Scroll to top

Cara Mudah Nak Betulkan Paparan Terbalik

No comments

Semasa menggunakan laptop dengan Windows 10, kadang-kadang mungkin terjadi suatu masalah dimana tiba-tiba paparan skrin terbalik, ataupun paparan skrin terpusing ke kiri ataupun ke kanan.

Jangan risau, masalah ni bukan berpunca daripada virus, dan ianya boleh juga dikatakan sebagai normal untuk Windows 10.

Jom saya kongsikan macam mana nak betulkan semula skrin laptop Windows 10 anda.

Cara Mudah Nak Betulkan Paparan Terbalik Menggunakan Hotkeys

Jika anda tekan butang CTRL dan ALT serentak, dan kemudian tekan pula butang anak panah di keyboard laptop anda, paparan skrin laptop anda juga akan berpusing mengikut arah anak panah yang anda tekan.

Anda boleh cuba cara ini dengan menekan butang CTRL + ALT + Anak Panah Ke Atas. Hotkey ini akan mengembalikan semula paparan skrin laptop anda ke arah yang betul.

Jika cara ini berkesan, Alhamdulillah. Ia juga bermakna laptop anda boleh menggunakan hotkey untuk memusingkan paparan skrin laptop anda. Dan anda juga boleh menggunakan hotkey di bawah:

  • CTRL + ALT + Anak Panah Ke Atas: Memusingkan paparan skrin ke arah yang betul (landscape)
  • CTRL + ALT + Anak Panah Ke Kiri: Memusingkan paparan skrin 90 darjah lawan arah jam (portrait)
  • CTRL + ALT + Anak Panah Ke Kanan: Memusingkan paparan skrin 90 darjah ikut arah jam (portrait-flipped)
  • CTRL + ALT + Anak Panah Ke Bawah: Memusingkan paparan skrin terbalik (landscape-flipped)

 

Cara Mudah Nak Betulkan Paparan Terbalik Tanpa Menggunakan Hotkeys

Andai kata setelah anda tekan butang-butang hotkey dan ia tidak berfungsi, jangan mula garu kepala lagi, sebab ada lagi satu cara yang anda boleh buat untuk membetulkan semula paparan skrin laptop anda.

Anda hanya perlu ikuti langkah ini:

  1. Right-click pada desktop anda
  2. Pilih Display settings
  3.  Scroll ke bawah sehingga Display Orientation
  4. Tekan kotak drop-down dan pilih Landscape

Dan sekarang sepatutnya paparan skrin laptop anda sudah mula kembali normal.

Pada senarai drop-down, ada 3 pilihan yang lain, dengan nama yang sama dengan hotkey yang telah saya tuliskan di bahagian atas. Jadi, jika anda nak tukar orientasi skrin bila-bila masa sahaja, anda hanya perlu ke setting ini dan ubah mengikut kesukaan anda.

 

 

Post a Comment