Kebiasaannya, kalau lepas format, ataupun software expired, kita akan download semula daripada internet, dan rasa seperti agak leceh untuk browse satu-satu, dan kemudiannya download satu-satu.
Dengan Ninite, kita boleh download pelbagai jenis software pada hanya satu website, tidak perlu kita buang masa mencari, dan kemudian download satu-satu.
Anda hanya perlu membuka website ninite, pada link https://ninite.com, dan kemudian pilih software yang anda mahukan, dan tekan pada butang Get Your Ninite.
Tetapi jika anda inginkan software seperti Microsoft Office, anda perlu membayar untuk mendapatkan Ninite Pro, yang juga boleh digunakan oleh company besar untuk install software pada setiap komputer mereka serentak.


bg idm crack boleh…dan cara nak hapuskan gile lama