Tanda Hard Disk Mula Rosak

TANDA HARD DISK MULA ROSAK

tanda-hard-disk-mula-rosak

Hard disk adalah satu komponen penting untuk semua laptop, kerana Windows akan di install pada hard disk.

Hard disk juga adalah tempat kita menyimpan semua fail, data, gambar, video, lagu kita.

Tanpa adanya hard disk, laptop dan komputer kita tidak akan dapat berfungsi.

Ramai yang menggunakan laptop tapi ramai lagi yang masih tak tahu tanda hard disk mula rosak.

Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan 3 tanda hard disk mula rosak.

 

3 Tanda Hard Disk Mula Rosak

tanda-hard-disk-mula-rosak

Untuk kebanyakan kes, hard disk akan rosak secara perlahan, jadi ia cukup untuk memberikan anda masa untuk mengalihkan data terlebih dahulu.

 

Komputer mula perlahan, kerap freeze dan kerap bluescreen

tanda-hard-disk-mula-rosak
Tanda hard disk mula rosak yang pertama adalah laptop atau komputer mula menjadi perlahan, kerap freeze dan kerap bluescreen.

Untuk mengecualikan hard disk sebagai punca, kita boleh gunakan software CrystalDiskInfo.

Software ini menggunakan data yang telah dikumpulkan oleh SMART (Self-monitoring, Analysis, and Reporting Technology).

Anda hanya perlu install dan buka software ini dan pergi ke tab Disk, dan pilih hard disk yang anda mahu scan, dan anda dapat melihat health untuk hard disk anda.

tanda-hard-disk-mula-rosak
Jika hard disk anda tidak mempunyai masalah, anda boleh terus menggunakan laptop dan ianya selamat untuk anda format semula laptop anda.

Jangan lupa pastikan data-data anda sudah dibackup terlebih dahulu.

 

Tak Dapat Masuk Ke Windows

tanda-hard-disk-mula-rosak
Tanda hard disk mula rosak yang kedua adalah munculnya error yang berkenaan dengan hard disk.

Antara error yang anda dapat lihat adalah:

– Kerap muncul error popup ketika membuka, mengalih atau menyimpan fail

– Fail tak boleh dibuka atau hilang

– Windows kerap crash

Jika anda ada menghadapi masalah seperti ini, anda patut alihkan data serta-merta dan menggantikan dengan hard disk yang baru.

 

Hard Disk Mengeluarkan Bunyi Klik

tanda-hard-disk-mula-rosak
Tanda hard disk mula rosak yang ketiga adalah anda boleh dengar bunyi klik klik yang berterusan daripada hard disk. Ini bermakna hard disk anda sudah pun mula rosak.

Bunyi ‘klik’ yang berulang kali atau lebih dikenali sebagai click of death yang berpunca daripada jejari hard disk yang gagal untuk read dan write data.

Sekiranya anda mendengar bunyi ini, anda harus mula melalukan backup pada semua data-data penting anda sebelum terlambat.

 

Macam Mana Kalau Tak Sempat Backup?

tanda-hard-disk-mula-rosak
Jika hard disk dah rosak, dan anda tidak sempat untuk membuat salinan data-data terlebih dahulu, apa yang boleh anda lakukan?

Data-data yang ada kita tak boleh nak akses menggunakan cara biasa, iaitu dengan menggunakan cable sata ke usb ataupun menggunakan hard disk enclosure.

Apa yang kita boleh buat adalah hantar ke kedai yang ada menyediakan servis untuk mendapatkan semula data pada hard disk yang dah rosak.

Tetapi, kos untuk mendapatkan semula data ini agak tinggi dan saya galakkan jika data yang anda ingin dapatkan semula tak ternilai harganya.

 

Sampai di sini sahaja untuk artikel Tanda Hard Disk Mula Rosak. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share artikel untuk manfaat bersama.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *