Scroll to top

TUTUP APPS HISTORY PADA FACEBOOK

No comments

 

Pernahkah anda perasan, bila anda browse sesuatu di internet ataupun mungkin anda berborak dengan rakan tentang sesuatu topik, dan kemudian di Facebook anda, muncul iklan berbayar yang berkaitan dengan topik anda tadi?

 

Kenapa jadi benda ni?

Oleh kerana, Facebook mengumpulkan data daripada segala apa yang kita buat pada smartphone kita, bukan hanya pada aplikasi Facebook, tetapi pada semua aplikasi yang ada pada smartphone kita, membolehkan untuk Facebook untuk mengumpulkan data peribadi anda, mencari dan menyediakan iklan yang bersesuaian dengan apa yang anda telah carikan di google mahupun di mana-mana sahaja.

 

Macam mana nak elak Facebook daripada mengambil data-data kita?

Apa yang kita kena buat adalah dengan disable Facebook daripada mendapatkan data-data peribadi kita melalui aplikasi-aplikasi yang telah kita installkan pada smartphone.

 

Apa langkah-langkah untuk tutup apps history pada Facebook?

Jangan risau, kami akan tunjukkan pada anda, untuk tutup apps history pada Facebook ni, supaya data-data anda lebih selamat, dan tidak di ambil oleh Facebook.

1. Buka Facebook, pergi ke Settings & Privacy > Settings.

 

2. Kemudian buka Off-Facebook Activity.

 

3. Kemudian, buka Manage Your Off-Facebook Activity.

 

4. Kemudian tekan pada Clear History.

 

5. Kemudian tekan Clear History.

 

6. Tekan Back untuk kembali ke Menu sebelumnya.

 

7. Kemudian tekan pada More Options.

 

8. Kemudian, pilih Manage Future Activity.

 

9. Kemudian, tekan butang Manage Future Activity.

 

10. Akhir sekali, tekan Turn Off, dan anda telah selesai.

 

Sumber: Nik Syafiq

Post a Comment