Jom kita sambung part 2 pulak.
4.MEMASANG PROCESSOR
Port processor adalah yang paling ketara, sebab bentuk ia sangat unik yang berbentuk segi empat. Buka panel tersebut supaya anda boleh memasuk processor ke motherboard tersebut.
Pegang processor tersebut pada bahagian sisi, kemudian dengan perlahan masukan pada port tersebut.
Selepas processor sudah berada pada port motherboard tersebut, dengan perlahan tutup dan kunci port processor tersebut supaya tidak tercabut.
5.MEMASANG KIPAS CPU
CPU komputer anda akan menjalankan banyak kerja, dengan erti kata lain. Ia akan menjana haba. CPU fan merupakan cooler, yang membantu menyejukan processor, jika CPU fan terdapat thermal paste pada nya anda tidak perlu meletakan lagi thermal paste tersebut.
Jika tiada thermal paste pada CPU fan anda perlu letakannya. Kuantiti yang perlu diletakkan adalah sebesar butir beras sahaja.
Saya akan bagi link cara untuk letak thermal paste pada CPU fan anda. https://www.youtube.com/watch?v=gDkz_9AQQ-g
Selepas itu anda sudah boleh pasangkan CPU fan tersebut. Anda perlu tekan ke empat-empat pin di bahagian sisi untuk lock.
Sambungkan pin CPU fan tersebut pada motherboard anda yang telah dilabel cpu fan.
6.MEMASANG RAM
Pada motherboard anda terdapat bahagian dimana anda perlu memasukan RAM. Slot ada empat seperti gambar dibawah.
Masukan RAM pada slot motherboard tersebut. Tekan RAM tersebut sehingga anda dengar bunyi klik. Selapas itu anda perlu mengunci slot RAM tersebut di bahagian sisi sehingga bunyi klik, pastikan ia dipasang dengan betul.
7.MEMASANG GRAPHIC CARD
Jika anda mahu membina gaming PC ini merupakan otot untuk komputer anda. Dengan harapan anda sudah periksa graphic card yang anda gunakan muat untuk diletakan pada case PC tersebut. Ini kerana modern graphic card adalah lebih. Jika tidak anda mungkin terpaksa menukar graphic card atau case yang lain.
Pada case PC tersebut anda perlu buka skru yang berbentuk L, ia akan memudahkan anda untuk memasukan graphic card tersebut.
Seperti RAM anda perlu menekan graphic card tersebut ke dalam slot dengan menggunakan sedikit tenaga, tapi jangan terlalu kuat.
Selepas graphic card dipasang dengan betul, pasang semula cover yang berbentuk L tadi dan skru kembali supaya graphic card itu betul-betul secure.
8.MEMASANG STORAGE DRIVE
Pertama sekali anda perlu mencari ruang tempat menyimpan storage drive. Bergantung pada jenis case yang anda gunakan, mungkin ada removable bracket yang berfungsi untuk memegang storage drive anda, kawasan yang bebentuk seperti tangga-tangga dimana anda boleh menletakan storage drive tersebut.
Jika anda ada bracket seperti diatas yang datang sekali dengan case yang anda gunakan, skru storage drive pada bracket tersebut. Sekiranya case yang anda gunakan menawarkan tools-free installation, anda tidak perlu bimbang tentang langkah ini. Pastikan sata port storage driver anda menghadap ke arah motherboard.
Kalau case anda tidak didatangkan dengan bracket, anda perlu skru storage drive anda menggunakan skru kecil pada case tersebut. Skru dengan ketat supaya storage drive itu tidak terjatuh. Seterusnya sambungkan kable Sata dari motherboard ke storage drive anda.
9.MEMASANG OPTICAL DRIVE (DVD WRITER)
Walaupun ramai orang akan memilih untuk tidak memasang optical drive pada PC mereka (seperti yang saya lakukan), anda mesti mahukan satu. Untuk memasukan optical driver, keluarkan penutup dari bahagian depan case anda dalam salah satu slot yang available.
Dari situ anda akan nampak dua lubang skru pada kedua-dua sisi, masukan optical driver tersebut dan skru dengan ketat, supaya ia tidak mudah terjatuh. Kemudian, apa yang anda perlu lakukan ialah menyambungkan kable SATA yang masih ada pada optical driver tersebut.
Opsss. Belum habis lagi. Kita akan sambung dalam part yang seterusnya, final part!











