Scroll to top

Apa itu Windows Fast Startup?

No comments

Windows Fast Startup merupakan salah satu ciri yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan kelajuan laptop anda boot Windows. Ia mula diperkenalkan pada Windows 8 pada tahun 2016, kini ia turut hadir pada operating system terakhir Microsoft, Windows 10.
 
Kini, Windows Fast Startup ini sudah siap dihidupkan oleh para pengeluar komputer, jadi, ramai pengguna tidak akan tahu tentang fast startup ini. Tapi jangan risau, dalam artikel ini, anda akan belajar sedikit sebanyak tentang fast startup ini, bagaimana ia berfungsi, dan adakah ia bagus ataupun tidak.
 

Apa itu Windows Fast Startup?


Fast startup atau fast boot, adalah satu ciri Windows yang membuatkan komputer anda boot dengan lebih laju. Ia menjimatkan masa anda daripada anda perlu menunggu masa yang lama komputer anda ambil untuk boot. Ianya sudah diaktifkan oleh para pengeluar komputer.
 

Bagaimana Fast Startup Berfungsi?

Fast boot ini menggunakan cara yang lebih kurang sama dengan hibernation mode untuk shutdown. Pada Windows versi awal, ia menutup semua program dan shutdown setelah ia selesai.
 
Tetapi, kalau fast boot diaktifkan, Windows hanya akan mengeluarkan pengguna, dan hibernasikan semua fail. Dan pada startup seterusnya, ia akan terus menyambung semua yang telah ditinggalkan. Fast boot ini juga boleh digelar sebagai hybrid shutdown.
 
Dengan cara ini anda boleh mengelakkan komputer anda daripada mengambil masa yang lama untuk boot.
 
Nota tambahan: Jika anda tutup hibernation, anda tak akan boleh mengaktifkan fast startup.
 
Seperti yang saya nyatakan di atas, fast startup ini sudah diaktifkan pada semua laptop dan juga komputer. Tetapi, ramai orang yang tidak menggalakkan fast boot dibiarkan malah ada yang bersetuju untuk menutup fast boot ini serta-merta setelah anda hidupkan komputer anda buat kali pertama.
 

 

Fast Startup Bagus atau Tidak?

Ia bergantung.
 
Meskipun fast startup merupakan satu cara yang bagus untuk mempercepatkan proses boot Windows 10 anda, tetapi ia juga mempunyai beberapa kekurangan.
 
Fast startup berfungsi sama seperti hibernation mode, ia hanya akan meletakkan komputer di dalam hibernation mode, bersiap sedia untuk sambung semula sesi penggunaan.
 
Ia boleh memberi kesan kepada Windows Update. Kebanyakan update memerlukan komputer untuk shutdown sepenuhnya untuk proses installation yang lebih lancar.
 
Dan untuk sesetengah komputer, ada juga yang menyebabkan kesukaran untuk mengakses BIOS jika fast startup ini dibiarkan.
 
Jika anda tidak terkesan dengan kekurangan fast startup ini, anda boleh terus menggunakan fast startup dan nikmati masa boot yang lebih laju. Tapi jika ia menyusahkan anda, anda boleh tutup sahaja fast startup ini.
 

Macam Mana Nak Tutup Fast Startup pada Window 10?

  1. Tekan Start.
  2. Taip Control Panel.
  3. Cari Power Options.
  4. Pilih Choose what the power button does.
  5. Tekan pada Change settings that are currently unavailable.
  6. Untick pada Turn on fast startup.
  7. Tekan Save changes untuk simpan tetapan ini.

Dengan cara ini anda boleh menutup fast startup pada Windows 10. Bila anda hidupkan komputer anda, fast startup tidak akan lagi aktif.
 

Dan Itu Sahaja Tentang Fast Startup

Kami berharap dengan artikel ringkas ini anda dapat memahami apakan itu fast startup dan cara ia berfungsi. Secara konklusi, fast startup merupakan satu tetapan yang mempercepatkan masa boot komputer dan meningkatkan prestasi komputer anda.

Post a Comment