Tidak susah rasanya jika ada yang ingin mencari kedai repair laptop murah di Taman Maluri atau kawasan sekitarnya. Cuma yang menjadi masalah ialah kedai manakah yang mampu menawarkan servis terbaik dan juga boleh dipercayai. Ini kerana tidak semua kedai servis laptop yang dapat memenuhi 100% kepuasan pelanggan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Bagi para pengguna laptop tegar, pasti pernah mengalami beberapa masalah umum pada laptop masing-masing. Maka ketika itulah memerlukan kepada kepakaran seseorang juru repair untuk mengendalikan masalah laptop tersebut. Antara masalah-masalah yang biasanya dialami oleh para pengguna laptop ialah:
Masalah Operating System
Jika masalah melibatkan operating system, biasanya ia berkait dengan dua keadaan sahaja samada terlalu berat dan bermasalah kerana ianya sudah terlalu lama digunakan ataupun operating system itu tidak sesuai dengan laptop itu sendiri. Perlu diingat bahawa sesetengah laptop mempunyai had yang tertentu dari segi operating system yang digunakan.
Contohnya laptop itu menggunakan Windows XP dan ingin diupgrade kepada Windows 8 atau Windows 10 yang lebih berat. Ini mungkin menjadi masalah kepada laptop berkenaan.
Masalah Hard Disk
Masalah ini juga antara masalah yang popular dialami oleh para pengguna laptop. Kebiasaannya untuk permulaan selepas melakukan pembelian laptop, para pengguna sangat disyorkan untuk membuat sistem back-up pada kesemua data di dalamnya. Ini disebabkan oleh risiko kehilangan data atau data corruption pada bila-bila masa. Tidak ada sebarang jaminan untuk data yang tersimpan itu akan selamat.
Walau bagaimanapun, di zaman kecanggihan kini terdapat beberapa aplikasi software yang boleh memberi petunjuk kepada peratusan keupayaan sesuatu hard disk. Antaranya ialah HDD Sentinel dan Hiren.
Keupayaan Processor Yang Lemah
Disebabkan faktor inilah para pengguna laptop perlu menimbang terlebih dahulu beberapa perkara sebelum melakukan pembelian laptop. Untuk penggunaan yang memerlukan kepada aplikasi-aplikasi grafik yang tinggi dengan capaian yang pantas, keperluan minima untuk sesuatu processor perlulah dititikberatkan iaitu melebihi 2.0Ghz.
Sekiranya perkara ini diketepikan, sudah pastilah ia akan membebankan laptop itu sendiri dan tidak hairanlah kenapa para pengguna sering mengalami masalah laptop slow atau ‘hang’ secara tiba-tiba.
Penggunaan RAM Yang Rendah
RAM merupakan antara perkakasan yang juga penting selain processor. Ia sangat membantu sekiranya para pengguna ingin melakukan kerja-kerja yang bersifat multi-tasking dalam satu-satu masa. Tahukah bahawa untuk kesan penggunaan laptop yang baik, RAM yang digunakan perlulah sekurang-kurangnya 2GB. Lebih tinggi kapasiti RAM maka lebih baik.
Masalah Overheating
Masalah overheating ini juga sering melanda para pengguna laptop terutamanya jika laptop tersebut tidak diservis dalam tempoh yang sangat lama. Selain itu, penggunaan aplikasi yang membebankan laptop juga menjadi punca kenapa masalah ini terjadi. Petanda yang boleh para pengguna ketahui jika mengalami masalah overheating ini ialah melalui kipas.
Kebiasaanya keadaan kipas yang berhabuk akan mengganggu aktiviti pembebasan haba dalam laptop kerana ia akan berputar lebih perlahan disebabkan habuk. Masalah yang lebih berat akan timbul sekiranya tiada langsung bunyi kipas atau tidak ada angin yang keluar melalui lubang airflow pada laptop.
Tiada Anti Virus
Anti virus merupakan perkara yang sering diabaikan oleh para pengguna laptop. Sama seperti manusia, laptop juga memerlukan anti virus sebagai antibodi untuk menjamin keselamatan segala fail-fail penting daripada diserang oleh aktiviti virus. Oleh itu, para pengguna laptop sangat disyorkan untuk membuat scan pada laptop mahupun pendrive melalui anti virus yang diinstall.
