Kenapa Anda perlu Upgrade Ke SSD?
SSD ataupun Solid State Drive merupakan sejenis storage device atau peranti storan yang biasa digunakan di dalam laptop ataupun komputer untuk menyimpan semua fail fail penting anda dan juga fail-fail yang diperlukan oleh Windows anda.
Secara tradisionalnya, kebanyakan laptop dan komputer menggunakan hard disk drive atau HDD yang menggunakan bahagian mekanikal untuk menyimpan, membaca data-data anda. SSD juga mempunyai kebolehan yang sama bahkan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan HDD.
Mungkin anda mula rasakan inilah saat untuk anda beralih ke SSD, tetapi anda juga kurang yakin, adakah SSD ini betul-betul boleh meningkatkan performance laptop. Kali ini kami akan kongsikan sebab-sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD. Supaya anda dapat melihat dengan lebih jelas lagi kenapa SSD ini diperlukan dalam laptop anda.
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Upgrade Ke SSD?
1. Akses Data Lebih Cepat
Sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD yang pertama sekali adalah anda boleh mengakses data-data yang ada dalam Windows anda dengan lebih cepat dan efisien berbanding SSD. SSD mampu memaparkan data anda daripada pelbagai lokasi memori flash pada SSD kurang dari 1 saat.
2. Transfer Data Lebih Laju
Sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD yang kedua pula adalah anda boleh mendapatkan kelajuan yang konsisten ketika anda memindahkan (read/write) data. Bergantung atas jenis SSD anda boleh mendapatkan kelajuan dalam lingkungan 200MB/s sehingga 550MB/s. Dan ada juga sesetengah brand yang meningkatkan kelajuan transfer rate berdasarkan size SSD yang dihasilkan.
3. Lebih Ringan
Sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD yang ketiga pula adalah SSD jauh lebih ringan berbanding HDD tradisional. Ini kerana SSD tidak mengandungi cakera yang berpusing, hanya menggunakan papan litar yang telah dipasangkan dengan modul memori yang jauh lebih ringan.
Tetapi SSD dan HDD masih lagi menggunakan form factor yang sama iaitu dalam bentuk 2.5 inci. Melainkan anda menggunakan jenis PCIe ataupun mSATA atau yang lain.
4. Tiada Bunyi
Sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD yang keempat pula adalah SSD tidak mengahsilkan sebarang bunyi. Ini kerana SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak, seperti yang ada pada HDD tradisional. SSD cuma mengandungi sebuah papan litar menjadikan SSD ini senyap meskipun anda menggunakan SSD yang berkualiti rendah.
Apabila hard disk mula bermasalah, ia kebiasaannya akan menghasilkan bunyi klik yang berterusan.
5. Mempercepatkan Laptop Anda
Sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD yang kelima pula adalah anda boleh meningkatkan kelajuan laptop anda. SSD kebiasannya berfungsi 5 hingga 10 kali ganda lebih laju, jadi ia akan mempercepatkan proses boot, anda membuka fail atau aplikasi. Kelajuan merupakan kelebihan utama untuk SSD.
6. Menjimatkan Tenaga
Sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD yang keenam pula adalah ia menjimatkan tenaga laptop anda. Sekiranya anda sering menggunakan laptop dengan berkuasakan bateri sahaja, SSD mampu menjadikan bateri laptop anda boleh bertahan lebih lama kerana SSD hanya memerlukan 2W ke 3W sahaja berbanding HDD tradisional.
7. Tiada Getaran
Sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD yang terakhir sekali adalah tidak menghasilkan sebarang getaran. Seperti yang kita sudah tahu, HDD tradisional mempunyai bahagian mekanikal yang berpusing dan akan menghasilkan getaran. SSD yang hanya menggunakan papan litar, tidak menghasilkan sebarang getaran yang boleh mengganggu anda.
Demikian 7 sebab kenapa anda perlu upgrade ke SSD. Semoga anda dapat manfaat daripada artikel ini, dan jika anda merasakan artikel ini membantu, sila SHAREkan dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda.
