Jimatkan bateri laptop adalah satu benda yang penting terutama sekali jika anda menggunakan laptop dengan berkuasakan bateri sahaja untuk tempoh masa yang lama. Bateri memberikan kita kelebihan untuk menggunakan laptop di mana sahaja tanpa memerlukan tempat yang ada tenaga elektrik.
Untuk pengguna mudah alih, bateri adalah komponen penting, ini kerana, tanpa bateri laptop takkan boleh digunakan melainkan menggunakan charger pada plug. Jangka hayat bateri adalah kunci utama untuk sesebuah laptop.
Untuk jimatkan bateri laptop, mujurlah Microsoft telah memberikan fungsi battery saver melalui operating system mereka yang terbaru, iaiatu Windows 10.
Battery Saver merupakan fungsi yang terbaru yang didatangkan khas pada Windows 10. Ia akan mula berfungsi setelah bateri kita mencecah 20 peratus. Kita juga boleh mengubah tetapan untuk menentukan bila laptop kita nak menggunakan Battery Saver.
Fungsi Jimatkan Bateri Laptop Dengan Battery Saver:
- Mengurangkan kecerahan skrin laptop. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan penggunaan bateri untuk menambahkan masa penggunaan laptop.
- Mematikan aplikasi-aplikasi yang di muat turun daripada Windows Store. Ia juga menghalang aplikasi-aplikasi ini untuk run di background.
- Menghentikan sebarang notifikasi daripada semua aplikasi pada laptop.
Jimatkan Bateri Laptop dengan Battery Saver
Sebenarnya mudah sahaja untuk jimatkan bateri laptop anda cuma perlu:
- Tekan ikon bateri pada taskbar dan tekan butang Battery saver.
- Apabila battery saver sedang aktif, anda akan dapat lihat ikon daun hijau yang kecil pada ikon bateri.
Anda juga boleh jimatkan bateri laptop dengan battery saver melalui Settings. Pada Settings, anda boleh mengubah tetapan Battery Saver.
- Tekan butang Start/Windows dan tekan ikon Settings.
- Pada Settings tekan pada System.
- Pilih Battery dan tekan pada toggle sama ada untuk menghidupkan atau mematikan Battery Saver.
Pada tetapan Battery Saver anda boleh menukarkan tetapan untuk jimatkan bateri laptop.
- Tetapkan/tukar bila Battery Saver pada laptop diaktifkan. Tetapan default adalah 20 peratus. Ini bermakna apabila bateri laptop anda mencecah 20 peratus, Battery Saver akan mula diaktifkan.
- Memilih sama ada Battery Saver turut mengurangkan kecerahan skrin untuk mengurangkan tenaga yang digunakan pada bateri.
Dengan Battery Saver, anda boleh jimatkan bateri laptop terutama sekali ketika anda sedang melakukan tugasan atau kerja yang perlu dihantar dalam masa yang terdekat. Tetapi apabila bateri anda tinggal 1 peratus, terus sambungkan power adapter untuk meneruskan penggunaan. Sekian saja artikel mengenai Battery Saver mode. Diharapkan anda dapat memanfaatkan dan menggunakannya pada laptop anda.
#SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.

