Tips Untuk Laptop Baru: Buang Bloatware

Windows 10 ni dah padu, tapi biasanya bila beli laptop yang baru, mesti ada bloatware yang banyak. Bila bloatware dah banyak, memang menyakitkan hati. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan pada anda trick yang mudah untuk buang semua bloatware yang menjengkelkan ni.

Tapi, bloatware ni apa? Bloatware adalah software-software yang kita tak perlukan yang dah siap dipasang pada laptop baru, telefon pintar baru daripada pihak pengeluar.

 

Uninstall Semua Bloatware

Setiap laptop yang baru daripada Acer, Lenovo, Asus dan sebagainya akan didatangkan dengan pelbagai jenis software seperti antivirus trial, game, dan juga software tambahan yang kita langsung tidak akan guna. Software-software ini hanya akan memakan ruang dan menambahkan jumlah background process.

 

  1. Pergi ke Settings.
  2. Pilih System.
  3. Pilih Apps and Features pada bahagian kiri.
  4. Pilih App yang nak dibuang, dan tekan Uninstall, kemudian Uninstall lagi sekali.

 

Dan itulah dia, cara mudah untuk membuang bloatware yang ada dalam laptop. Ada bloatware yang tak boleh dibuang? Kongsikan kepada kami.

Tips Untuk Laptop Baru: Install Browser Pilihan

 

Bila kita beli laptop baru, sudah semestinya, apa yang kita akan buat adalah setup Windows, isi username dan tambah password sebagai langkah keselamatan. Dan kemudianya kita akan install software yang kita perlukan. Tetapi sebenarnya step ini tak salah, tetapi kurang tepat, dan kami akan mengajar anda step yang betul dalam siri artikel ini.

 

Installkan Browser yang Digemari

Ya, Microsoft Edge cukup laju untuk browsing tetapi, browser inikah yang kita selesa gunakan? Browser seperti Chrome, Mozilla membolehkan pengguna hanya login pada akaun, dan semua akan tersedia untuk digunakan seperti saved password, extensions dan sebagainya. Dan kalau kita tak ubah setting default browser, dia akan buka melalui Microsoft Edge.

  1. Download dan Install favourite browser.
  2. Pergi ke Settings.
  3. Tekan pada System.
  4. Pilih Default apps pada bahagian kiri.
  5. Tekan ikon pada bahagian Web Browser, dan pilih browser pilihan.

Tips Untuk Laptop Baru: Adjust Display

 

Bila kita beli laptop baru, sudah semestinya, apa yang kita akan buat adalah setup Windows, isi username dan tambah password sebagai langkah keselamatan. Dan kemudianya kita akan install software yang kita perlukan. Tetapi sebenarnya step ini salah, dan kami akan mengajar anda step yang betul dalam siri artikel ini.

 

Adjust Display Scaling

 

Sekarang kebanyakan laptop hadir dengan skrin beresolusi tinggi dan berwarna-warni, tetapi ia mempunyai terlalu banyak pixel sehinggakan ikon dan juga font kelihatan lebih kecil. Sebenarnya kita boleh mengawal saiz object dengan feature pada Windows iaitu Display Scaling.

 

  1. Right-click pada desktop dan pilih Display settings
  2. Adjust pada Change the size of text, apps and other items.
  3. Restart

 

Semakin rendah valuenya, display akan menjadi lebih kecil, dan jika semakin tinggi, ia akan menjadi lebih besar.

Tips Untuk Laptop Baru: Install Windows Update

 

Bila kita beli laptop baru, sudah semestinya, apa yang kita akan buat adalah setup Windows, isi username dan tambah password sebagai langkah keselamatan. Dan kemudianya kita akan install software yang kita perlukan. Tetapi sebenarnya step ini salah, dan kami akan mengajar anda step yang betul dalam siri artikel ini.

 

Jalankan Windows Updates

Selepas kita beli laptop, setelah beberapa lama kita guna ia akan mula mulakan download updates, alang-alang dia akan download updates, apa salahnya kita download secara manual sahaja, kan?

  1. Taip “updates” pada search box.
  2. Tekan Check for updates untuk Windows mencari dan download updates.

Cara Mudah Untuk Download Pelbagai Software Serentak

Kebiasaannya, kalau lepas format, ataupun software expired, kita akan download semula daripada internet, dan rasa seperti agak leceh untuk browse satu-satu, dan kemudiannya download satu-satu.

Dengan Ninite, kita boleh download pelbagai jenis software pada hanya satu website, tidak perlu kita buang masa mencari, dan kemudian download satu-satu.

Anda hanya perlu membuka website ninite, pada link https://ninite.com, dan kemudian pilih software yang anda mahukan, dan tekan pada butang Get Your Ninite.

Tetapi jika anda inginkan software seperti Microsoft Office, anda perlu membayar untuk mendapatkan Ninite Pro, yang juga boleh digunakan oleh company besar untuk install software pada setiap komputer mereka serentak.