Scroll to top

Kedai Format Laptop Murah Di Cheras

No comments

Dengan zaman serba teknologi ini, laptop sudah menjadi satu keperluan untuk semua orang untuk siapkan kerja, mencari maklumat di Internet, mencari bahan hiburan, dan banyak lagi. Dan untuk sesetengah pengguna, mereka tidak tahu untuk mencari kedai repair laptop yang berbaloi di sekitar Cheras. Sekarang anda tidak perlu khuatir, kerana ada sebuah Kedai Format Laptop Murah Di Cheras yang boleh anda kunjungi – FR Laptop Service.

Mengapa kita perlu format laptop? Antara sebab utamanya adalah black atau bluescreen iaitu kegagalan operating system untuk berfungsi, di serang virus dan malware, kelembapan laptop ketika yang membuatkan anda stress.

 

Apakah Itu Format?

Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan ‘format komputer atau laptop’ ini. Menformat komputer adalah suatu proses yang akan membuang atau menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang.

 

Waktu Terbaik Untuk Format Laptop Murah Di Cheras

Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu. Berikut adalah waktu terbaik untuk anda format laptop;

 

#1 Semasa Laptop Diserang Virus

Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda sudah padam virus yang menyerang laptop (menggunakan anti-virus), akan tetapi bekas-bekas jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat dan slow.

 

#2 Data Susah Nak Dihapuskan

Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti perisian atau software, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install software yang di ‘download’ terus dari internet. Pastikan anda ‘unclick’ pada tawaran untuk install software yang lain atau tidak diperlukan). Inilah antara punca laptop anda jadi ‘hang’. Dan yang paling parahnya, data-data yang tidak diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.

 

#3 Nak Upgrade Sistem Operasi Sedia Ada

Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi yang lebih terkini. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan sebarang masalah selepas anda menformat.

Tips Sebelum Hantar Laptop Untuk Format

Tips ringkas yang anda perlu dan wajib tahu mengenai laptop anda bagi mengelakkan berlakunya manipulasi hardware oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Ketahui Jumlah RAM Dan Hardware Laptop Yang Anda Gunakan

Anda perlu mengetahui jumlah RAM laptop anda bagi mengelakkan RAM anda di downgrade oleh pihak yang menformat laptop anda tanpa pengetahuan anda.

 

Ketahui Jumlah Kapasiti Dan Kesihatan Hard Disk Laptop Anda

Kedai format laptop murah  yang tidak bertanggungjawab akan memanipulasi hard disk laptop anda dengan menukar hard disk anda kepada hard disk pada saiz yang lebih kecil. Dan seharusnya hard disk diperiksa dahulu kesihatannya untuk mengekalkan performance yang bagus.

 

Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service

Laptop anda slow? Berat? Banyak sangat program? Ada virus? Cek hard disk elok. tapi masih lagi slow? Anda perlu format untuk kemaskan semula Windows anda. Di Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service, kami menyediakan dua jenis format iaitu;

  • Format Clean

Format clean adalah FR Laptop Service membuang semua program dan data bagi bentuk semula dengan partition yang baru. Jenis format ini lebih baik jika anda telah backup semua data anda. FR Laptop Service hanya mengambil masa dalam tempoh 24 jam untuk siap tanpa ada masalah lain.

  • Format Backup

Data yang penting dikeluarkan daripada laptop dan hard disk dibersihkan, kemudian data-data itu dimasukkan semula di dalam laptop. Dengan proses mengalihkan data, Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service akan mengambil masa sehingga 2 atau 3 hari, bergantung atas jumlah data yang ada pada laptop anda.

 

Pilihan Antara Windows 7, Windows 8.1 Dan Juga Windows 10

Ketiga-tiga window ternyata terdapat kelebihan dan kekurangan antara windows tersebut. Pertama sekali ialah Windows 7 menawarkan kelebihan ciri-ciri yang tersendiri walaupun tidak secanggih windows 8 dan 10. Jika dibandingkan dengan window 8 dan 10, window 7 lebih ringan.

Sementara Windows 8 pula boleh dikatakan sedikit lebih canggih dari windows 7. Hal ini kerana window 8 mempunyai reka bentuk dan juga ciri-ciri yang sedikit menarik. Sungguhpun begitu ternyata window ini mempunyai kekurangan kerana terlalu berat dan kurang compatible dengan beberapa aplikasi.

