Scroll to top

SOFTWARE MEMBOLEHKAN ANDA MELIHAT SUHU DAN HEALTH HARDISK, SSD, CPU, GPU

No comments

Haba yang melampau pada komputer, terutamanya laptop boleh menyebabkan malapetaka. Ada yang berlaku disebabkan pembentukan habuk yang mengakibatkan peredaran udara menjadi perlahan dan lemah, tanpa peredaran udara yang baik menyebabkan ia akan laptop cepat panas.

Sekiranya masalah ini diabaikan secara tidak langsung akan menyebabkan kerosakan pada laptop anda.

Haba yang melampau boleh menjejaskan prestasi komputer, ini kerasa komponen di dalam adalah sensitif dengan keadaan yang panas. Jangan risau ada software yang membolehkan anda memeriksa suhu laptop anda dengan percuma.

 

CRYSTALDISK INFO

Jika ada prihatin terhadap suhu hard drive anda, cuba gunakan crystaldisk info. Ini adalah salah satu utiliti khusus untuk memeriksa health HDD dan SSD dan sangat berguna

  • Monitor suhu HDD & SSD
  • Memaparkan status health untuk hard drive anda
  • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit
HWINFO

Adalah alat diagnostik yang ringan untuk hardware dan memantau sistem secara real-time. Ia sangat mudah digunakan.

  • Real-time information
  • Memaparkan laporan untuk cpu, ram, hdd, ssd, bateri dan banyak lagi
  • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit

 

OPEN HARDWARE MONITOR

Open hardware monitor adalah serupa seperti Hwinfo, kecuali ia adalah open source.

Ia mempunyai dua kelemahan iaitu update versi baru lambat ( kemungkinan dalam setahun itu hanya akan ada beberapa update sahaja) jadi ada kemungkinan ia tidak dapat membaca sensor pada sistem yang lebih baru. Untuk sistem yang lama, ia berfungsi dengan baik.

  • Membaca kebanyakan sensor dengan voltan, suhu dan fan
  • Simpan data sensor ke log untuk troubleshooting

 

SPECCY

Speecy memberi anda maklumat terperinci megenai setiap hardware dalam komputer & laptop anda. Memaparkan statistik seperti cpu, motherboard, RAM, dan grafik kad dan banyak lagi.

  • Real-time information
  • Memaparkan laporan untuk cpu, motherboard, RAM, dan grafik kad dan banyak lagi
  • Sesuai untuk 32-bit & 64-bit

 

HARD DISK SENTINEL

Sotware Hard disk sentinel memberi maklumat berkenaan hard drive anda seperti Hdd, dan Ssd. Software khusus untuk periksa health hdd dan ssd.

 

  • Monitor suhu HDD & SSD
  • Memaparkan status health untuk hard drive anda
  • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit

 

TIPS UNTUK MENGURANGKAN SUHU LAPTOP

Pastikan anda memeriksa suhu semasa komputer atau laptop anda (tanpa membuka apa-apa aplikasi yang running) dan semasa menggunaka software yang overload (seperti software yang high perofrmance yang running)

Suhu tertinggi biasanya semasa komputer atau laptop overload dengan running software. Dari situ anda dapat melihat berapa suhu tertinggi.

Anda juga boleh melihat tips bagaimana untuk mengelakkan laptop anda dari overheating di artikel yang sebelumnya di www.frlaptopservice.com

 

Post a Comment

© 2018 frlaptopservice.com was made with love by FR Laptop Service All right reserved.