Kadang-kadang di rumah, kita bukanlah guna internet dengan speed yang laju, sudahlah begitu, lepastu Windows pulak sibuk nak download update, dah secara langsung ia akan menjejaskan kelajuan internet.
Ini adalah cara untuk hentikan update automatik
Right-click pada ikon Windows.
Pilih Control Panel.
Pilih Administrative Tools daripada list Control Panel.
Double-click pada Services.
Scroll kebawah dan double-click pada Windows Update.
Semakin hari, semakin maju teknologi berubah, hardware laptop kini makin laju dan Microsoft tak mahu ketinggalan, untuk meningkatkan sekali kelajuan Windows. Kadang-kala apabila ada benda yang tak seharusnya ada pada laptop, ia akan menjadikan laptop slow.
Anda juga boleh menggunakan tips ini untuk Windows yang lain.
Buang aplikasi yang tak diperlukan
Laptop yang baru dibeli daripada Acer, ataupun Asus, aka nada pelbagai jenis bloatware. Bloatware ini adalah software yang sebenarnya tak diperlukan pada laptop, dan hanya memakan space dan juga memory pada laptop.
Kurangkan Startup Processes
Pergi kepada Task Manager > Startup Processes dan disable software startup yang tak diperlukan oleh laptop kita dan juga penggunaan kita.
Disk Cleanup
Buka Start Menu > taip Disk Cleanup untuk membuka software Disk Cleanup yang sudah berada pada Windows agak lama. Disk Cleanup digunakan untuk membuang segala junk files yang tak diperlukan pada komputer kita.
Upgrade SSD
SSD adalah pengganti kepada HDD dan ia lebih laju sebanyak 5 hingga 10 kali ganda berbanding HDD biasa. Ia meningkatkan kelajuan untuk pelbagai jenis penggunaan daripada boot up, dan juga software, dan juga menyimpan data.
Pastikan tiada malware dan juga virus
Gunakan Windows Defender dan juga mana-mana antivirus untuk membuang virus yang ada dan juga menambahkan perlindungan pada Windows dan data anda.
Microsoft telah mencuba, dan menguji update terbarunya, Windows 10 Fall Creators Update sejak 6 bulan yang lalu dan kini ianya sudah sedia untuk didownload dan diguna oleh pengguna-pengguna.
Pada Windows 10 Fall Creators Update ini terdapat pelbagai feature baru seperti Windows Mixed Reality (VR) dan juga integrasi pada taskbar Windows 10.
OneDrive on Demand
Kini OneDrive boleh digunakan untuk mengambil data daripada storage OneDrive ketika diperlukan. Seperti sebelum ini, boleh juga untuk sync file daripada Cloud dan juga pada laptop.
People Integration
My People adalah cara untuk Microsoft membuatkan taskbar Windows 10 menjadi lebih personal. Pengguna boleh menambah kawan, rakan sekerja dan keluarga pada taskbar, dan kemudiannya boleh dihubung melalui Skype dan sebagainya.
Windows Mixed reality
Jawapan Microsoft untuk Virtual Reality adalah Windows Mixed Reality. Untuk menggunakan Mixed Reality, pengguna akan memerlukan VR headsets daripada syarikat yang membuat PC.
Fluent Design
Fluent Design adalah pengganti Metro Design yang telah digunakan oleh Microsoft sejak Windows XP. Kedua-dua ini adalah design language yang digunakan untuk animation, light, depth, motion, material dan juga scale yang memberikan effect seakan-akan ia bergerak ketika penggunaan Windows.
Pembaharuan pada Microsoft Edge
Pengguna Edge kini boleh menambah link website pada task bar, dan menjadikan ia sebagai shortcut untuk akses yang lebih cepat dan pantas. Full-screen mode kini menggunakan skrin sepenuhnya.
Baru-baru ini Microsoft telah melancarkan update terbaru untuk Windows 10 iaitu Windows 10 Fall Creators Update di mana ia untuk memoerbaiki bug yang ada pada Windows 10 dan juga feature baru seperti Windows Mixed Reality, dan juga integration untuk taskbar.
Disamping itu juga Microsoft turun menambahkan feature anti-cheat yang dipanggil TruePlay, dan ia dicipta untuk pereka game, untuk mencegah sebarang cheat tools seperti aimbot dan juga wallhack yang biasa dilihat pada game bergenre shooting, sebagai contoh, CS:GO dan juga Blackshot.
Ia berfungsi seperti Valve Anti-Cheat (VAC), ia mengumpul data ketika berada didalam game, dan memberi amaran apabila ada kecacatan pada game tersebut. Tetapi buat masa sekarang TruePlay hanya boleh diletakkan pada game yang berada di Windows Store.
RAM atau Random Access Memory adalah satu komponen laptop dan juga desktop dimana data disimpan secara sementara. Jangan tersilap pula dengan storage. Storage adalah untuk menyimpan data-data kekal, seperti dokumen, fail dan sebagainya. RAM pula digunakan untuk menyimpan data ketika komputer sedang digunakan. Dan apabila komputer mati, data-data yang tak disimpan kepada storage, ia akan hilang.
Seperti komponen laptop yang lain, RAM juga boleh memberi kesan kepada laptop jika ia sudah bermasalah.
Simptom RAM bermasalah adalah:
Bila on komputer, pada awalnya, ia akan berjalan lancar, tetapi apabila semakin lama masa berlalu, ia akan mula menjadi slow, dan makin slow.
Komputer dengan automatiknya restart ataupun freeze secara tiba-tiba.
Blue Screen of Death muncul apabila start komputer, dan kerap keluar Blue Screen.
Lampu komputer menyala, tetapi tiada display pada skrin.
Apa yang kita boleh buat dengan RAM yang bermasalah?
Anda boleh cuba untuk menggunakan pemadam dan membersihkan bahagian contact RAM, dan cuba semula pasang pada laptop dan hidupkan semula. Jika masalahnya berpunca daripada RAM yang kotor, laptop akan boleh on seperti biasa.
Tetapi jika masih sama, berkemungkinan besar RAM anda telah rosak dan perlu diganti.