Elakkan Laptop Cepat Rosak Dengan 5 Cara Ini!
Pada zaman PKP dan Lockdown ini, laptop menjadi sebuah aset yang sangat-sangat berharga, lagi-lagi jika anda mempunyai anak yang masih bersekolah, dan mungkin anda sendiri yang memerlukan laptop untuk Work From Home.
Jadi sudah semestinya anda akan menjaga laptop dengan baik bagi mengelakkan masalah yang boleh hadir atas kesilapan yang kita sendiri boleh elakkan. Banyak masalah berpunca daripada isu yang sama, iaitu, kesilapan pengguna sendiri.
Untuk elakkan laptop cepat rosak, ada 5 perkara yang kita boleh ikut dan jadikan sebagai panduan bagi mengelakkan masalah laptop cepat rosak. Dan kami akan kongsikannya dalama artikel ini.
5 Cara Untuk Elakkan Laptop Cepat Rosak
1. On Untuk Jangka Masa Yang Lama
Kebanyakkan orang kalau dah on laptop tu mesti lebih dari 5 jam betul tak? Kebiasaanya kalau anda melakukan kerja-kerja di laptop mengambil masa yang lama.
Dinasihatkan kalau anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama, elok anda berhenti seketika dan matikan laptop tersebut. Biar laptop dan komponen didalamnya itu sejuk, lepas itu anda boleh sambung kerja anda.
2. Elakkan Cecair Bedekatan Dengan Laptop
Perkara ini ramai di antara kita suka lakukan. Dengan meletakkan makanan atau minuman berhampiran dengan laptop. Ini merbahaya untuk laptop anda dimana minuman tersebut tertumpah pada laptop boleh menyebabkan kerosakan yang kecil atau besar. Komponen elektronik sememangnya tidak ngam dengan cecair atau air.
3. Tanggalkan Bateri Ketika Menggunakan Charger Untuk Tempoh yang Lama
Ini adalah sangat tidak baik untuk laptop anda. Tidak menanggalkan bateri sambil guna direct power dan anda sedang melakukan kerja, boleh menyebabkan bateri dan laptop anda itu sendiri untuk rosak cepat.
Ini kerana direct power sekali dengan bateri charging dan sambil bermain laptop menyebabkan laptop tu panas yang lebih dari biasa. Anda perlu tahu dimana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop.
4. Jangan Kerap Gunakan Butang Kuasa
Mematikannya sekali sehari seperti pada waktu malam adalah baik. Walau bagaimanapun, jika anda kerap on/off untuk beberapa kali sehari sebagai contoh suis lampu di tandas bila nak masuk on, bila keluar off.
Rasanya dalam sehari berapa kali anda ke tandas? Ini boleh menyebabkan tekanan pada laptop tersebut dan berkemungkinan berlaku kerosakan software atau hardware. Jadi cuba untuk kurangkan perkara ini.
5. Bersihkan Laptop
Untuk makluman anda. Tidak mengambil kisah tentang kebersihan pada laptop anda. Maksudnya tidak mahu membersihkan segala habuk dah debu yang telah melekat pada kipas laptop dan tidak hiraukan thermal paste yang telah lama kering tapi tak ditukar. Ini juga merupakan punca kenapa laptop anda cepat rosak.
Bayangkan kipas laptop itu penuh habuk, dan anda tidak menghiraukannya, lama kelamaan kipas akan berfungsi dengan perlahan dan angin yang dihasilkan tidak laju seperti dulu.
Lalu menyebabkan komponen didalam laptop itu overheating. Bila overheating macam-macam masalah boleh jadi, paling teruk motherboard terbakar.
Sampai di sini sahaja artikel berkenaan Cara Untuk Elakkan Laptop Cepat Rosak. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan kawan-kawan anda dan juga ahli keluarga anda untuk manfaat bersama. Ilmu yang baik patut dikongsi, kan?