Kedai Repair Laptop Murah di Taman Maluri
Sebenarnya, kini para pengguna laptop sudah tidak perlu merasa bimbang lagi kerana terdapat perkhidmatan repair laptop murah di Taman Maluri dan sekitarnya. Hilangkan rasa ragu-ragu anda kerana sememangnya servis yang ditawarkan sangat berbaloi dan boleh dipercayai.
Dikenali dengan nama FR Laptop Service selaku pakar servis laptop yang jujur dan berkualiti sudah cukup untuk membuktikan kenapa anda perlu memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedai repair laptop murah di Taman Maluri ini.
Antara yang menjadi teras kepada kualiti servis mereka ialah:
- Setiap servis yang ditawarkan adalah berpandukan kepada kejujuran dan kualiti.
- Harga servis yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu bayar.
- Menyediakan tempoh warranty servis yang sangat lama berbanding kedai lain sehingga 5 bulan.
- Servis yang dilakukan sangat pantas dan menepati masa.
- 100% wang akan dipulangkan sekiranya pihak mereka tidak dapat membaiki kerosakan laptop.
- Menggunakan alat ganti tulin (OEM – Original Equipment Manufacturer).
- Layanan staf yang mesra.
- Mempunyai runner tersendiri jika para pengguna laptop tidak ada masa untuk menghantar laptop untuk tujuan servis atau baik pulih.
- Sentiasa meletakkan hak pelanggan sebagai perkara utama.
- Bertanggungjawab ke atas segala kesilapan staf.
Servis Yang Ditawarkan Oleh FR Laptop Service
Berikut adalah antara servis yang ditawarkan oleh FR Laptop Service selaku pakar repair laptop murah di Taman Maluri.
- Setiap proses diagnose laptop adalah PERCUMA.
- Masalah laptop lembab? Mereka ada menyediakan servis format.
- Servis dan baik pulih dijangka siap dalam tempoh 24 jam.
- Terdapat beberapa pilihan operating system antara Windows 7, Windows 8.1, Windows 10.
- Software basic yang diperlukan turut disertakan.
- Masalah laptop panas? Mereka ada menyediakan servis clean dust.
- Membersihkan dalaman laptop dan juga menggantikan thermal paste yang lama.
- Turut menyediakan servis hardware seperti keyboard, skrin dan banyak lagi.
Pastikan Anda Repair Laptop Murah Murah di Taman Maluri
Rata-rata para pengguna laptop yang telah menggunakan perkhidmatan FR Laptop Service sangat berpuas hati berdasarkan kepada sejumlah komen-komen dan juga respon-respon yang diberikan oleh mereka melalui media sosial. Bagi mereka, sebagai pakar repair laptop murah di Taman Maluri tidak ada apa yang lebih penting daripada memberikan servis yang cepat, pantas, jujur dan terbaik.
Berdasarkan kepada hal tersebut, tidak hairanlah jika majoriti yang menggunakan khidmat FR Laptop Service memberikan rating 5 bintang. Bukankah ini merupakan suatu jaminan bahawa kakitangan FR Laptop Service sangat komited dengan setiap usaha mereka ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
Keistimewaan Kedai Repair Laptop Murah Murah di Taman Maluri
Jika dilihat dari sudut perkhidmatan servis laptop secara umumnya, sudah tentu tidak jauh berbeza kerana masing-masing mempunyai fokus yang sama dalam aktiviti baik pulih laptop. Namun pihak FR Laptop Service mempunyai keistimewaan tersendiri di mana mereka mempunyai kakitangan khas yang dikenali sebagai FR Runner.
FR Runner ini berfungsi sebagai tim khas untuk pick-up, repair dan deliver laptop para pelanggan. Bagi mereka yang mempunyai masalah masa yang terhad untuk menghantar laptop untuk dibaik pulih, tidak perlu susah hati kerana FR Runner akan datang ke lokasi anda untuk pick-up laptop tersebut. Selepas menjalani proses baik pulih, laptop itu akan dihantar kembali kepada anda. Bukankah ini servis yang terbaik setakat ini?
