Spesifikasi
- Intel Core i7-7700HQ processor
- Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
- 16GB memory
- 128GB NVMe PCIe SSD
- 1TB 7200RPM HDD
- 6 inches screen with Full HD display
- 11ac Wifi with Bluetooth 4.1
Rekabentuk
Siri Legion daripada Lenovo yang baru ini merupakan sebuah laptop siri gaming. Ia masih lagi membawa identity daripada Lenovo Ideapad dengan adanya pattern ala-ala jahitan pada bahagian penutup laptop ini. Dan seperti laptop gaming yang lain, kebanyakannya mempunyai dua warna iaitu hitam dan juga merah.
Skrin dan Bunyi
Legion Y720 ini menggunakan skrin berjenis IPS ia menjadikan skrinnya lebih terang dan juga warnanya juga menjadi lebih menarik. Ia juga diperbuat daripada material berjenis matte, menjadikan ia juga sesuai untuk digunakan ketika dibawah cahaya yang terang.
Speaker pada Legion Y720 ini cukup padu dan dengan mudah ia memenuhi ruang bersaiz sederhana. Jika anda seorang peminat music, anda boleh mendengar setiap kejelasan bunyi yang ada pada lagu yang anda dengari.
Keyboard dan Touchpad
Keyboard backlight pada Y720 ini cukup menawan, dan ia cukup mudah untuk digunakan. Cuma kekurangannya adalah pada Numpadnya yang agak kecil berbanding biasa. Tetapi untuk penggunaan keyboardnya ia cukup besar dan sesuai untuk mereka yang berjari besar.
Saiz touchpadnya agak sederhana dan ia sungguh smooth apabila digunakan. Ia memberikan penggunaan yang smooth tanpa sebarang masalah. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Prestasi
Dengan adanya processor i7 generasi ke-7 dan juga GTX 1060, ia menjadikan laptop ini sebuah laptop gaming yang cukup berkuasa dan juga amat sesuai untuk penggunaan VR. Tidak seperti company laptop lain, laptop mereka akan mempunyai pelbagai variasi bergantung atas bajet. Tetapi laptop ini sudah cukup berkuasa tanpa perlu adanya spesifikasi tambahan.


