Apa Itu Safe Mode Dan Untuk Apa?


Safe Mode adalah salah satu jenis startup diagnostik yang merupakan cara alternatif untuk akses Windows dengan fungsi yang terhad. Kebiasaannya ia digunakan ketika Windows Normal Mode ada masalah.

Normal Mode pula adalah jenis startup yang biasa kita guna.


Bagaimana Display Safe Mode?

Pada Safe Mode, background pada dekstop digantikan dengan warna hitam, dan terdapat perkataan Safe Mode pada setiap penjuru. Pada bahagian atas skrin juga terdapat Windows build semasa.


Kegunaan Safe Mode
Safe mode boleh digunakan sama seperti Windows Normal Mode, tetapi, ia terdapat beberapa fungsi pada Windows yang tidak dapat digunakan.
Kegunaan biasa untuk Safe Mode:
1. Disable atau uninstall driver.
2. Uninstall program.
3. Menggunakan system restore.
4. Backup data penting sebelum format.
5. Scan untuk malware


Macam Mana Nak Akses Safe Mode?
Windows 10 & Windows 8.1
1. Selepas beberapa kali tidak masuk ke Windows, akan keluar paparan Advanced Startup Options.
2. Pilih Troubleshoot.
3. Kemudian pilih Advanced options.
4. Dan pilih Startup Settings.
5. Kemudian akan ada senarai Startup, dan tekan nombor 4.

Windows 7
Jika beberapa kali tak lepas masuk ke Windows, akan ada pilihan untuk boot ke Safe Mode, pilih, dan tunggu hingga ia selesai.

Buka Fail PDF Dengan Hanya Google Chrome!


Adobe Reader merupakan sebuah aplikasi yang amat popular dikalangan pengguna komputer sebagai sebuah software yang terbaik untuk membuka fail PDF. Namun begitu, masih terdapat lagi pelbagai aplikasi untuk membuka fail PDF yang boleh didapatkan secara percuma.

Sebenarnya tanpa memerlukan aplikasi tambahan, anda boleh membuka fail PDF dengan hanya browser anda! Dan secara tak langsung ia dapat menjimatkan storage dan juga cara yang paling mudah untuk membaca fail PDF.


Google Chrome

1. Right-click pada fail PDF.
2. Pilih Open with.
3. Tekan Choose another app.
4. Tandakan pada Always use this app to open .pdf files.
5. Pilih Google Chrome dan tekan OK.

Hard Disk Macam Mana Yang Sesuai?


Pada zaman ini, terdapat pelabagi jenis hard disk yang boleh didapati, ada yang laju, ada yang kompak, ada yang berkapasiti besar dan pelbagai lagi. Tetapi, untuk pengguna komputer tak kira sama ada pengguna laptop ataupun desktop, dua faktor yang memainkan peranan penting untuk memilih hard disk adalah kapasiti dan juga kelajuan.

Kebiasaannya hard disk untuk laptop mempunyai kelajuan 7,200RPM dimana cakera pada hard disk tersebut mampu berpusing sehingga 7,200RPM, menjadikan ia lebih laju jika dibandingkan dengan hard disk laptop yang hadir dengan 5,400RPM. Terdapat juga beberapa jenis hard disk yang berkuasa tinggi dan boleh didapati dengan 10,000RPM.


Berapa Size Hard Disk Yang Diperlukan?
Jenis hard disk yang sesuai untuk komputer adalah bergantung atas jenis penggunaan anda. Lain-lain tugas memerlukan kelajuan dan juga kapasiti yang berbeza. Dan sudah semestinya, kapasiti hard diks pada masa kini jauh lebih besar berbanding pada waktu dulu. Berikut adalah senarai kerja yang biasa dilakukan dan juga kapasiti dan kelajuan hard disk yang bersesuaian dengan tugasan tersebut:

  • Dokumen
  • 250GB ke atas, 5400 RPM

  • Melayari Web
  • 320GB ke atas, 7200 RPM

  • Digital Music
  • 750GB ke atas, 7200 RPM

  • Permainan
  • 1TB ke atas, 7200 RPM

  • Penyuntingan Grafik
  • 1.5TB ke atas, 7200 RPM

  • Video Digital
  • 2TB ke atas, 7200 RPM




Bagaimana Pula Dengan SSD?
SSD yang merupakan salah satu alternatif yang terbaik kepada hard disk juga boleh digunakan pada komputer anda. Hanya dengan menggunakan cip, tanpa memerlukan sebarang komponen mekanikal, SSD adalah salah satu pilihan yang ideal untuk pelbagai tugasan. Cukup dengan SSD sebanyak 120GB, ia dapat meningkatkan prestasi komputer anda. Untuk storage tambahan, anda boleh menggunakan hard disk biasa pada komputer anda. Untuk desktop, anda memerlukan cable SATA, dan manakala pada laptop, anda boleh menggantikan CD-ROM anda dengan caddy, dimana hard disk boleh dimuatkan dan menambah storage pada laptop anda.

Apa Itu OneDrive?


OneDrive adalah salah satu service cloud storage yang disediakan oleh Microsoft kepada pengguna Windows. Dan OneDrive boleh digunakan pada mana-mana peranti, dan data anda boleh didapatkan pada bila-bila masa sahaja.

Dan untuk menggunakan OneDrive, anda memerlukan sebuah akaun Microsoft, dan akaun ini boleh digunakan pada mana-mana produk Microsoft. Di antaranya ialah:

  • Hotmail dan Outlook
  • Xbox Live
  • Skype



Berapa Harga OneDrive
OneDrive hadir dengan 5GB secara percuma dan dengan langganan selama sebulan RM9.49, anda boleh dapatkan tambahan storage sebanyak 45GB, menjadikannya 50GB untuk storage anda.


Peranti Yang Boleh Menggunakan Aplikasi OneDrive
Terdapat aplikasi rasmi yang boleh digunakan pada Windows 10, iPhone, iPod touch, iPad, peranti Android, Mac, Xbox One, dan juga Windows Phone.


Boleh Simpan Fail Secara Offline?
Boleh, jika fail tersebut sudah dimuat turun daripada OneDrive, anda boleh melakukan apa sahaja pada fail tersebut, tanpa menjejaskan fail yang ada pada akaun OneDrive anda.

Elakkan Iklan Ketika Browsing Dengan AdBlock Plus


Boleh kata agak annoying bila kita buka sesebuah webpage untuk baca, ataupun menoton sesebuah video, dan kemudian keluar pelbagai jenis iklan ditepi ataupun pada video tersebut.

Tapi, anda tak perlu risau, oleh kerana ada sesebuah extension yang kita boleh install untuk elakkan keluarnya iklan dan juga popup.


Cara-cara untuk install ad-block

1. Pergi ke lawan web rasmi Adblock Plus
2. Dan tekan Agree and Install for Chrome.


Ada yang memang dah gunakan Adblock? Macam mana setakat ini? Atau ada yang lebih baik daripada Adblock?