Berapa lamakah warranty servis yang para pelanggan selalunya terima sebaik sahaja selesai baik pulih laptop? Majoriti akan berkata dalam sekitar sebulan sehingga tiga bulan sahaja maksima. Tetapi melalui kedai repair laptop murah di Taman Maluri ini, para pelanggan akan mendapat kelebihan sehingga lima bulan warranty.
Malah jika pihak FR Laptop Service tidak mampu membaiki kerosakan, mereka akan mengembalikan 100% wang anda. Ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan mereka.
Sedikit Perkongsian Kerosakan Hardware Yang Biasa Berlaku Pada Laptop Oleh FR Laptop Service
Berpandukan kepada perkara-perkara yang telah dikongsikan, terdapat beberapa kerosakan yang juga berhubung kait dengan masalah laptop yang sering dialami oleh para pengguna.
Punca Kerosakan Kipas Laptop
- Tidak pernah melakukan sebarang servis dalaman laptop.
- Habuk yang banyak melekat pada kipas selepas sekian lama menggunakan laptop.
- Laptop terjatuh, juga boleh menyebabkan bilah kipas patah.
- Laptop panas akan menyebabkan kerosakan pada kipas.
- Telah sampai jangka hayat kipas laptop.
Cara Mengelakkan Masalah Laptop Dimasuki Habuk
- Menggunakan laptop di kawasan yang bebas habuk.
- Bersihkan kawasan di mana anda menggunakan laptop secara kerap.
- Menggunakan penapis udara berdekatan dengan laptop.
- Jauhkan laptop anda daripada tingkap dan juga pintu.
- Elakkan makan, minum dan merokok berdekatan dengan laptop.
- Menggunakan compressed air untuk membuang habuk di dalam laptop.
Punca Laptop Cepat Panas
- Habuk yang banyak terkumpul di dalam laptop dan tidak pernah buat servis dalaman pada laptop.
- Thermal paste yang telah kering.
- Menggunakan laptop di kawasan yang panas.
- Penggunaan software atau game untuk masa yang lama.
- Kipas laptop tidak berfungsi dengan baik ataupun kipas telah rosak.
- Penggunaan laptop di atas fabrik.
Cara Mengatasi Masalah Laptop Cepat Panas
- Buat servis pada laptop, membersihkan habuk yang terkumpul dan menggantikan thermal paste.
- Kurangkan masa penggunaan laptop dan berikan masa untuk laptop rehat sebelum sambung penggunaan.
- Menggunakan laptop di atas meja atau permukaan yang rata.
- Menggunakan laptop di kawasan yang sejuk.
Tips Umum Untuk Menjamin Kondisi Laptop Anda Oleh FR Laptop Service
Berikut pula merupakan tips dan panduan umum yang dikongsikan sendiri oleh pihak FR Laptop Service untuk membantu para pelanggan menjaga kondisi dan jangka hayat laptop peribadi anda.
- Gunakan aplikasi CCleaner untuk membuang software yang tidak lagi digunakan oleh laptop.
- Periksa dan uninstall software yang tidak digunakan.
- Cuba upgrade RAM anda jika perlu. Keperluan minima untuk RAM adalah sebanyak 2Gb.
- Bersihkan secara berkala dan jangan tunggu sehingga berlaku kerosakan.
- Lakukan proses defragment pada hard disk anda sebulan sekali.
- Anda digalakkan untuk menggunakan SSD ( SOLID STATE DRIVE).
- Delete kan file di dalam folder “%TEMP”.
- Anda dinasihatkan untuk menggunakan cooling fan sebagai pelapik penyejuk jika anda memerlukan masa yang lama untuk menggunakan laptop.
- Scan laptop anda seminggu sekali untuk memeriksa sebarang jangkitan virus yang merosakkan data.
- Pastikan anda disable-kan fungsi Windows Aero.
Hubungi Kedai Repair Laptop Murah di Taman Maluri Sekarang!!!
Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp
Facebook : @FRLaptopService
Alamat :
508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100
Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam
Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3
Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

















