Tips Laptop Tahan Lama Dan Tak Perlu Beli Baru
Laptop adalah satu gajet yang cukup penting pada masa kini, tambahan dengan adanya kelas pembelajaran online, bekerja secara online, dan sebagainya. Harga laptop pada masa kini juga boleh dikatakan agak tinggi, jadi, pilihan untuk menukar ke laptop yang baru adalah mahal.
Jadi kita sebagai pengguna harus tahu tips laptop tahan lama, supaya semua pengguna laptop dapat menggunakan laptop sepenuhnya tanpa masalah-masalah yang boleh terjadi disebabkan kesilapan yang kecil.
Dan untuk artikel ini kami akan kongsikan kepada anda 7 tips laptop tahan lama dan tak perlu beli baru.
7 TIPS LAPTOP TAHAN LAMA DAN TAK PERLU BELI BARU
1. Jangan Gunakan Laptop Atas Permukaan Lembut
Anda perlu berhati-hati sebelum meletakkan laptop anda di atas permukaan fabrik seperti di atas katil, sofa atau mana-mana permukaan lembut yang lain semasa dihidupkan. Ini kerana permukaan fabrik yang lembut akan menghalang pengudaraan (ventilation system) di bahagian bawah laptop.
Ini menghentikan perjalanan udara dibawah laptop dan mengekalkan suhu. Jadi sentiasa meletakkan laptop anda di atas meja atau atas permukaan yang keras.
2. Jauhkan Laptop Anda Dari Sebarang Cecair
Bahan cecair atau cecair perlu di jauhi dari laptop anda kerana ada kemungkinan secara tidak sengaja cecair tersebut jatuh pada keyboard dan menyebabkan keyboard tersebut rosak.
Apa yang paling teruk adalah cecair tersebut terkena motherboard laptop. Seperti yang anda semua tahu barang elektronik tak ngam dengan cecair (air).
3. Bersihkan Laptop Anda
Membersihkan laptop anda dari sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Dimana anda perlu membersihkan kipas laptop yang sudah lama tidak dibersihkan dan mempunyai banyak habuk. Tidak lupa juga untuk menukarkan thermal paste yang sudah kering.
Anda juga boleh membersihkan bahagian skrin laptop tersebut dengan menitis cecair pemberhin skrin pada tisu atau kain.
4. Berhati-Hati Ketika Memasang Charger
Jangan sesekali plug in adapter pada dc jack dengan kuat kerana ia boleh berlaku retakan pada pateri yang menyambungkannya ke motherboard. Sekiranya ia retak elak dari menggunakannya. Ini kerana ia boleh merosakkan motherboard anda dan juga charger anda.
5. Jauhkan Laptop Anda Dari Peralatan Elektrik Yang Lain
Jangan sekali-kali meletakkan apa-apa peralatan elektronik berhampiran laptop kerana skrin tersebut boleh menjadi medan elektromagnet (EMF), yang boleh merosakkan peralatan elektronik lain dan juga pada laptop tersebut.
6. Kurangkan Waktu Penggunaan Laptop
Dinasihatkan jika anda mahu mengunakan laptop lebih dari 5 jam dan ke atas. Sebaiknya off dahulu 30 minit sebelum anda menyambung kerja anda menggunakan laptop.
Ini kerana ada kemungkinan komponen laptop anda terlalu panas dan boleh menyebabkan kerosakan. Seperti yang anda tahu suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop.
7. Jauhkan Laptop Anda Dari Anak-Anak Kecil
Ini terbukti bahawa peratusan untuk mereka yang meletakkan laptop dimana anak-anak kecil boleh akses, berkemungkinan besar boleh menyebabkan laptop itu boleh rosak. Ini kerana tiada orang dewasa yang mengawasi mereka ketika itu. Mungkin laptop tersebut terjatuh, dipijak-pijak dan sebagainya.
Sampai di sini sahaja artikel berkenaan 7 tips laptop tahan lama dan tak perlu beli laptop baru. Jika anda dapat manfaat daripada artikel ini, sila kongsikan artikel ini bersama kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda untuk manfaat bersama.

Terima kasih di atas artikel yang bermanfaat ini. Teruskan berkarya, saya akan sentiasa support blog Frlaptopservice ini.