Scroll to top

Repair Motherboard Di FR Laptop Service Kuala Lumpur

No comments

Motherboard adalah bahagian penting dalam sistem komputer dan terdiri daripada litar bersepadu. Ia memerlukan penjagaan maksumim dan atas itu anda mencari tempat repair motherboard yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. FR Laptop Service menyediakan servis pembaikan motherboard yang jujur dan berkualiti selari dengan tag line kami.

 

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Perkhidmatan Profesional kami?

Bagi mereka yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur, kedai FR Laptop Service berada berdekatan dengan anda, jika anda mempunyai masalah berkenaan laptop anda boleh datang kepada kami.

Di FR Laptop Service, kami berasa bangga sekiranya dapat membantu menyelesaikan masalah dan juga kepuasan pelanggan kami, tidak lupa pada pelanggan setia yang banyak menyokong dari belakang “ribuan terima kasih kepada anda semua yang menyokong kami”.

Jangan biarkan masalah motherboard mengganggu kerja anda. Kami mempunyai tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan percayai.

 

Masalah motherboard yang sering dibaiki :

  1. Laptop tak boleh nak ON (NO POWER)
  2. Laptop Auto Shutdown
  3. Laptop Auto Restart
  4. Laptop ON tapi tak keluar gambar (NO Display)
  5. Laptop display macam tv rosak (warna hijau macam cerita matrix)

Kedatangan anda ke kedai akan di sambut mesra oleh staff FR yang akan bertanyakan masalah berkenaan laptop anda. Ketika ini anda boleh ceritakan masalah laptop tersebut.

Setelah mendengar masalah tersebut, troubleshooting akan dilakukan untuk  mengenal pasti punca masalah sebenar.

Setelah mengetahui punca sebenar Staff FR akan menerangkan pada anda punca berlaku masalah ini serta berkongsi ilmu dengan harapan ia dapat membantu pelanggan untuk masa hadapan. Di bawah merupakan contoh gambar fan berhabuk dan thermal paste yang sudah kering.

 

 

Macam mana boleh berlaku kerosakan pada motherboard?

Kebiasaanya kerosakan motherboard berlaku disebabkan laptop terlalu panas (overheating), kemungkinan disebabkan kegagalan pada fan yang tidak lancar ataupun penggunaan software yang berat seperti graphic design, video editing serta pengguna graphic yang tinggi seperti bermain GAME.

Fan gagal berfungsi dengan baik disebabkan oleh kelalaian. Harus ingat laptop juga perlu di servis iaitu servis cleandust, bertujuan untuk mencuci dan membuang habuk pada fan laptop dan sebagainya, tidak lupa juga dengan menukar thermal paste yang sudah kering. Staff FR biasanya mencadangkan servis yang bersesuaian dengan bajet serta kerosakan yang di alami.

Sekiranya kerosakan pada motherboard laptop tersebut terlalu serius sehingga kos repair agak tinggi, staff FR akan menasihatkan anda untuk membeli laptop baru. Setiap keputusan terletak di tangan sendiri.

 

Sebab Kenapa Anda Harus Pilih FR Laptop Service

  1. Kami menawarkan servis yang jujur dan berkualiti.
  2. Harga servis yang berpatutan dan mampu bayar.
  3. Tempoh waranti yang panjang. Bergantung kepada jenis kerosakan.
  4. Servis yang sangat cepat.
  5. Jaminan pulangan wang 100% jika laptop tidak dapat dibaiki.
  6. Menggunakan alatganti (sparepart) yang berkualiti
  7. Layanan staf FR yang mesra.
  8. Sentiasa menjaga hak pelanggan.
  9. FR Runner menyelesaikan masalah tidak sempat datang ke kedai / sibuk / tiada masa.
  10. Bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukan oleh staf.
  11. Warantty motherboard 5 Bulan

FR Laptop Service akan sedaya upaya untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah seperti kerosakan motherboard, mencari alat ganti untuk laptop dan sebagainya. Serahkan kepada kami di FR Laptop Service, insyaallah anda pasti akan berpuas hati dengan servis kami.

Selain dari servis yang jujur dan berkualiti, di FR juga anda akan mendapat layanan mesra dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Bagi mereka yang tiada masa untuk ke kedai, jangan risau servis runner juga disediakan.

Dengan servis Runner yang disediakan oleh FR Laptop Service urusan repair laptop dapat dilakukan sekiranya anda sibuk dan tiada masa untuk datang ke kedai.

 

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?

Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari)

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

Post a Comment