Laptop Lagi Laju Guna SSD? Betul Ke?

Laptop Lagi Laju Guna SSD? Betul Ke?

laptop lagi laju guna ssd

SSD bukan sesuatu yang asing lagi, kini, semakin ramai orang yang sudah pun mengetahui bahawa performance laptop dapat ditingkatkan dengan SSD. SSD atau nama penuhnya, Solid State Drive, adalah waris kepada hard disk tapi yang telah dikhususkan untuk kelajuan.

Pada asalnya SSD ini dikeluarkan, harga dikategorikan sebagai mahal, dan bukan semua yang mampu untuk menggunakan SSD ini. Tapi sekarang, SSD sudah menjadi semakin murah dan memudahkan untuk semua pengguna laptop untuk meningkatkan performance tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.

Tapi mungkin anda yang sedang membaca artikel ini masih belum pernah dengar mengenai SSD ini. Jangan risau, saya akan terangkan kenapa laptop lagi laju guna SSD ini.

 

Ada 5 Sebab Kenapa Laptop Lagi Laju Guna SSD

1. Boot Windows Lebih Laju

Penggunaan Solid State Drive (SSD) melajukan boot komputer anda dengan lebih cepat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 7, Windows 8.1 atau Windows 10)

2. Read/Write Speed Yang Tinggi

Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.

3. Sesuai Untuk Pengguna Berat

Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.

4. Mengurangkan Stuttering

Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.

5. Windows Lebih Lancar Dengan SSD

Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsive.

Contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser, scan antivirus dan sebagainya. Untuk optimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.

 

Sampai di sini sahaja artikel berkenaan laptop lagi laju guna SSD. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda.

Satu pandangan pada “Laptop Lagi Laju Guna SSD? Betul Ke?”

  1. irana berkata:

    sy bermiat nk wat SSD dilaptop sy tp sy duk jhr kdai ni ktne ye

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *