Ni part last sekali dalam siri bina PC sendiri. Jom sambung.
10.MEMASANG POWER SUPPLY UNIT
Power supply unit komponen yang besar dan membekalkan tenaga kepada motherboard dan juga komponen-komponen lain. Pastikan anda cabut dahulu kable power supply. Kebiasaannya tempat untuk anda pasang power supply unit adalah di bahagian atas atau bawah, selepas itu skru power supply tersebut pada case.
11.MEMASANG KABLE POWER SUPPLY UNIT
Semua komponen komputer anda memerlukan tenaga untuk berfungsi, jadi sekarang anda perlu menyambungkan kable power supply unit anda pada motherboard. Lihat pada motherboard menggunakan 20 pin atau 24 pin. Gambar kat bawah menunjukkan motherboard ini menggunakan 24 pin.
Dimana anda perlu menyambungkan lagi pin power supply unit? Anda perlu menyambungkan di CPU, port tersebut berada berdekatan dengan processor seperti gambar di bawah. Sama ada 4 atau 8 pin. Sambungkan cable yang sesuai yang telah dilabelkan.
Seterusnya pasang kable sata pada storage drive(ssd dan hdd) dan optical drive (dvd writer). pastikan kable tersebut disambungkan dengan baik, jika tidak ia tidak akan berfungsi.
12.DOUBLE CHECK KESEMUA KOMPONEN
Sekarang semua peralatan / komponen-komponen komputer telah di pasang. Double check kesemua sambunggan kable yang telah anda pasang. Pastikan RAM dan graphic card di pasang dengan elok. Pastikan kesemua drive anda telah dipasang. Jika ada komponen yang tidak dipasang, komputer anda tidak akan dapat boot up.
13.BOOT UP KOMPUTER
Ini adalah masanya! Sambungkan power cable CPU pada, plug di dinding, dan on kan suis pada power supply unit. Pasangkan monitor. sekarang tekan butang power. Jika komputer itu boot up maknanya anda telah Berjaya membina komputer anda sendiri.
Jika ia tidak boot up, anda perlu check kesemua komponen dank able pada motherboard tersebut telah di pasang dengan baik. Jika power ada tetapi display pada monitor tidak keluar check RAM dan graphic card anda.
14.INSTALL OPERATING SYSTEM
Akhir sekali apa yang anda perlu lakukan adalah install operating system pada komputer ada. Ia amat mudah anda Cuma perlu memasukan bootable CD atau USB drive dan bergantung pada bios anda sama ada legacy atau uefi.







assalam. nak tanya berapa harga untuk diy buat pc ni. jumlah kasar barang2. terima kasih