Tanda Laptop Anda Dijangkiti Virus

 

Tanda Laptop Anda Dijangkiti Virus

tanda laptop anda dijangkiti virus

Pernah terasa laptop anda dah mula perlahan? Terasa performance laptop mula merundum? Semakin hari berlalu semakin lembab? Ini adalah masalah yang biasa terjadi untuk laptop yang sudahpun berusia disebabkan atas masalah pada Windows ataupun masalah pada komponen laptop.

Masalah pada laptop ini boleh terjadi tak kira waktu sebenarnya, disebabkan virus boleh menembus masuk ke dalam Windows daripada pelbagai jenis sumber. Dan bukan semua jenis virus dapat dikesan oleh antivirus yang percuma ataupun basic, jadi anda harus lebih waspada dalam penggunaan laptop.

Jangan risau untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 5 tanda laptop anda dijangkiti virus.

 

 

5 Tanda Laptop Anda Dijangkiti Virus

1. Storage Penuh

Tanda laptop anda dijangkiti virus yang pertama sekali adalah tiba-tiba hard disk pada laptop anda penuh, tanpa anda memuat turun atau menyalin atau install apa-apa aplikasi yang baru. Ini kerana ada sesetengah antivirus yang membiak dan memenuhi ruang storage yang ada pada laptop anda.

 

2. Fail Rosak (Corrupted)

Tanda laptop anda dijangkiti virus yang kedua pula adalah rosaknya fail-fail yang ada di dalam laptop anda. Virus yang boleh menjadikan fail anda rosak ini kebiasaannya akan masuk dan menggantikan fail yang ada pada laptop anda, dan menjadikan fail yang asal rosak. Apabila fail anda telah pun rosak, ianya mustahil untuk anda dapatkan data anda semula. Jadi, anda perlu berhati-berhati dalam penggunaan laptop.

 

3. Fail Hilang

Tanda laptop anda dijangkiti virus yang ketiga pula adalah berlaku kehilangan fail-fail pada laptop anda. Masalah fail hilang ini paling kerap berlaku kepada pengguna laptop di luar sana. Virus ini boleh menjadikan fail anda hilang, tetapi sebenarnya fail anda masih lagi berada pada laptop, cuma andatidak boleh lihat melainkan anda menggunakan ‘show hidden file’.

 

4. Aplikasi Tidak Berjalan Seperti Biasa

Tanda laptop anda dijangkiti virus yang keempat pula adalah aplikasi yang ada pada laptop anda tidak berjalan seperti biasa. Virus yang menjangkiti laptop juga boleh memberi kesan kepada aplikasi anda, menjadikan aplikasi anda tidak dapat berfungsi. Perkara ini biasanya terjadi disebabkan virus itu menggantikan atau membuang fail-fail yang diperlukan oleh aplikasi tersebut.

 

5. Muncul Fail Aneh

Tanda laptop anda dijangkiti virus yang terakhir adalah munculnya fail-fail yang pelik pada laptop anda. Pernah tak anda perasan dengan kemunculan fail-fail aneh seperti EXE, CONF, DLL dan banyak lagi. Fail-fail yang aneh ini kebiasannya akan membiak dan memasuki semua folder yang ada pada laptop anda.

 

Dan sampai sini sahaja artikel mengenai 5 tanda laptop anda dijangkiti virus, semua anda dapat manfaat daripada artikel ini. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila SHAREkan dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *