Langkah Elakkan Serangan Virus Pada Laptop
Kini, serangan virus merupakan sesuatu yang sangat biasa terjadi pada kebanyakan laptop-laptop pengguna. Dan kebanyakannya terjadi disebabkan kurangnya pengetahuan dalam pengendalian laptop, yang menyebabkan virus-virus ini mendapatkan akses khusus pada laptop-laptop ini.
Dalam pengalaman saya sendiri, banyak kali juga komputer saya telah dijangkiti virus khususnya daripada internet. Dan sungguh, saya rasa ia merupakan sebuah kesilapan yang tidak patut saya ulangi lagi.
Dan kini, saya ingin kongsikan kepada anda 7 langkah elakkan serangan virus supaya anda dapat mengelakkan serangan virus pada laptop anda.
5 Langkah Elakkan Serangan Virus Pada Laptop
1. Muat Turun Dan Install Software Rasmi
Anda tidak perlu melawat laman web yang diragui atau muat turun (download) fail yang tidak sah (illegal). Ini kerana peluang untuk dijangkiti oleh virus atau malware adalah tinggi. Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan diri anda dari melawati laman web ini, pastikan sistem anda dilindungi.
2. Mematikan HTML Di E-mail
Cara yang biasa bagaimana malware diedarkan adalah melalui e-mel. Malah, e-mel berniat jahat (malicious) boleh secara automatik menjalankan skrin malware dalam paparan HTML. Itulah sebabnya kebanyakkan email client dan webmail secara default tidak memaparkan HTML content (seperti gambar).
3. Jangan Terpedaya Dengan Scam
Mereka datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Saya akan memberikan anda beberapa contoh di bawah, secara umumnya anda tidak seharusnya install perisian anti-virus, anti-spyware atau anti-malware dari sumber-sumber yang tidak dipercayai (untrusted).
Saya cadangkan untuk pengguna Windows adalah kombinasi perisian malware seperti :
- AntiVirus Free Version (anti-virus)
- Microsoft Windows Defender (anti-virus)
- Malwarebytes Anti-Malware (anti-malware)
Jadi macam mana penipu (scammer) menakutkan orang ramai? Biasanya, apabila anda melawat laman web, pop-up akan memberi amaran kepada anda bahawa anti-virus komputer anda ketinggalan zaman atau dijangkiti dan anda perlu install anti-virus dan melakukan imbasan untuk membuang malware tersebut.
4. Scan USB Device Sebelum Guna
Jika anda menyambungkan external drive, sebagai contoh USB dari rakan anda ke komputer anda, pastikan anda membiarkan perisian anti-virus komputer melakukan imbasan pada USB tersebut.
Rakan anda mungkin tidak tahu bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti malware. Jika anda memiliki perisian anti-virus, anti-malware pada komputer anda terus lakukan imbasan tanpa ragu-ragu.
5. Beri Perhatian Semasa Installation
Selalunya, installer software termasuk sekali dengan optional software, seperti toolbar atau perisian tambahan. Berhati-hati semasa anda bersetuju untuk install perisian tersebut.
Sentiasa pilih custom installation dan untick apa-apa benda yang tidak anda ketahui, terutamanya optional software yang anda sendiri tidak download dan install. Apa yang boleh dikatakan jangan install perisian dari sumber yang tidak dipercayai (untrusted).
Sampai di sini sahaja artikel 5 langkah elakkan serangan virus ini, sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga agar semua dapat manfaat dari artikel ini.
