Scroll to top

3 cara untuk selesaikan isu Windows 10 lambat on

No comments

Salah satu isu yang paling menyakitkan hati adalah isu Windows 10 lambat on. Tekan je power button, tapi laptop ambil masa yang sangat lama untuk fully load. Boleh menimbulkan rasa takut nak on laptop ataupun nak restart, bukan apa, takut kena tunggu lagi.

Tapi mujurlah, isu ini bukanlah isu yang besar dan masih boleh ditangani dengan mudah. Saya akan kongsikan dengan anda 3 cara untuk selesaikan isu Windows 10 lambat on.

 

1. Disable fast startup

Salah satu setting yang menjadi punca isu Windows 10 lambat on adalah fast startup. Setting ini kebiasaannya sudah dienablekan secara default. Sepatutnya setting ini digunakan untuk menangani isu Windows 10 lambat on, dengan menyediakan fail yang telah pre-loaded, dan ia akan mempercepatkan proses booting pada Windows 10.

Sayangnya, tak semua laptop dapat menggunakan fast startup tanpa masalah, jadi inilah langkah pertama yang patut kita cuba untuk selesaikan isu Windows 10 lambat on.

Untuk disablekan fast startup ini, ikut cara di bawah ini.

  1. Buka Settings
  2. Pergi ke System > Power & Sleep
  3. Pada bahagian kanan skrin, tekan Additional power settings untukbuka Power Options.
  4. Tekan Choose what the power buttons do pada bahagian kiri
  5. Berikan pengesahan sebagai Admin
  6. Tekan pada Change settings that arecurrently unavailable
  7. Untick pada turn on fast startup (recommended) dan tekan Save changes

 

2. Setup Virtual memory

Pada Windows, kita boleh setkan sebahagian daripada hard disk untuk jadi virtual memory, menambahkan jumlah RAM pada laptop anda. Dengan RAM yang lebih tinggi, anda boleh buka lebih banyak aplikasi. Bila RAM sudah penuh, Windows boleh bergantung pada virtual memory.

  1. Tekan Start
  2. Taip Performance di search box
  3. Pilih Adjust the appearance and performance of Windows
  4. Pergi ke tab Advanced
  5. Pada bahagian Virtual memory dan tekan butang Change
  6. Pada bahagian bawah, pastikan nilai pada Recommended dan Currently allocated adalah sama
  7. Jika sama, biarkan sahaja.
  8. Jika nilainya lebih rendah daripada Recommended, untick pada Automatically manage paging file size for all drives dan tekan pada Custom size
  9. Isi nilai recommended pada initial size, dan nilai yang lebih besar pada maximum size.

 

3. Buang startup programs

Mungkin juga 2 punca di atas tidak berkait langsung dengan kenapa laptop anda menjadi terlalu slow ketika on.  Jika anda masih lagi menghadapi masalah yang sama, lambat setelah masukkan password dan menunggu Windows anda untuk loading.

Ada juga software yang  boleh menyebabkan proses ini menjadi lambat, disebabkan software ini juga akan running dalam masa yang sama. Jadi apa yang kita perlu buat adalah dengan disable background apps yang tak diperlukan lagi.

Jangan risau, software masih boleh digunakan seperti biasa, cuma kita hanya run bila perlu sahaja. Lebih baik untuk performance laptop anda semasa loading Windows.

  1. Right click pada task bar dan buka task manager
  2. Pergi ke tab startup
  3. Disable software yang anda tak perlukan (hanya biarkan software yang anda akan terus gunakan setelah masuk ke Windows.)

 

Akhir kata

Jika anda dah buat semua, dan masih juga slow, mungkin ada punca lain yang menyebabkan Windows 10 lambat on. Namun begitu tak bermakna masalah ini tak boleh diselesaikan, anda boleh ke kedai berhampiran untuk check up laptop anda.

Post a Comment