Tips Penjagaan Laptop Selepas Servis Dust Cleaning

 

Tips Penjagaan Laptop Selepas Servis Dust Cleaning

tips penjagaan laptop selepas servis

Mungkin korang baru je lepas servis laptop dan korang tak tahu cara penjagaan yang sepatutnya untuk kekalkan performance laptop korang untuk jangka masa yang lama. Jangan risau, kami akan kongsikan kepada anda tips penjagaan laptop selepas servis supaya korang boleh amalkan untuk panjangkan jangka hayat laptop korang.

 

7 Tips Penjagaan Laptop Selepas Servis

1. Servis Laptop Sekurang-kurangnya 6 Bulan Sekali

Tujuan untuk melakukan servis 6 bulan sekali, ialah untuk mengelakkan kipas laptop penuh dengan gumpalan habuk  dan menukar thermal paste sekiranya ia sudah kering.

2. Elakkan Guna Laptop Di Kawasan Panas

Jangan menggunakan laptop di kawasan yang panas atau bersuhu panas. Ini kerana laptop dan komponen laptop sangat sensitif dengan suhu yang malampau panas. Seperti yang anda tahu suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop anda.

3. Kurangkan Waktu Penggunaan

Selepas melakukan servis kalau boleh elak dari ON laptop anda straight 5 jam ke atas tanpa henti. Kalau boleh OFF dahulu dalam 30 minit untuk komponen laptop dan laptop sejuk, selepas itu nak sambung guna laptop pun tak apa.

4. Elak Kawasan Berdebu

Yang ini kalau boleh elakkan lah ye. Bukan apa, yelah dah penat buat sevis janganlah guna laptop kat kawasan persekitaran macam ini. Tak pasal-pasal nanti sekejap ke laptop tu berhabuk balik, dengan cepat. Gunakan laptop di kawasan yang sesuai untuk mengelakkan perkara seperti ini.

5. Elakkan Permukaan Fabrik

Yang ini ramai yang suka lakukan, bermain laptop di  atas katil, tilam, bantal dan lain-lain sebab ia menghalang laluan udara. Sekiranya ini berlaku laptop akan cepat panas dan kemungkinan thermal paste untuk kering dan menyebabkan overheating

6. Gunakan Laptop Cooler

Kalau nak lebih baik lagi, gunakan fan tambahan dengan menyambungkan pada usb laptop anda dan fan itu akan berfungsi sebagai fan kedua yang membantu laptop anda dari cepat panas. Nak guna kipas biasa pun boleh, Cuma hala kipas tu ke laptop anda.

7. Gunakan Laptop Di Kawasan Yang Sejuk

Sebagai contoh di bilik yang mempunyai kipas, bertingkap atau bilik yang mempunyai penghawa dingin. Perkara ini dapt membantu anda untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda. Laptop yang dijaga dengan baik akan mengembirakan tuannya sendiri.

 

Demikian itulah dia 7 tips penjagaan laptop selepas servis untuk memanjangkan jangka hayat laptop. Semoga korang dapat manfaat daripada artikel ini, dan sialan untuk share artikel ini bersama kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *