Scroll to top

FREE MICROSOFT PAINT ALTERNATIF SOFTWARE

No comments

Microsoft kini lebih fokus terhadap paint 3D yang baru, dan versi lama seperti Microsoft Paint sehingga kini masih kekal seperti dahulu.

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mencari alternatif baru yang percuma? berikut adalah 4 yang terbaik untuk anda cuba

 

PAINT.NET

Paint.NET semakin berkembang dan menjadi salah satu editor imej yang terbaik pada sistem operasi windows dan ianya adalah percuma. Sekiranya anda (light user) pengguna biasa, ia juga merupakan alternatif seperti photoshop dan GIMP.

Jika anda biasa dengan Microsoft paint, perkara yang paling besar adalah mempunyai banyak persamaan. Skrin utama kelihatan mirip dengan aplikasi microsoft.

jika di kaji lebih mendalam, ia penuh dengan ciri-ciri yang sangat unik dan menarik yang menjadikan aplikasi ini menyerlah.

aplikasi ini mempunyai photoshop-esque layer, pelbagai special effect, unlimited undo/redo, pelbagai alatan melukis bentuk, dan yang paling penting pengguna adalah kepelbagain plugins yang boleh didapati.

PHOTOSCAPE

Photoscape lebih fokus kepada photo editting. Jika anda menggunakan Microsoft Paint untuk mengedit dan tweak snaps yang telah anda ambil, ia adalah pengganti yang sempurna.

Banyak tools yang ditawarkan adalah berorientasikan foto yang tiada pada paint. Sebagai contoh, mudah untuk menggabungkan pelbagai foto ke dalam satu imej atau melihat foto tersebut dalam slideshow. Anda juga boleh convert imej tersebut dari format RAW ke JPEGs.

Seperti yang anda harapkan, ia mempunyai editor asas yang komprehensif. Anda boleh mengubah saiz imej, menyesuaikan kecerahan dan warna, masukan text, lukis gambar, tambah filter dan macam-macam lagi.

Akhir sekali, photoscape mempunyai alat yang membolehkan anda mencetak ketas berjalur, graf, musik dan kelender menggunakan imej anda.

 

PIXLR

Jika anda tidak mahukan paint pada sistem anda, tidak perlu menyusahkan diri anda untuk menambah junk pada hard drive anda.

Anda boleh menggunakan online editor, dan Pixlr adalah salah satu yang terbaik.

Reka bentuk Pixlr kepada photoshop daripada paint. Tetapi, jika dan meluangkan sedikit masa untuk belajar menggunakan aplikasi ini, anda dapati ia adalah salah satu mengganti paint yang terbaik diluar sana.

Ia mempunyai semua tool asas yang diperlukan, ditambah dengan ciri-ciri canggih sperti smudging, blurring, layers, dan list filters dan effects.

 

KRITA

Krita ditujukan kepada artist digital. Khususnya, aplikasi ini fokus kepada ilustrator, matte dan texture, dan mereka yang bekerja dalam industri visual effect. Itu tidak bermakna ia bukan salah satu alat yang hebat untuk mereka yang mahukan alternatif kepada Microsoft Paint.

Jika anda memilih untuk download, anda boleh menikmati pelbagai ciri berguna yang tiada dalam paint. Seperti pemilihan warna yang cepat, penstabil berus, vektor, filters, group dan file layers.

Krita juga menawarkan beberapa alat lukisan bentuk yang terbaik. Dengan andanya (drawing assistant). anda boleh membuat ellipse, arrow atau fisheye.

 

APLIKASI MANA YANG PATUT ANDA GUNAKAN?

Untuk pengalaman yang berlainan, anda boleh cuba aplikasi tersebut sekiranya anda bersedia untuk mengembangkan lagi pengetahuan anda dalam mencuba sesuatu yang baru.

Terdapat banyak lagi aplikasi percuma seperti ini di luar sana, ini hanya segelintir yang sempat di bincangkan dalam artikel ini. Harap ia dapat menarik minat anda dalam mencuba sesuatu yang baru.

Post a Comment