Perbezaan Antara VGA, DVI Dan HDMI Port

Terdapat banyak cara yang berbeza untuk menyambungkan sumber video kepada TV dan monitor, dan ia agak mengelirukan, kerana terdapat begitu banyak port dan connector.

Ini bermakna terdapat banyak peranti (device) di luar sana dengan pelbagai jenis sambungan (connector) video. Tetapi apakah perbezaan antara mereka semua? Yang mana yang anda perlukan?

Dalam artikel ini, kita akan melihat jenis kabel yang biasa digunakan dan anda mungkin menggunakan salah satu darinya.

VGA

Video graphic array (vga) adalah satu sambungan (connector) tertua yang masih digunakan dalam peralatan komputer. Ia mula dibangunkan oleh IBM dan diperkenalkan pada sekitar tahun 80-an. Ia telah digunakan secara meluas untuk video card, tv sets, monitor komputer, dan laptop.

VGA boleh menyokong resolusi sehingga 640 x 480 dalam 16 warna, walaupun anda boleh meningkatkan warna hingga ke 256 dengan mengurangkan resolusi 320 x 200. Ini dikenali sebagai Mod 13h dan biasanya digunakan apabila boot komputer anda ke dalam Safe Mode. Ia juga mod yang digunakan dalam permainan komputer pada akhir 80-an dan awal 90-an

DVI

Lebih daripada satu dekat selepas IBM memperkenalkan VGA, dan selepas itu Digital Display Working Group melancarkan teknologi baru iaitu, DVI, bermaksud Digital Visual Interface, boleh menghantar video digital dalam salah satu daripada tiga mod.

  • DVI-I (Integrated) menggabungkan digital dan analog dalam connector yang sama.
  • DVI-D (Digital) menyokong isyarat digital sahaja.
  • DVI-A (Analog) menyokong analog sahaja

HDMI

HDMI, atau High Definition Media Input, banyak digunakan dalam peralatan komputer dan laptop baru. HDMI telah dicipta oleh sekumpulan pengeluar elektronik, seperti Sony, Sanyo, Toshiba. Bertujuan untuk memindahkan (transfer) video dan audio untuk monitor komputer, televisyen digital, dvd atau blue ray player.

HDMI mengunakan format video yang sama seperti DVI, kedua-duanya sangat compatible. Walau bagaimanapun DVI tidak support audio seperti HDMI yang  support video dan audio. HDMI juga terkenal dengan 4K dan Ultra HD kerana resolusi video yang hebat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *