paste yang sudah kering.

 

 

Macam mana boleh berlaku kerosakan pada motherboard?

Kebiasaanya kerosakan motherboard berlaku disebabkan laptop terlalu panas (overheating), kemungkinan disebabkan kegagalan pada fan yang tidak lancar ataupun penggunaan software yang berat seperti graphic design, video editing serta pengguna graphic yang tinggi seperti bermain GAME.

Fan gagal berfungsi dengan baik disebabkan oleh kelalaian. Harus ingat laptop juga perlu di servis iaitu servis cleandust, bertujuan untuk mencuci dan membuang habuk pada fan laptop dan sebagainya, tidak lupa juga dengan menukar thermal paste yang sudah kering. Staff FR biasanya mencadangkan servis yang bersesuaian dengan bajet serta kerosakan yang di alami.

Sekiranya kerosakan pada motherboard laptop tersebut terlalu serius sehingga kos repair agak tinggi, staff FR akan menasihatkan anda untuk membeli laptop baru. Setiap keputusan terletak di tangan sendiri.

 

Sebab Kenapa Anda Harus Pilih FR Laptop Service

  1. Kami menawarkan servis yang jujur dan berkualiti.
  2. Harga servis yang berpatutan dan mampu bayar.
  3. Tempoh waranti yang panjang. Bergantung kepada jenis kerosakan.
  4. Servis yang sangat cepat.
  5. Jaminan pulangan wang 100% jika laptop tidak dapat dibaiki.
  6. Menggunakan alatganti (sparepart) yang berkualiti
  7. Layanan staf FR yang mesra.
  8. Sentiasa menjaga hak pelanggan.
  9. FR Runner menyelesaikan masalah tidak sempat datang ke kedai / sibuk / tiada masa.
  10. Bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukan oleh staf.
  11. Warantty motherboard 5 Bulan

FR Laptop Service akan sedaya upaya untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah seperti kerosakan motherboard, mencari alat ganti untuk laptop dan sebagainya. Serahkan kepada kami di FR Laptop Service, insyaallah anda pasti akan berpuas hati dengan servis kami.

Selain dari servis yang jujur dan berkualiti, di FR juga anda akan mendapat layanan mesra dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Bagi mereka yang tiada masa untuk ke kedai, jangan risau servis runner juga disediakan.

Dengan servis Runner yang disediakan oleh FR Laptop Service urusan repair laptop dapat dilakukan sekiranya anda sibuk dan tiada masa untuk datang ke kedai.

 

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?

Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari)

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

ADAKAH SAYA PERLUKAN SSD? ATAU HARD DISK BIASA?

Seperti yang saya sudah jelaskan sebelum ni, SSD adalah alternatif kepad hard disk yang mampu beroperasi sehingga 10 kali ganda lebih laju (atau lebih lagi) berbanding hard disk biasa.

 

Jadi, persoalaannya, apa yang saya perlukan? SSD atau hard disk?

Perbezaan antara kedua-dua ni umpama membandingkan kereta yang laju dan juga kereta yang besar. Dan untuk menjawab soalan ini kita bahagikannya kepada beberapa soalan.

1. Adakah anda suka simpan Movie ataupun apa-apa jenis video?
2. Adakah anda akan download dan juga install game yang bersaiz besar?
3. Adakah anda juga simpan semua gambar-gambar kenangan pada komputer anda?

 

Jika jawapan anda semuanya Ya, lebih baik anda dapatkan hard disk. Kerana hard disk mempunyai ruangan yang lebih besar dan ia juga jauh lebih murah berbanding SSD.

 

Jika anda mampu untuk dapat kedua-duanya sekali, anda boleh menggunakan caddy untuk menggantikan ruang cd-rom dengan hard disk yang menambahkan ruangan anda.

APA ITU CACHE MEMORY?

Cache Memory atau CPU Memory adalah sejenis RAM yang processor boleh akses jauh lebih cepat berbanding RAM biasa. Dan memory ini biasanya diintegrasikan dengan processor atau ia diletakkan pada cip yang berasingan dan juga bus yang berasingan yang berhubung dengan processor.

 

Cache memory digunakan untuk menyimpan data sementara untuk memberikan akses yang lebih laju. Bila processor kita memproses data, ia akan merujuk kepada cache memory. Bila ada data mengenai software tersebut, ia akan bertindak jauh lebih laju.

