Scroll to top

Penyebab Keyboard Laptop Rosak

No comments

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL

No Tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9am – 9pm

Papan kekunci atau keyboard adalah salah satu bahagian penting sebuah peranti elektronik seperti laptop. Tanpa keyboard amat mustahil laptop dapat berfungsi dan digunakan untuk sebarang aktiviti seperti menaip dan sebagainya.

Sedikit pengenalan sejarah tentang keyboard atau papan kekunci yang kitagunakan.

Keyboard adalah alat input yang digunakan untuk memasukkan informasi ke dalamkomputer dan menjalankan berbagai interaksi atau arahan ke dalam komputer. Keyboard komputer di cipta oleh pencipta mesin taip yang pada awalnya diilhamkan oleh Christopher Latham tahun 1868 dan banyak dipasarkan pada tahun 1877 oleh Perusahaan Remington.

Penciptaan keyboard komputer berasal dari model mesin taip yang dicipta dan dipatenkan oleh Christopher Latham pada tahun 1868, Dan pada tahun 1887 di keluarkan dan dipasarkan oleh Perusahaan Remington.

Keyboard yang digunakanan sekarang ini adalah jenis QWERTY. Pada tahun 1973, keyboard di perkenalkan sebagai keyboard standard ISO (International Standard Organizations). Jumlah butang pada keyboard ini berjumlah 104 butang. Keyboard sekarang yang kita tahu memiliki beberapa jenis sambungan, iaitu port serial, ps2, USB dan juga wireless.

Begitulah sedikit sejarah bagaimana keyboard mula diciptakan dan digunakan.

Namun apa yang bernama alat pasti akan berlaku kerosakan. Keyboard laptop rosak biasanya berpunca dari cara kita menggunakannya.

Terlalu kuat menekan atau mengetuk keyboard juga menjadi salah satu punca keyboard laptop rosak. Biasanya keadaan ini berlaku ketika bermain games. Waktu itu kebanyakan akan bermain dengan penuh emosi untuk mencapai kemenangan tanpa sedar secara tidak sengaja keyboard ditekan atau dihentak dengan kuat dan boleh menyebabkan keyboard laptop rosak kerana keyboard adalah salah satu kompenen yang sangat sensitif.

Habuk, kotoran atau sisa makanan yang melekat di celahan keyboard juga salah satu faktor keyboard laptop rosak. Bila habuk atau kotoran terkumpul di celahan keyboard akan mengganggu kelancaran fungsi keyboard tersebut. Selain itu ia boleh mengundang serangga kecil seperti semut untuk datang dah bersarang seterusnya menjadi keyboard laptop rosak akibat dari perkara tersebut.

Bagi sesetengah individu yang terpaksa bekerja di hadapan laptop untuk jangka masa yang agak lama mungkin akan meletakan minuman di sebelah laptop. Banyak berlaku air minuman tertumpah di atas keyboard. Ia juga boleh menjadi salah satu punca keyboard laptop rosak. Jadi berhati-hati ketika menggunakan laptop ketika makan atau minum.

Ada juga berlaku butang-butang pada keyboard dikupil dan dicabut oleh kanak-kanak. Bila satu butang sudah rosak atau tertanggal memang perlu menukar keseluruhan keyboard tersebut kerana biasanya tidak boleh menggantikan hanya satu butang keyboard laptop rosak. Ini kerana keyboard hanya mempunyai satu sahaja cable yang menghubungkannya ke motherboard.

Oleh itu, jika satu button tidak boleh digunakan maka keyboard perlu ditukar dengan yang baru kerana ia didatangkan dalam satu set keyboard laptop. Jadi, penting menjaga keseluruhan butang pada keyboard kerana jika salah satunya keyboard laptop rosak, tidak boleh dibaiki dan perlu menukar keseluruhannya.

Sebab itu penting untuk pastikan laptop anda sentiasa tertutup dan disimpan jauh dari kanak kanak untuk elakkan mereka bermain dan mengumpil sehingga keyboard laptop rosak.

Penjagaan keyboard laptop antara aspek penting supaya boleh bertahan lama. Selain mengelak dari berlaku kerosakkan akibat kecuaian atau kemalangan, sesekali perlu juga diservis supaya tidak berlaku keyboard laptop rosak.

Sekiranya keyboard laptop anda rosak tidak tahu di mana tempat untuk baiki atau menukar keyboard laptop rosak anda boleh anda hubungi :

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL

No Tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9am – 9pm

Mereka menyediakan perkhidmatan untuk membaiki keyboard laptop rosak dan juga lain lain.

Post a Comment