Seterusnya Windows 10 pula mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih jika dibandingkan dengan windows 8 dan 7. Kelebihan windows ini pula mempunyai reka bentuk yang moden. Namun demikian window ini kurang compatible. Untuk ringan atau berat, windows ini boleh dikatakan lebih ringan daripada windows 8.

Pelbagai Software Asas Turut Disertakan Seperti Microsoft Office, VLC Media Player, Google Chrome.

Selepas Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service selesai format laptop anda, mereka turut sertakan beberapa software asas untuk anda. Antaranya adalah:

Microsoft Office

Software Microsoft Office ini sangat penting untuk anda melakukan tugasan kerja harian anda di pejabat mahu pun di rumah. Software ini membolehkan anda menaip kerja anda dan macam-macam lagi. Ia terkandung pelbagai software Microsoft seperti Word, Excel, Powerpoint, Publisher dan lain-lain lagi.

VLC Media Player

Tak sah kalau tiada software media player ini dekat dalam komputer anda. Dengan software ini anda boleh play muzik dan video. Bosan-bosan anda mesti nak berhibur, dengar lagu ataupun layan movie. Contoh software media player yang terbaik adalah VLC player.

 

Google Chrome

Pada hari ini terdapat pelbagai pilihan pelayar web di pasaran. Setiap komputer Windows sendiri didatangkan dengan pelayar web Internet Explorer dalam usaha memudahkan pelayaran web anda. Bagi Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service, Google Chrome menjadi pilihan utama. Selain daripada memudahkan pengguna dengan akaun Google menggunakannya, salah satu perkara yang menjadi sebab utama pilihannya adalah kebolehan sync data pelayaran pada pelbagai peranti. Sebagai contoh, anda boleh membuka sesebuah tab menggunakan satu komputer, dan menyambung pelayarannya pada telefon pintar, tablet mahupun komputer lain. Selain itu, FR Laptop Service juga mempunyai software lain selain software asas seperti Adobe Master.

Servis Hardware Murah Di FR Laptop Service

Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service menyediakan perkhidmatan menjual dan membaiki peralatan untuk komputer dan semua jenis laptop. Tidak mengira tahap kerosakan yang dialami oleh pelanggan FR Laptop Service sedia membantu. Serahkan kepada pakar di FR Laptop Service dan anda akan mendapat hasil yang sangat berpuas hati. Kepakaran FR Laptop Service adalah di dalam bidang servis dan berpengalaman lebih dari 5 tahun. FR Laptop Service menjanjikan yang terbaik hanya di FR Laptop Service. Perkhidmatan yang dijalankan adalah seperti berikut;

  • Basic Servicing hardware dan software bagi PC dan laptop.
  • Hardware Replacement (tukar ganti barangan yang rosak seperti Hard disk, RAM dan sebagainya) untuk PC dan laptop (sekiranya rosak).
  • Menaik taraf (upgrading) hardware dan software bagi komputer dan laptop juga disediakan.
  • Membekal barangan komputer dan laptop

 

8 Tips Penjagaan Hardware Laptop

Jom kita lihat Tips Penjagaan Hardware Laptop yang telah di kongsikan;

  • Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.
  • Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.
  • Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.
  • Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)
  • Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.
  • Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.
  • Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara di ruangan bawah laptop yang sangat terkesan dengan haba.
  • Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celah heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak di galakan untuk mencuba sendiri.

Nak format Macbook? Boleh juga!

Format Macbook atau Macbook Pro dan Macbook Air tidak serupa dengan format Microsoft Windows dan tidak ramai yang pandai format mesin ini kerana tidak ramai yang pakai dan harganya premium. Tambahan pula, Operating sistem Mac OS ini sangat stabil dan jarang-jarang sangat rosak, jadi masalah sangat susah timbul. Di Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service, mereka mempunyai Operating sistem Mac OS dari Yosemite hingga ke yang terkini, Mojave.

Software seperti Microsoft Office turut disertakan secara percuma. Anda juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu kerana ianya siap dalam tempoh 24 jam juga!

 

Pelanggan Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service Berpuas Hati!

 

 

Jom ke Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service Sekarang Juga!

Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service berdekatan dengan MRR2 yang memudahkan anda untuk ke kedai mereka. Bagi yang sibuk bekerja, Servis Runner juga disediakan untuk mereka yang jauh dan sukar untuk ke kedai FR Laptop Service. Kami sarankan anda ke kedai FR Laptop Service kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan barang yang digunakan berkualiti tinggi. Untuk sebarang pertanyaan, sila layari info di bawah ini.

 

FR Laptop Service | Kedai Format Laptop Murah Di Cheras

Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari)

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

 

 

Post a Comment