Lenovo Legion Y720

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ processor
  • Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
  • 16GB memory
  • 128GB NVMe PCIe SSD
  • 1TB 7200RPM HDD
  • 6 inches screen with Full HD display
  • 11ac Wifi with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

Siri Legion daripada Lenovo yang baru ini merupakan sebuah laptop siri gaming. Ia masih lagi membawa identity daripada Lenovo Ideapad dengan adanya pattern ala-ala jahitan pada bahagian penutup laptop ini. Dan seperti laptop gaming yang lain, kebanyakannya mempunyai dua warna iaitu hitam dan juga merah.

 

Skrin dan Bunyi

Legion Y720 ini menggunakan skrin berjenis IPS ia menjadikan skrinnya lebih terang dan juga warnanya juga menjadi lebih menarik. Ia juga diperbuat daripada material berjenis matte, menjadikan ia juga sesuai untuk digunakan ketika dibawah cahaya yang terang.

Speaker pada Legion Y720 ini cukup padu dan dengan mudah ia memenuhi ruang bersaiz sederhana. Jika anda seorang peminat music, anda boleh mendengar setiap kejelasan bunyi yang ada pada lagu yang anda dengari.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard backlight pada Y720 ini cukup menawan, dan ia cukup mudah untuk digunakan. Cuma kekurangannya adalah pada Numpadnya yang agak kecil berbanding biasa. Tetapi untuk penggunaan keyboardnya ia cukup besar dan sesuai untuk mereka yang berjari besar.

Saiz touchpadnya agak sederhana dan ia sungguh smooth apabila digunakan. Ia memberikan penggunaan yang smooth tanpa sebarang masalah. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Dengan adanya processor i7 generasi ke-7 dan juga GTX 1060, ia menjadikan laptop ini sebuah laptop gaming yang cukup berkuasa dan juga amat sesuai untuk penggunaan VR. Tidak seperti company laptop lain, laptop mereka akan mempunyai pelbagai variasi bergantung atas bajet. Tetapi laptop ini sudah cukup berkuasa tanpa perlu adanya spesifikasi tambahan.

Cara Untuk Connect Bluetooth Device Windows 7

Untuk laptop sekarang, Bluetooth bukanlah sesuatu yang asing lagi, ia digunakan untuk menghantar ataupun menerima data dan kebiasannya digunakan antara phone dan phone.

Bluetooth juga boleh digunakan untuk hubungkan device-device yang menggunakan teknologi ini, sebagai contoh, keyboard, mouse dan speaker. Jika laptop anda tidak mempunyai Bluetooth anda boleh membeli dongle di kedai-kedai IT.

1. Pastikan Bluetooth anda sudah dipasang.

 

 

2. Tekan butang Start, pilih Devices and Printers dan tekan pada Add a device.

 

3. Pilih Device yang nak dihubungkan dan tekan Next untuk memulakan pairing.

 

4. Tunggu sehingga proses install driver selesai.

 

5. Dan setelah selesai, anda boleh menggunakan Bluetooth anda!

 

Cara-Cara Untuk Membesarkan Tulisan Pada Windows 7

 

Ada masanya bila orang tua kita ingin menggunakan komputer, meskipun mereka memakai cermin mata, tetapi mereka masih lagi kurang nampak kerana saiz tulisan yang kecil pada skrin.

Pada Windows 7 terdapat satu fungsi dimana kita boleh mengubah suai saiz tulisan dan memudahkan untuk mereka melihat dengan lebih baik.

 

  1. Right-click pada Desktop dan pilih Personalize.

 

  1. Pada bar tepi, pilih Display.

 

  1. Tukar kepada 125%, tekan Apply dan restart untuk membesarkan saiz tulisan dan juga display.

Cara Mudah Untuk Membuat Resume

 

Selepas habis belajar dekat kolej ataupun universiti, mesti kita nak apply kerja, dan untuk apply kerja kita perlukan resume. Kadang-kadang buntu tak tahu macam mana nak buat resume kan?

Word 2013 daripada Microsoft Office 2013 telah didatangkan dengan pelbagai jenis template, dari resume kepada untuk proposal business, dan sebagainya. Kita boleh browse, dan boleh pilih template yang ada pada Words 2013 ini.

 

Cara untuk membuat resume dengan Word 2013

  1. Buka Word 2013.
  2. Taipkan resume pada search bar.
  3. Pilih template yang mahu digunakan.

Cara Manual untuk Menukar Brightness Settings

Mungkin anda perlu menukar kecerahan skrin setiap masa anda menggunakan laptop. Bila kat luar, anda tinggikan kecerahan skrin untuk nampak lebih jelas, dan bila dalam gelap, anda turunkan brightness supaya ia tidak menyakitkan mata. Dan ia juga boleh menjimatkan bateri.

Kadang-kadang butang Function untuk menukarkan kecerahan rosak, jadi kita perlu melakukannya secara manual.

 

  1. Tekan Start, kemudian Control Panel.
  2. Pilih Hardware and Sound.
  3. Tekan pada Power Options.
  4. Tukar kecerahan melalui Screen Brightness dibahagian bawah.