Kita sebagai manusia, tak lari daripada melakukan kesilapan. Dan kesilapan ini juga boleh terjadi kepada kita, sebagai pengguna laptop. Laptop adalah sebuah peralatan elektronik yang amat sensitif dan mudah untuk rosak dengan cara penjagaan yang salah.
Kesilapan pengguna laptop boleh memberi kesan yang buruk kepada laptop kita. Ya, mungkin kita tidak mempunyai hasrat untuk merosakkan laptop kita sendiri, namun begitu, masih ramai lagi di antara kita yang melakukannya tanpa kita sedar.
Tujuan artikel ini untuk memberikan sedikit pengetahuan dan kesedaran agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dan dapat mengelakkan masalah yang besar mungkin muncul pada laptop kita.
3 KESILAPAN PENGGUNA LAPTOP
Kesilapan 1: Tidak Menetapkan Kata Laluan
Kesilapan pengguna laptop yang pertama adalah tidak menetapkan kata laluan pada laptop. Kata laluan adalah merupakan benteng pertahanan yang pertama menentang akses tanpa kebenaran pada laptop anda. Semakin kuat kata laluan anda, perlindungan pada laptop anda akan jadi lebih kuat.
Sesetengah orang berpendapat bahawa kata laluan merupakan sesuatu yang membebankan, kerana tanpa kata laluan, mereka boleh akses laptop mereka dengan segera tanpa perlu bersusah payah untuk menaip kata laluan mereka.
Untuk pengguna laptop yang sering membawa laptop ke luar, ataupun ke kedai atau ke mana sahaja, adalah penting untuk kita meletakkan kata laluan. Untuk lebih keselamatan, kita juga boleh meletakkan kata laluan pada BIOS untuk perlindungan tambahan.
Kesilapan 2: Tidak Menggunakan Antivirus
Kesilapan pengguna laptop yang kedua adalah tidak memasang apa-apa aplikasi antivirus pada laptop.
Aplikasi anti-virus seperti Windows Defender, ataupun perisian anti-malware sepatutnya berada didalam setiap laptop. Aplikasi ini memberikan perlindungan daripada sebarang serangan luar ataupun fail-fail yang telah dimuat turun.
Kita patut tahu, bahawa bukan semua fail yang berada di Internet adalah selamat untuk laptop kita. Banyak fail-fail yang merbahaya untuk laptop kita berlegar di Internet seperti virus, adware, spyware dan banyak lagi. Dengan antivirus, kita dapat mengurangkan risiko ini, seandainya tersalah muat turun fail yang mengandungi virus dan sebagainya.
Jangkitan virus adalah merbahaya untuk laptop. Ia bukan sahaja melembabkan laptop, ia juga boleh mencuri data-data tanpa kita sedar ia sedang berlaku. Pastikan kita sentiasa mengemas kini perisian anti-virus dan anti-malware. Kita juga pastikan ia berjalan dan sentiasa memantau laptop anda. Anda juga perlu melakukan full scan atau imbasan penuh menggunakan perisian-perisian itu secara berkala.
Kesilapan 3: Memasang Aplikasi Yang Tidak Berguna
Kesilapan pengguna laptop yang ketiga adalah memasang aplikasi yang tidak berguna.
Sekarang, terlalu banyak aplikasi yang kononnya boleh meningkatkan prestasi laptop, atau memberikan keselamatan yang lebih kuat pada laptop. Bukan semua aplikasi ini bagus untuk laptop anda, dan kebanyakannya hanya akan memberatkan laptop dan mengurangkan efficiency laptop anda.
Ada sesetengah aplikasi juga menawarkan aplikasi tambahan yang juga kononnya bagus untuk laptop anda. Dan jika anda tidak berhati-hati ketika proses installation, aplikasi itu juga akan masuk ke laptop anda tanpa anda sedari. Kebanyakan aplikasi-aplikasi ini tidak berguna langsung, dan hanya memakan ruang memori dan melembabkan sistem laptop kita.
Apa yang perlu kita lakukan adalah baca mengenai aplikasi yang kita mahu muat turun, dan jika ia adalah penting dan merupakan suatu keperluan pada laptop kita, teruskan. Jika tidak, jangan.
Sampai sini sahaja artikel kesilapan pengguna laptop untuk kali ini. Macam mana pendapat anda?
Jangan lupa untuk SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.



