Scroll to top

Tutup Lid Ketika Panas Antara Punca Screen Laptop Rosak

No comments

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL

No tel : 0172882349

Waze/Google Map : FR Laptop Services

Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm

Peranti elektronik mobile ni antara peralatan yang agak sensitif dan perlu penjagaan yang rapi bagi memastikan jangka hayat lebih panjang dan menjimatkan kos memperbaiki atau membeli set yang baru. Salah satunya adalah laptop. Setiap komponen pada laptop itu sendiri mempunya fungsi penting terutama screen.

Screen laptop adalah salah satu kompenen yang sangat penting. Sekiranya screen laptop rosak sudah semestinya segala aktiviti menggunakan laptop tidak dapat dibuat kerana screen yang memaparkan segala kerja yang di buat melalui laptop. Jika tidak dapat di baca atau di lihat melalui screen tiada sebarang aktiviti dapat dilakukan dengan laptop.

Sedikit pengenalan tentang screen laptop. Ia merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.

Kualiti bergantung kepada beberapa faktor. Terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya. lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan gragik yang dipaparkan. Ramai yang masih tidak tahu punca mengapa berlakunya screen laptop rosak dan mengabaikan beberapa perkara yang selalu menjadi punca screen laptop rosak kerana berpendapat perkara itu tidak akan merosakan screen laptop. Mungkin merasakan perkara ia perkara kecil yang takkan merosakan apa apa kompenen penting pada laptop tapi sebenarnya itulah punca utama yang menyebabkan kerosakan.

Disini saya kongsikan sedikit beberapa perkara yang menyebabkan screen laptop rosak agar anda lebih berhati hati ketika berurusan menggunakan laptop. kerana laptop antara peranti eloktronik yang agak mahal harganya mengikut spesifikasi.

Salah satu yang sering anda lakukan tanpa sedar ia adalah punca screen laptop rosak adalah menutup lid ketika laptop masih panas. Terutama dalam keadaan mungkin tergesa gesa untuk melakukan perkara lain atau dalam kecemasan. Perbuatan boleh menyebabkan screen laptop rosak. Jadi elakkan melakukan perkara tersebut secara sengaja atau tidak sengaja.

Mencuci screen laptop dengan air juga boleh menyebabkan screen laptop rosak. Mungkin selama ini kita rasa hanya mengelap menggunakan tisu basah atau kain lembab tidak akan membuatkan screen laptop rosak kerana tiada air menitis yang akan jatuh dan meresap ke bahagian laptop. Tanggapan itu sebenarnya salah. Sebaiknya gunakan pencuci khas untuk membersihkan kotoran atau habuk pada screen laptop dan elakkan menyentuh screen sekiranya tidak perlu.

Jangan meletak sebarang objek berat di atas laptop atau menindihnya dengan barang lain. Ia boleh menyebabkan screen laptop rosak dan pecah. Jadi simpan di tempat yang selamat supaya tidak di pijak atau di hempap sebarang objek berat yang boleh menyebabkan screen laptop rosak.

Selain itu pastikan tiada benda tajam, atau apa apa barang di atas laptop sebelum menutup lid laptop. Ia juga antara punca screen laptop rosak dan pecah bila screen bersentuhan dengan objek tajam atau keras ketika kita menutup.

Dan sekiranya screen laptop rosak jangan cuba cuba untuk memperbaiki sendiri sekiranya anda tiada pengetahuan dan kepakaran.mungkin perbuatan tersebut akan merosakkan keseluruhan laptop anda dan tak dapat di perbaiki lagi. Sebaiknya carilah mereka yang arif untuk membantu anda memperbaiki screen laptop rosak.

Jika anda memerlukan khidmat untuk baiki screen laptop rosak anda boleh menghubungi:

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL

No tel : 0172882349

Waze/Google Map : FR Laptop Services

Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm

Post a Comment