 

Perumpamaannya seperti pada phone anda sendiri, jika anda dah buka Facebook, Instagram, Youtube, dan anda buka kembali apps tersebut, ia terus memaparkan homepagenya betul? Jika anda kill apps tersebut, ia akan ambil masa untuk login, dan loading. Begitu juga cache memory ini.

 

Cache memory hadir dalam 3 level:

Level 1 (L1): Yang paling laju tapi size memorynya agak kecil.

Level 2 (L2): Mempunyai size lebih besar berbanding L1 dan ia mempunyai kelajuan yang hampir sama dengan L1.

Level 3 (L3): Dikhususkan untuk meningkatkan performance L1 dan juga L2. Ia lebih perlahan tetapi ia mempunyai size yang lebih besar.

 

Setiap core pada processor mempunyai L1 dan juga L2 yang tersendiri, tetapi ia selalunya berkongsi L3 dimana ia dianggap sebagai “higher tier cache”.

ADAKAH I7 DIPERLUKAN UNTUK GAMING?

Bila orang fikirkan tentang gaming desktop atau laptop, biasanya orang letak mindset, gaming perlukan i7, atau i9 sebagai aras yang boleh dikatakan tinggi untuk gaming. Juga sesetengah orang menggunakan processor Unlocked untuk dioverclock untuk tingkatkan lagi performance desktop.

Sebelum ni saya dah cover untuk Intel Pentium G4560, yang merupakan sebuah processor yang cukup murah dan boleh digunakan sebagai processor untuk desktop build gaming. Tapi korang perlukan juga graphic card yang berseesuaian untuk membolehkan korang untuk main game tanpa sebarang masalah.

 

Kelebihan i7 berbanding processor lain:

Clock-speed yang lebih laju termasuk turbo-boost
Cache memory yang lebih besar
Hyper-Threading lebih lancar dengan Thread yang lebih banyak
Core yang banyak

 

So apa kelebihan i7?

Ia boleh berikan performance yang lebih baik dan laju untuk gaming dan juga rendering. Jika anda hanya gunakan desktop anda untuk gaming dan juga kerja-kerja ringan, saya rasa i7 agak overkill.

 

Jangan risau, kalau korang nak main game tapi under budget, dan hanya nak gunakan G4560, ianya tak akan jadi masalah langsung dan ianya sebenarnya cukup untuk memberikan anda performance yang cukup baik untuk gaming tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Kenapa perlu shutdown properly?

Shutdown merupakan sesuatu yang sangat simple dan mudah, anda pergi ke Start button, kemudian tekan pada Power, dan pilih Shutdown. Senang je kan? Tetapi ia akan memakan masa yang sedikit lama. Nak laju boleh guna SSD 👍 (Kalau takde masalah dengan hardware atau komponen lain) Belum kira waktu menunggu untuk siapkan update lagi. Fuh, lama kan?

 

Dan ada yang berpendapat kalau macam ni kita boleh tekan power button 5 saat dan matikan terus laptop atau desktop kita. Lagi cepat bukan? Dari kena tunggu lama-lama, jadi 5 saat je, siapa tak suka laju-laju ni?

 

Bila kita shutdown melalui sistem, komputer kita akan melalui proses untuk menyimpan semua data yang penting dan ia akan cuba pastikan anda telah siapkan semua task atau kerja yang anda sedang lakukan dengan mengeluarkan prompt.

 

Seperti ibu bapa yang menyuruh anak-anak untuk tidur bila tibanya waktu malam, Operating System kita atau Windows kita akan memberi isyarat kepada software-software yang sedang running, jadi semua software ini akan meminta anda untuk pastikan semuanya dah siap sebelum software tersebut dimatikan.

 

Apa risiko kalau kita Force Shutdown?

👎 Kehilangan data yang belum disimpan.
👎 Kerosakan data yang ada pada hard disk.
👎 Kerap keluar Check Disk (ChkDsk)
👎 Kerosakan pada file Windows yang menyebabkan anda tak boleh masuk ke Windows.
👎 Rosaknya hard disk.

 

Tapi kalau komputer saya stuck, freeze dan hang, macam mana?

Selagi tiada masalah diatas, anda perlu shutdown elok-elok. Tetapi jika anda kerap ada masalah di atas, kenal pasti punca masalah anda, kalau anda tak pasti, boleh datang ke FR untuk diagnose percuma.