Scroll to top

Punca Keyboard Laptop Rosak

No comments

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur

No Telefon: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Keyboard atau papan kekunci adalah salah satu komponen yang penting untuk sebuah peranti mudah alih seperti laptop. Tanpa keyboard ianya mustahil laptop dapat digunakan sepenuhnya terutama sekali untuk kegunaan menaip dan sebagainya.

Jom saya ceritakan sedikit pengenalan sejarah tentang keyboard atau papan kekunci yang kita gunakan.

Keyboard merupakan sebuah alat input yang digunakan untuk memasukkan informasi ke dalam komputer dan melakukan pelbagai interaksi atau arahan kepada komputer. Keyboard komputer di cipta oleh seorang pencipta mesin taip yang pada awalnya dicipta oleh Christopher Latham pada tahun 1868 dan dipasarkan secara meluas pada tahun 1877 oleh Remington Company.

Untuk keyboard, terdapat dua jenis layout yang biasa digunakan iaitu ISO (International Organization for Standardization) dan juga ANSI (American National Standards Institute). Kita di Malaysia lebih banyak menggunakan keyboard jenis ANSI. Dan kita juga menggunakan QWERTY, yang merupakan jenis keyboard yang paling banyak digunakan. Terdapat banyak lagi jenis keyboard yang digunakan di negara lain.

Begitulah sedikit sejarah tentang bagaimana keyboard dicipta dan digunakan.

Dan ianya juga lumrah untuk alat seperti keyboard ni untuk menghadapi kerosakan. Keyboard laptop rosak biasanya berpunca daripada cara penggunaan kita sendiri.

Jika kita menggunakan keyboard secara ganas seperti menekan butang dengan terlalu kuat atau menghentam keyboard, ia boleh menjadi punca keyboard laptop rosak. Perkara ini selalu terjadi ketika bermain permainan video pada laptop. Kebanyakan pengguna akan bermain dengan penuh emosi untuk mengejar kemenangan, dan tanpa sedar, mereka sudah mula menghentak keyboard dengan kuat dan menyebabkan keyboard laptop rosak. Ini kerana keyboard merupakan satu komponen yang amat sensitif terutama sekali terhadap hentakan.

Habuk, debu, kotoran dan juga sisa makanan yang melekat di celahan keyboard juga boleh menjadi salah satu penyebab keyboard laptop rosak. Bila habuk atau kotoran ini terkumpul di celah butang-butang keyboard, ia boleh menyebabkan butang keyboard sukar untuk ditekan. Selain itu, sisa makanan yang melekat juga boleh mengundang serangga kecil seperti semut untuk datang dan membina sarang seterusnya menjadi punca keyboard laptop rosak.

Bagi sesetengah pengguna yang bekerja di hadapan laptop untuk jangka masa yang panjang, biasanya akan meletakkan minuman berdekatan dengan laptop. Dan daripada pelanggan kami, terdapat banyak kes yang melibatkan air tertumpah ke atas keyboard. Ia akan menjadi penyebab keyboard laptop rosak. Jadi berhati-hati sekiranya anda ada makan atau minum berdekatan dengan laptop. Atau lebih baik, jauhkan terus makanan dan minuman daripada laptop anda.

Anak-anak kecil juga boleh menyebabkan keyboard laptop rosak, dengan mencungkil atau mencabut butang keyboard. Apabila dicungkil, ia akan menyebabkan klip butang keyboard patah dan sukar untuk dipasang semula.

Oleh sebab itu, jika satu butang tidak boleh digunakan maka keyboard harus ditukar dengan yang baru kerana keyboard hanya datang di dalam satu set sahaja. Jadi, ianya lebih mudah jika menjaga keyboard laptop dengan baik untuk mengelakkan terjadinya keyboard laptop rosak.

Dan jika kita tidak menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama, lebih baik pastikan laptop sentiasa tertutup dan di simpan jauh dari anak-anak kecil untuk mengelakkan mereka bermain dengan mencungkil sehingga keyboard laptop rosak.

Penjagaan keyboard laptop adalah penting supaya laptop anda boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Selain daripada mengelak berlakunya kerosakan akibat kecuaian atau kemalangan, laptop juga perlu diservis secara berkala supaya dapat mengelakkan keyboard laptop rosak.

Sekiranya anda menghadapi masalah keyboard laptop rosak, dan anda tidak tahu di mana tempat untuk menukar keyboard laptop rosak, anda boleh hubungi:

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur

No Telefon: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk membaiki keyboard laptop rosak dan masalah lain yang berkaitan dengan laptop.

Post a Comment